We Love We Care We Share: PULAU PANGKOR 4 - Blog Makanan di Perlis |
We Love We Care We Share: PULAU PANGKOR 4 Posted: 21 Jan 2014 06:18 PM PST Hari ke 2 di Pulau Pangkor, lepas bersarapan kami nak pusing-pusing keliling pulau... mengikut kajian dari doktor google, kat sini bnyk teksi... terutama di hadapan Coral Bay Resort Pangkor. Coral bay berdekatan dgn deretan kedai-kedai makan dan kedai-kedai cenderamata... Kalau nak pusing-pusing pulau, kita boleh sewa kereta, motosikal, basikal & sewa teksi (pemandu teksi yg bawa)... Kami bercadang nak sewa teksi pink tu je..senang sbb driver yg bawak kan..nak sewa moto atau kereta mcm berisiko je hehe.. Kami terjumpa dengan seorang pakcik ni..peramah dan baik org nya...Dia kata kalo nak pusing keliling pulau, kita pergi ke Kota Belanda, Taman Fu Lin Kung (tokong), Teluk Nipah, Kilang satay ikan dan Pekan Pangkor bayarannya RM80..tapi kami tak nak pegi Taman Fu Lin Kung, jadi dia kata RM70 je.. Kami pun kata oklah... Teksi ni yang bawa kami jalan-jalan Destinasi kami yang pertama adalah Kota Belanda.. sedang dlm perjalanan tu ada sekatan polis..ramai gak lah penunggang motosikal kena tahan..tu risiko bagi pengunjung yang menyewa motosikal tanpa lesen... Keadaan jalan yang bengkang bengkok dan berbukit bukit juga jalan yang agak sempit KOTA BELANDAPEKAN PANGKORDari Kota Belanda, kami dibawa ke Pekan Pangkor...Nasib baik kami tak sewa kereta dan drive sendiri, sbb jalan-jalan di Pulau Pangkor ni sempit, sesak, berliku liku, berbukit bukit dan susah juga nak cari parking...Sepanjang jalan ramai penduduk di sini menjemur ikan kering di tepi-tepi jalan...Keadaan di Pekan Pangkor ini cukup meriah..Pelbagai jenis kedai ada..ada kedai menjual cenderamata, pakaian, ikan-ikan, sotong-sotong kering, keperluan dapur dan kat sini juga ada bank... Setiap kedai yang menjual barang yang sama, harganya adalah berbeza sedikit dari satu kedai dgn kedai yang lain...Kami tak membeli pun, cuma jalan-jalan dan survey je..sbb kami tak mahu bawa brg banyak sgt..lagipun jeti Pangkor hanya sebelah deretan kedai je..sebelum balik esok blh singgah lagi hehe... Barangan kering kat sini mmg cantik-cantik..bersih je tapi harga blh tahan...tak de lah murah mane..sama je dgn harga tempat kita...bezanya, ikan bilis atau barang kering kat sini cantik skit dari yg dijual kat tempat kita yg dah berubah warna...
Jeti Pangkor hanya bersebelahan je KILANG SATAYSebelum sampai jom layan dlu gamba-gamba perkampungan nelayan... apa yang saya blh kata, harga makanan di kedai kilang satay ni tak de lah murah mana....semua org ingat mesti murah sbb beli dari kilang kan, lebih kurang sama je dengan harga di Pekan Pangkor..tapi tak semua jenis makanan di kedai Pekan Pangkor ada di kilang ni..kami hanya beli makanan yang pelik-pelik dan susah nak jumpa..lagipun semua makanan kat kilang satay ni dibuat di sini, tak seperti di Pekan Pangkor yang menjual barangan makanan dari Pahang dan Thailand pun ada..jangan sangka kita di Pulau Pangkor beli barangan asli dari Pangkor..harus hati-hati hehe.. TELUK DALAM RESORTSelesai membeli dan blah dari Kilang Satay, pak cik tu bawa kami pusing-pusing sekitar Teluk Dalam Resort. Kawasan resort yang sangat cantik, ianya lebih privacy, ada padang golf dan yang tak bestnya tiada kedai makan yang berhampiran...kena makan dlm resort shj...Pak cik tu kata, laut kat sini kurang bersih..tapi kami mmg blh nampak, air nya cantik tapi di tepi-tepi persisiran pantai, airnya mcm berhabuk dan hitam. Teluk Dalam ni berhampiran juga dengan Pangkor Island Beach Resort. Resort-resort ni adalah pilihan kami juga sebelum datang ke sini tapi kajian dari doktor google kata, kawasannya yg agak jauh dan terlalu privacy membuatkan kami tak jadi nak lepak kat sini. Pilihan kami mmg tepat. Bagi yang suka tempat-tempat sunyi dan lebih privacy, blh lepak kat sini...cuma air lautnya je kurang memuaskan... sebelum sampai Teluk Dalam & Pangkor Island, layan dlu pemandangan yang sempat saya snap hehe...sempat beli air kat kilang satay tadi hehe.. keadaan jalan yang agak sempit, curam, bengkang bengkok dan tinggi..rasa seram tapi pakcik tu rileks je PANGKOR ISLAND BEACH RESORTSelepas pusing-pusing di Teluk Dalam, kami dibawa pusing-pusing dan berposing di sekitar Pangkor Island...baik sungguh pakcik ni hehe...Pangkor Island mmg cantik dan terlalu privacy...sesuai sangat lah bagi yang nk berhoney moon...
