<b>MAKANAN</b> TERBAEK <b>DI PERLIS</b> - Ceritera Cahaya Cintaku - Blog Makanan di Perlis |
- <b>MAKANAN</b> TERBAEK <b>DI PERLIS</b> - Ceritera Cahaya Cintaku
- Blog <b>Makanan di Perlis</b>: RATUSAN KUCING MENJADI MENU <b>...</b>
- Blog <b>Makanan di Perlis</b>: QaSeH RAFI-JUE: MAKAN ANGIN KE <b>...</b>
- Komalaut Kuala <b>Perlis</b> Tempat <b>Makan</b> Popular | ceritaperlis
- <b>Makan</b> mana???: Kembara <b>Makan</b> Sedap <b>di Perlis</b> - 26.08.13
<b>MAKANAN</b> TERBAEK <b>DI PERLIS</b> - Ceritera Cahaya Cintaku Posted: 18 Jan 2014 01:38 PM PST Salam pagi Khamis.. hari ni dekat pejabat mommy ada audit.. mau check ape yang patut di check.. hehehehe.. so, pagi ni memang kalut sikit.. nak keluar breakfast pun tak sempat, kirimkan dengan officemate yang lain.. so dalam kekalutan ni, nak jugak mengupdate entry baru.. hehehee.. yang penting nak upload gambarnyer tu.. hehehehe.. Hari tu masa balik kampung, sempat la bawa mak, kakak dan adik-adik makan-makan di Kuala Perlis.. bukan selalu pun nak belanja mak dan family yang lain.. cuma ada kekurangan ahli family la.. adik mommy yang no 2 tak de, dengan yang no 3.. so tak pe la, kami makan kami je la ea.. hehehehe.. makan sampai sendat, padat dan ketat perut memasing.. last-last dah memang tak boleh masuk sangat dah, sotong goreng tepung dan udang goreng tepung terpaksa dibungkus bawa balik.. hehehehehee.. Tapi sebelum tu, mommy mengada-ngada nak makan pulut ayam di Wang Kelian dan koew teow sup siam di Padang Besar.. while Mr.DADDY layankan je ape yang mommy nak makan.. bagus betul dapat suami yang memahami tekak isteri ni.. huhuhuhuu.. sayang Mr.DADDY ketat-ketat..
Pulut ayam tu ramai officemate mommy yang tak tau dan tak pernah makan.. ni adalah sejenis makan di Thailand ye.. memandangkan Pn. Bonda mommy berasal dari sana, so, ini adalah makan mommy sejak dari kecil lagi.. memang sedap.. pulut + ayam goreng berempah + bawang goreng.. memang sedap dan terbaekkk.. pulut ayam tu mommy beli ni di Wang Kelian, tapi sebelah Thailand ye.. kena masuk melepasi border Malaysia Thailand.. tapi di Wang Kelian, memang kita dibenarkan masuk untuk membeli barang-barang yang dijual di sempadan sebelah Thailand.. so sesape yang sampai Perlis, wajib untuk pergi Wang Kelian jugak ok..:).. So berbalik kepada entry makan-makan di Kuala Perlis.. jom layan gambar.. Pn. Bonda cakap mommy kalau balik Perlis, tak de benda lain nak makan, sama je ini menunya.. hehehe.. especially koew teow sup siam dengan pulut ayam.. wajib dimakan kalau balik sana.. maklum la selama ni membesar dengan makanan-makanan tu, so bila dan berhijrah ke Ipoh, makanan tersebut tak de kat sini, so bila dah balik, mesti la mencari-cari.. | ||||||||||||||||||||
Blog <b>Makanan di Perlis</b>: RATUSAN KUCING MENJADI MENU <b>...</b> Posted: 18 Jan 2014 11:45 PM PST KANGAR – Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya berisiko mengalami penyakit jantung. Kawalan penyakit jantung ini juga perlu bermula dari peringkat kanak-kanak kerana kegilaan terhadap permainan dalam talian menyebabkan golongan ini mengabaikan kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, katanya berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini. Sehubungan itu, Jafperi meminta ibu bapa agar memastikan anak mereka turut aktif dengan kegiatan fizikal selain menguasai bidang teknologi maklumat. Harus diingat, kajian Kementerian Kesihatan mendapati satu daripada tiga kematian di negara ini adalah kerana masalah jantung, katanya. – BERNAMA Makanan Murah Punca Sakit Jantunghttp://mynewshub.my/2013/10/04/makanan-murah-punca-sakit-jantung/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Makanan-Murah-Punca-Sakit-Jantung.jpeghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Makanan-Murah-Punca-Sakit-Jantung-150x150.jpeg04 October 2013 TerkinisakitKANGAR - Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya... KANGAR - Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya berisiko mengalami penyakit jantung. Kawalan penyakit jantung ini juga perlu bermula dari peringkat kanak-kanak kerana kegilaan terhadap permainan dalam talian menyebabkan golongan ini mengabaikan kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, katanya berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini. Sehubungan itu, Jafperi meminta ibu bapa agar memastikan anak mereka turut aktif dengan kegiatan fizikal selain menguasai bidang teknologi maklumat. Harus diingat, kajian Kementerian Kesihatan mendapati satu daripada tiga kematian di negara ini adalah kerana masalah jantung, katanya. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratorMyNewsHubIklan Teks: PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri | ||||||||||||||||||||
Blog <b>Makanan di Perlis</b>: QaSeH RAFI-JUE: MAKAN ANGIN KE <b>...</b> Posted: 16 Jan 2014 01:31 PM PST Alahai...cian kat cik blog yang telah lama ditinggalkan....padahal banyak benda nak di share kat sini....pelan2 la yek....chayokkk2. **************************************************************************** Wokey lah entry kali ni nak share sikit citer pasal Percutian Ke Perlis. Nak kata kali pertama tak jugak...cuma sebelum2 ni kami stay kat umah sedara mara kat Sg. Petani...di Perlis lum pernah stay lagi...just jalan2 jer. Plan bercuti ke Perlis Mastermind nyer En. Suami....lagipun ni jer masa yang free nak gi bercuti...pastu En. Suami dah kena jaga budak2 SPM periksa. Oh ye...kami ke Perlis pada 25 hingga 27 Oktober 2013 (Jumaat hingga Ahad). Kami bertolak ke Perlis tengah malam...banyak kali gak berhenti rehat...nak hilangkan lelah gitu....tapi tu En. Suami ler...Pn. Isteri ni tau tidur je lah....hehehehe (penat sebab malam tu ada game bowling). Kami sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi. Kemudian kami terus berjumpa Ass. State Leader Perlis...merangkap geng ALZA yang banyak membantu kami sepanjang di sini. Ha...ni la dia orangnyer...nama glamor dia "Pokcik Met". Kami stay kat Kg. Paya Guring, Arau Perlis. Penginapan ini di cari oleh Pokcik Met. Biasa la orang tempatan lebih mengetahui. Homestay ini semalam kami menginap rate dia RM90.00 Sahaja....murahkan????? Tengoklah betapa cantiknya homestay kami....En. Suami tu teruja benor....hahahahaha Sementara menunggu untuk check-in, kami ke kedai tayar sebab nak kuarkan skru yang dok dalam tayar kena kat highway... Walaubagaimanapun...Shukur Alhamdulillah kami selamat sampai. Ha.....ni ler dia skru yang dok tepek kat tayar...mujur tak berlaku apa2 . Tayar kete pun dah settle, kami terus check-in bilik.... Shukur Alhamdulillah....bilik pun selesa....lokasi pun stategik...tempat cantik...murah pun yer...hahahahaha yang penting nak tidur selesa...maklum lah jalan jauh...badan sure sakit2....opcoz nak rehat. Selepas berehat sebentar, kami terus ke Bukit Kayu Hitam...nak pegi Duty Free...tak pernah jejak pun kat sini. Alang2 dah nak hampir ke sempadan kami pun terfikir nak ke seberang...sambil2 tu saya pun try tanye 'Cik Google' cara2 nak ke seberang, ape dokumen yang diperlukan. Saya rujuk blog ini. Kalau ade sesiapa yang nak try kerja giler kami boleh la buat....senang jer prosedurnya. Percutian yang tak dirancang....hahahaha.
Gambar kat bawah tu la tempat cop passport Thailand Kat sini kena isi kad putih....boleh amik kat office dia...free...yang kat luar tu kena bayar. Tadaaa.....kami dah masuk Thailand...kejap je kan...dan sangat mudah. Tetapi bab keselamatan tu kena hati2 aje la ye...malang tak berbau. Sepanjang berjalan di kedai2 kat sana...rambang gak la mata ni...so far...tak payah tukar duit pun blh bayar guna duit Malaysia. Jom cuci mata...tengok ape barang yang ada jual kat sana. Kat sana sempat la saya membeli pulut durian....nak merasa la jugak. Jangan risau ye...In Shaa Allah halal...sebab kebanyakan peniaga kat sini muslim. * * * * On day way balik kami sempat la singgah ke Padang Besar, alang2 menyeluk perkasam ye tak...!? Sepanjang kat Padang Besar...(kami sampai dah petang), masih ramai lagi yang bershopping....aku!!?? Sempat la rembat keronsang....kat sini memang cantik2 batu keronsang dia...beza dengan yang jual kat bandar. Lepas puas jalan2 kat Padang Besar, kami pun bergerak pulang ke homestay...tapi sebelum tu baik penuhkan perut dulu sebelum merehatkan badan. Kami singgah makan kat kedai yang dicadangkan oleh Pokcik Met pagi tadi. Kedai bawah pokok....ada jual macam2 makanan...yang popular Roti Arab dia...goreng2 pun sedap...kedai dia sebelah dengan stesen minyak Shell. Dah kenyang ape lagi tido la...merehatkan badan coz esok nak jalan2 ke Wang Kelian. JALAN-JALAN KE WANG KELIAN Pagi2....kami pegi sarapan siap2, sambil menunggu "Pokcik Met & Family" untuk konvoi bersama2 ke Wang Kelian. Sepanjang perjalanan memang cantik la pemandangan...dapat melihat sawah padi, bukit bukau...laluan empangan timah tasoh...just lalu aje lah...maybe next trip kot....akhirnya kami sampai ke Wang Kelian...pengunjung pun dah mula ramai...bas2 rombongan boleh tahan. Nasib baik kami pergi dengan orang local, memang tau selok belok, so kami sampai border Malaysia...terus masuk bawak kereta...hingga dalam border emigration Thai...secara free...tanpa isi apa2 kad putih atau cop pasport...lepas pejabat emigration Thailand kami terus cari parking. Mengikut kata Pokcik Met, lagi senang bawak kereta terus masuk sebab lebih dekat dan tak perlu berjalan jauh....bijak2. Balik dari Wang Kelian, kami pun nak berangkat pulang ke Selangor....TETAPI perut kena lah diisi....memandangkan kami pun tak berapa nak tau kawasan kat sini, Pokcik Met mencadangkan agar kami makan kat satu kedai yang memang terkenal dengan kesedapan supnya iaitu Sup Ayam Pansuh. Mengikut kata Pokcik Met, ayam tu dimasak dalam buloh....untuk nasi ayam yang specialnya ayam tu dibakar secara original. Memang terbaiklah!!! Perut pun dah kenyang kami pun berangkat balik....tapi kami singgah di Alor Setar...kami teringin nak makan Laksa Ikan Sekoq....free top up sape2 pengunjung yang tambah....tak percayakan? Tapi itulah yang bagusnya....kedai ni lokasinya betul2 depan perumahan. Cendol tu pun sedapnya...sangat2!!!! OK....tu cerita kami bercuti 3 hari ke utara tuk tahun ni...2013 | ||||||||||||||||||||
Komalaut Kuala <b>Perlis</b> Tempat <b>Makan</b> Popular | ceritaperlis Posted: 19 Jan 2014 08:32 PM PST | tempat makan best bangi warung bunian | langkawi auto express feri baru kuala perlis langkawi | tempat makan best bangi kajang serdang sg besi mee tari.. | saji my tempat makan sedap best menarik | aktiviti penyeludupan benih kerang berjaya dipatahkan d.. | mentarang bakar kuala perlis murah | laksa sedap di kuala perlis | sebab laksa kuala perlis sedap | solo traveler kuala lumpur perlis langkawi | tempat menarik di kuala terengganu | tempat menarik di kuala terengganu | berita pelajar punk serang guru di smk kuala perlis dit.. | pusat makanan laut kuala perlis komalaut | tempat menarik di kuala terengganu | tempat menarik di kuala terengganu | tempat tempat menarik di kuala lumpur | tempat menarik dan percutian di selangor dan kuala lump.. | 12 stesen keretapi tercantik di dunia kuala lumpur di t.. | tempat makan best di kl part 8 | review putra brasmana hotel kuala perlis |
<b>Makan</b> mana???: Kembara <b>Makan</b> Sedap <b>di Perlis</b> - 26.08.13 Posted: 09 Jan 2014 01:10 AM PST Aku pergi Kangar, Perlis atas urusan kerja selama 5 hari. Sanggup ni bawak kereta dari KL sampai Kangar. Padahal boleh je naik flight. Gila jauh sanggup drive sebab nak explore food kat sana. Aku sanggup minta cuti sehari sebab nak pergi awal sikit. (1) Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis Selama 5 hari 4 malam kat Perlis, aku sempat makan kat kedai ni 2 kali. Lokasi kedai ni di medan selera berhadapan dengan Hotel Putra Brasmana. Medan selera ni bersebelahan jeti Kuala Perlis-Langkawi. Aku pergi dinner pukul 6.00 petang macam tu. Tak berani nak pergi malam betul, takut sesat time nak balik semula ke hotel di Kangar. Dari Kangar ke Kuala Perlis dalam 15 minit. Aku ada cuba makan kat kedai lain dalam medan selera tu walaupun ada orang recommend, tapi yang paling sedap pada pandangan aku memang Mona Ikan Bakar. Disebabkan aku makan sorang tak boleh la nak tamak. Aku order ketam masak rempah, sotong goreng tepung dan kerang bakar. Sotong goreng tepung, ketam masak rempah, kerang bakar Aku pilih ketam betina 2 ekor. Cara nak kenal ketam betina ialah pastikan kat belakang dia ada telur. Pilih ketam betina sebab banyak isi. Selalu kalau kat KL, ketam mesti suruh masak sambal je. First time jumpa kat Kuala Perlis boleh buat ketam masak rempah. Aku terus order la. Ketam masak rempah ni sama macam ketam masak kari pekat. Aku ambil sotong saiz sederhana 3 ekor. Sotong goreng tepung paling sedap aku pernah makan kat Restoran Wak Lan/Bayu Malam, Bagan Lalang dengan kat kedai ni la. Memang cukup sifat rasa sotong goreng tepung tu. Aku paling tak suka ada sesetengah kedai yang sotong goreng tepung dah jadi cekodok sotong. Tepung semata-mata, sampai cari sotong pun tak jumpa. Kedai ni punya memang terbaik. Kerang bakar aku ambik 500g. Kerang dia besar-besar. Aku nak sangat cuba ikan bakar, tapi mana mampu nak makan sorang. Stress je tengok pelanggan lain dok order ikan bakar kat kedai ni. Kedai makan di Kuala Perlis ni, mereka akan bagi siap-siap sambal belacan, air asam dan sos pencicah berserta ulam seperti timun, kacang panjang dan rebung kepada pelanggan. Untuk semua yang aku order tu kena RM40.
(2) Kedai No. 9, Medan Selera Padang Besar Aku pergi Langkawi naik feri pukul 9.30 pagi. Naik feri balik semula ke Kuala Perlis pukul 3.00 petang. Menggila la kat Langkawi nak shopping dalam masa 4 jam. Lepas tu beli barang macam nak patah tangan. Lalu kat kastam ketar lutut takut kena tax. Selamat tak kena. Dalam feri nak balik, perut dah lapar, tak sempat nak makan kat Langkawi. Aku terus dapat idea nak makan kat Padang Besar. Tapi terfikir jugak, takut sampai sana, kedai dah tutup. Aku sampai Padang Besar pukul 5.30 petang, 40 minit perjalanan dari Kuala Perlis. Kedai masih buka, tapi pelanggan aku sorang je. Aku rasa kedai tutup pukul 7.00 malam kot. Ramai orang masa hari raya ketiga 2013 Aku terus tuju kedai ni sebab dah selalu makan kat sini kalau balik kampung. Kitaorang kalau balik kampung mesti akan datang shopping kat Padang Besar. Antara makanan yang sedap aku pernah cuba kat kedai ni ialah pulut mangga dengan santan, pulut ayam, laksa siam, sup perut babat dan somtam (kerabu betik). Harga antara RM4 ke RM7 untuk satu hidangan. Sup perut panjang (tembusu) Hari ni, aku makan sup perut panjang dengan kerabu mangga. Sebab dah lapar sangat, tak boleh nak order macam-macam, nanti lambat sampai. Aku seperti biasa mesti tambah nasi 2 kali. Pedas terangkat. Memang orang siam sendiri yang masak dan rasa memang authentic. Mangga yang digunakan sangat crunchy. Portion makanan pun sesuai untuk makan 2 orang walaupun aku pentamak makan sorang je. Kedai makan ni bersih dan kemas. Aku kena bayar RM15. (3) Kak Su Laksa, Kuala Perlis
Lokasi kedai di Pekan Kuala Perlis. Laksa buatan sendiri, boleh beli urat laksa kalau korang nak balik buat kuah. Laksa sedap dan sangat popular di Kuala Perlis. Kuah laksa smooth dan pekat. Selain itu, ada juga dijual pulut panggang kat kedai ni. Aku bukan la suka sangat pulut panggang ni, tapi pulut panggang kedai ni memang sedap macam yang mak aku selalu buat. Aku rasa orang utara memang suka makan pulut panggang la. Harga sepinggan laksa kalau tak silap aku RM4. Pulut panggang aku tak ingat harga, rasanya antara 40 sen atau 50 sen sebiji. Laksa beras Sebenarnya banyak lagi kedai makan yang sedap kat Perlis. Aku tak sempat nak pergi. Perangai aku pun satu hal juga. Kalau kedai tu dah kena dengan selera aku, dok ulang pergi kedai tu dan asyik order menu yang sama je. Aku malas nak ambil risiko order makanan lain, takut tak sedap. Nanti menyesal sebab tak tau bila nak datang lagi.
- lynn's food adventures - |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment