Sunday, 19 January 2014

WANITA SELUDUP KETUM DI PERLIS - BLOG MAZEER - Blog Makanan di Perlis

WANITA SELUDUP KETUM <b>DI PERLIS</b> - BLOG MAZEER - Blog Makanan di Perlis


WANITA SELUDUP KETUM <b>DI PERLIS</b> - BLOG MAZEER

Posted: 15 Jan 2014 09:59 AM PST

6 WANITA SELUDUP KETUM DI PERLIS | ARAU – Polis menggagalkan cubaan menyeludup 72 kilogram daun ketum bernilai RM2,880 dalam dua tangkapan berasingan di tepi jalan Kampung Banat, Arau Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Mohd Nadzri Hussain berkata, kira-kira jam 10.05 pagi, tiga wanita berusia antara 23 dan 35 tahun yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sunny bernombor pendaftaran Thailand ditahan di jalan tersebut setelah polis bahagian siasatan jenayah narkotik Arau menerima maklumat.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, menemukan 545 bungkusan kecil daun ketum di bahagian bonet belakang kereta dan tersorok di bahagian kusyen penumpang depan dan belakang serta pemandu.

"Lima minit kemudian anggota narkotik tersebut menahan sebuah lagi kenderaan Thailand jenis Isuzu Dmax di jalan yang sama.

"Tiga wanita berusia antara 23 hingga 31 turut ditangkap selepas polis menemui 240 bungkus daun ketum seberat 24 kilogram di dalam kenderaan tersebut.

"Sebanyak 240 bungkus daun ketum itu disorokkan di dalam dash board, pintu belakang dan tayar simpanan kenderaan tersebut," katanya kepada pemberita di Balai Polis Mata Ayer, dekat sini, semalam.

Mohd Nadzri memberitahu, modus operandi penyeludupan daun ketum kini beralih kepada wanita bagi mengaburi mata pihak berkuasa tempatan.

Tambah beliau, wanita-wanita ini mengakui mereka bersaudara dan datang ke negara ini untuk membeli barang dapur seperti telur dan minyak masak.

"Harga daun ketum yang tinggi di Thailand menjadikan kaum wanita pula berani menyeludup daun beracun ini setiap dua hari.

"Mengikut harga pasaran setiap kilogram daun ketum tempatan boleh diperoleh dengan harga RM20 dan mereka boleh menjualnya dengan harga RM40 di pasaran negara jiran," katanya.

Jelas beliau, kesemua wanita ini akan ditahan reman dan pihaknya akan menyiasat kes mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sinar Harian Online

mimie & farid: CalaQisya <b>di</b> Johor Bahru

Posted: 19 Jan 2014 06:23 PM PST

CalaQisya di Johor Bahru: Habis lah duit

Bismillah...

haha. Tajuk kemaen kan. Dan yeay! CalaQisya dah ada di Johor Bahru dan cuma 5 minit je dari rumah mertua aku.. dan yeay! senang nak datang! *duit, sila menyorok* 

Bersebelahan je dengan butik Radiusite. Butik ni bertempat di Bandar Baru Uda. Kawasan kedai-kedai baru yang terletak belakang Jakel. Kiranya aku rasa kawasan ni akan berkembang macam Seksyen 7 Shah Alam.  Area butik-butik je kan. Best nak buat pilihan untuk shopping!

CalaQisya! Aku suka konsep CalaQisya ni. Macam comel je. 

Bahagian dalam lagi lah menarik! 

Banyak dress cantik-cantik. Dan bagi aku, harga sangat reasonable. Tengok tu. Tutu Dress! Comel serius! 

Dan ini hasil rembatan aku. Beberapa shawl dan dress! Kaler shawl dia memang boleh menjulingkan mata ok! Banyak sangat kaler yang soft dan memang cantiklah. Dahla sekarang aku gila wide shawl. Maggie shawl CalaQisya ni mudah je dipakai dan senang nak tutup dada. Dan well, bila dah menutup bahagian dada, aku rasa confident level aku lebih tinggi. Banyak hikmah kan bila Allah suruh tutup aurat. 

Alhamdulilah sikit-sikit belajar. =')

Tak mustahil akan serbu lagi CalaQisya ni. Wee~

No comments:

Post a Comment