ada ikan tuuu.... PANTAI TELUK NIPAHSelesai berposing dan menghirup udara laut di Pangkor Island, kami dibawa pula ke Pantai Teluk Nipah... untuk makan-makan dan melawat kawasan sekitar... Kat sini mmg banyak giler hotel dan chalet..anda blh google..pelbagai jenis penginapan ada...harga pun blh tahan...Di tepi-tepi jalan Teluk Nipah banyak sangat kedai makan, kedai cenderamata, kedai-kedai menyewa bot utk pusing-pusing pulau atau aktiviti snorkeling.. Harga sewa bot kat sini jauh lebih murah berbanding di Pantai Pasir Bogak..di Pasir Bogak satu bot RM160 tetapi kat sini sekitar rm60 ke atas..Pakcik tu kata, Pasir Bogak jauh skit kalo nak pusing-pusing pulau...Teluk Nipah dekat je pulau-pulaunya..oooo patutlah mahal hehe.. Kedai makan kat sini mmg banyak..harga blh tahan mahal juga...huhuu... apa yang sy blh katakan, Pantai Teluk Nipah mmg tempat tumpuan org ramai..crowded lah jgk kat sini...sbb pantai nya pantai awam..di seberang jalan banyak hotel dan chalet, di seberang sini pula deretan kedai-kedai menjual makanan dan mcm-mcm lagi..masa kami sampai tu, air lautnya tgh pasang, so ombak mmg besar dan agak kuat..org tak ramai yang mandi..kalo mandi pun hanya org dewasa shj tu pun kat tepi-tepi je...tepi-tepi laut pun ramai org lepak-lepak dgn famili dan kawan-kawan... jadi pada sesiapa yg suka tempat mcm ni mmg sesuai lah lepak kat Teluk Nipah...
Selepas lepak-lepak sambil makan-makan...kami pun pulang ke resort kami utk berehat....petang nanti nak terjun laut lagi yahooo.... 2 jam setengah jgk pakcik tu bawa kami jalan-jalan sekitar Pulau Pangkor ni..terima kasih pakcik Jumpa lagi di sambungan seterusnya... Pulau Pangkor Part 5 PULAU PANGKOR THE SERIES :
Dah baca, jangan segan-segan....komen-komen lah skit.... bagi yang dah ambil gamba dari blog ini jgn lupa tag saya ye.. terima kasih ^_^ |
RATUSAN KUCING MENJADI MENU <b>PELIK DI</b> SEBUAH RESTORAN Posted: 10 Jan 2014 09:56 PM PST Ratusan Kucing Bakal Jadi Menu Pelik di Restoran | Kucing dan anjing , adalah haiwan manja yang banyak dipelihara manusia . Mereka adalah haiwan yang penuh kasih sayang dan kesetiaan . Dan masih banyak lagi haiwan seperti mereka , orang utan misalnya . Namun belakangan ini semakin banyak khabar yang kurang baik tentang bagaimana orang - orang memperlakukan binatang untuk kepentingan wang . Mengesan pelbagai maklumat di media , ada sebuah kisah memilukan dari China pada awal tahun ini . Sekitar 1000 kucing berjaya diselamatkan dari ' jalan menuju maut ' selepas sebuah kemalangan membuat lori yang mengangkut kucing - kucing ini terguling . Ada banyak tempat yang dibuat seadanya , memuat banyak sekali kucing dengan sangat tidak berperikemanusiaan . Kucing itu dijel dalam 40 kotak kayu . Namun terselamat kerana lori itu mengalami kemalangan dan menarik perhatian banyak orang di Changsha , Hunan , saat melihat banyak tempat dengan tangan - tangan kecil berbulu dan suara yang menghiris hati . Kucing - kucing ini trauma , takut dan kelaparan . Warga Changsha yang melihatnya TERUS berusaha menyelamatkan kucing - kucing malang ini . Dengan bantuan seadanya mereka berusaha memberikan air , susu dan makanan . Beberapa orang mengeluarkan kucing - kucing itu untuk segera dibawa ke Changsha Small Animal Protection . Namun beberapa di antaranya ada yang turut mati kerana kemalangan ini . Yang lebih sadis lagi , apabila trak ini tidak mengalami kemalangan , mereka akan membawa para kucing ke restoran untuk dijadikan bahan makanan dan dimakan oleh manusia . Kucing ini didapati dari petani - petani yang menggemukkan mereka dan menjualnya demi mendapat pendapatan tambahan . Bahkan di beberapa restoran , mereka mempersilakan pelanggan memilih kucing yang mereka mahu dan chef akan mengolahnya menjadi makanan . Entahlah , ini hanya sebuah gambaran kecil di antara masih banyak lagi pembunuhan keji haiwan oleh manusia . Bahkan haiwan yang biasa dimakan manusia seperti lembu , kadang tak diperlakukan dengan layak saat penyembelihan , seperti digelonggongi agar dagingnya kelihatan segar dan besar . |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment