Wednesday, 22 January 2014

Blog Makanan di Perlis: RATUSAN KUCING MENJADI MENU ... - Blog Makanan di Perlis

Blog <b>Makanan di Perlis</b>: RATUSAN KUCING MENJADI MENU <b>...</b> - Blog Makanan di Perlis


Blog <b>Makanan di Perlis</b>: RATUSAN KUCING MENJADI MENU <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 11:45 PM PST

KANGAR – Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman.

Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya berisiko mengalami penyakit jantung.

Kawalan penyakit jantung ini juga perlu bermula dari peringkat kanak-kanak kerana kegilaan terhadap permainan dalam talian menyebabkan golongan ini mengabaikan kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, katanya berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Jafperi meminta ibu bapa agar memastikan anak mereka turut aktif dengan kegiatan fizikal selain menguasai bidang teknologi maklumat.

Harus diingat, kajian Kementerian Kesihatan mendapati satu daripada tiga kematian di negara ini adalah kerana masalah jantung, katanya. – BERNAMA

Makanan Murah Punca Sakit Jantunghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Makanan-Murah-Punca-Sakit-Jantung.jpeghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Makanan-Murah-Punca-Sakit-Jantung-150x150.jpeg04 October 2013 MyNewsHub Terkini

KANGAR - Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya...

KANGAR - Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya berisiko mengalami penyakit jantung. Kawalan penyakit jantung ini juga perlu bermula dari peringkat kanak-kanak kerana kegilaan terhadap permainan dalam talian menyebabkan golongan ini mengabaikan kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, katanya berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini. Sehubungan itu, Jafperi meminta ibu bapa agar memastikan anak mereka turut aktif dengan kegiatan fizikal selain menguasai bidang teknologi maklumat. Harus diingat, kajian Kementerian Kesihatan mendapati satu daripada tiga kematian di negara ini adalah kerana masalah jantung, katanya. - BERNAMA


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>MAKANAN</b> TERBAEK <b>DI PERLIS</b> - Ceritera Cahaya Cintaku

Posted: 18 Jan 2014 01:38 PM PST

Salam pagi Khamis.. hari ni dekat pejabat mommy ada audit.. mau check ape yang patut di check.. hehehehe.. so, pagi ni memang kalut sikit.. nak keluar breakfast pun tak sempat, kirimkan dengan officemate yang lain.. so dalam kekalutan ni, nak jugak mengupdate entry baru.. hehehee.. yang penting nak upload gambarnyer tu.. hehehehe..

Hari tu masa balik kampung, sempat la bawa mak, kakak dan adik-adik makan-makan di Kuala Perlis.. bukan selalu pun nak belanja mak dan family yang lain.. cuma ada kekurangan ahli family la.. adik mommy yang no 2 tak de, dengan yang no 3.. so tak pe la, kami makan kami je la ea.. hehehehe.. makan sampai sendat, padat dan ketat perut memasing.. last-last dah memang tak boleh masuk sangat dah, sotong goreng tepung dan udang goreng tepung terpaksa dibungkus bawa balik.. hehehehehee..

Tapi sebelum tu, mommy mengada-ngada nak makan pulut ayam di Wang Kelian dan koew teow sup siam di Padang Besar.. while Mr.DADDY layankan je ape yang mommy nak makan.. bagus betul dapat suami yang memahami tekak isteri ni.. huhuhuhuu.. sayang Mr.DADDY ketat-ketat..


koew teow sup siam Padang Besar
pulut ayam Wang Kelian

Pulut ayam tu ramai officemate mommy yang tak tau dan tak pernah makan.. ni adalah sejenis makan di Thailand ye.. memandangkan Pn. Bonda mommy berasal dari sana, so, ini adalah makan mommy sejak dari kecil lagi.. memang sedap.. pulut + ayam goreng berempah + bawang goreng.. memang sedap dan terbaekkk.. pulut ayam tu mommy beli ni di Wang Kelian, tapi sebelah Thailand ye.. kena masuk melepasi border Malaysia Thailand.. tapi di Wang Kelian, memang kita dibenarkan masuk untuk membeli barang-barang yang dijual di sempadan sebelah Thailand.. so sesape yang sampai Perlis, wajib untuk pergi Wang Kelian jugak ok..:)..


So berbalik kepada entry makan-makan di Kuala Perlis.. jom layan gambar..









Pn. Bonda cakap mommy kalau balik Perlis, tak de benda lain nak makan, sama je ini menunya.. hehehe.. especially koew teow sup siam dengan pulut ayam.. wajib dimakan kalau balik sana.. maklum la selama ni membesar dengan makanan-makanan tu, so bila dan berhijrah ke Ipoh, makanan tersebut tak de kat sini, so bila dah balik, mesti la mencari-cari..

Apabila Orang Kampung Mengutip <b>Makanan</b> Dari Lori Yang <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2014 05:13 PM PST

Ini Berlaku Apabila Orang Kampung Mengutip Makanan Dari Lori Yang Terbabas Di China | Sebuah lori yang membawa limau mandarin terbabas di Lanzhou, China.Sekumpulan orang kampung yang berdekatan terus datang untuk mengutip buah limau mandarin itu tetapi apa yang tidak masuk akal berlaku. Sekumpulan polis juga tiba dan menngeluarkan pistol untuk halang orang kampung ini mengutip buah limau mandarin itu. Namun tiada siapa yang takut dan teruskan kerja mereka. Polis tidak puas hati dan mulai menahan orang kampung seorang demi seorang. 

Ragam <b>Pelik</b> Manusia Dari Pelbagai Negara - Blog Mazeer

Posted: 19 Jan 2014 05:04 PM PST

Ragam Pelik Manusia Dari Pelbagai Negara
Ragam Pelik Manusia Yang Tidak Sesuai Jadi Ikutan | Rambut sama hitam tapi hati lain - lain . Setiap manusia mempunyai ragam yang pelbagai - bagai . Gambar dibawah adalah beberapa contoh ragam manusia . Ragam pelik yang dilakukan ini bukan sahaja bahaya malah boleh membunuh . Jangan jadikan hal - hal seperti ini berlaku dalam hidup anda .












Kes Bunuh Budak <b>Di</b> Terengganu #amrayylensa

Posted: 22 Jan 2014 07:32 PM PST

Kes bunuh Nursyafiqah Abdullah: Ibu dan teman lelaki ditahan

KUALA TERENGGANU: Polis telah menahan ibu Nursyafiqah Abdullah, 2, yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada Selasa untuk siasatan.

Menurut polis, teman lelaki ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28 merupakan suspek utama yang ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Selasa di Kuala Paka, Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata selain Rabiatul dan teman lelakinya, dua lagi suspek telah ditahan untuk membantu dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak itu.

Dua suspek itu masing-masing berusia 25 tahun dan diberkas antara 10.30 malam Selasa hingga 1.30 pagi Rabu di sekitar Paka.

Menurut Manoharan, mayat Nursyafiqah hanya ditemui selepas teman lelaki itu ditahan.

Selapas dia ditahan, barulah dua suspek lain dan Rabiatul ditahan untuk membantu siasatan, kata Manoharan dalam satu sidang media.

Menurutnya, ketika teman lelaki itu ditahan, suspek berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan khayal, di bawah pengaruh dadah.

Siasatan polis mendapati teman lelaki itu merupakan individu terakhir yang bersama dengan mangsa setelah Rabiatul membenarkannya keluar dengan lelaki itu pada kira-kira jam 11 pagi, Jumaat.

Bapa kandung Nursyafiqah kini masih menjalani hukuman di penjara atas kesalahan dadah.

Manoharan memberitahu pemberita bahawa hasil siasatan polis mendapati laporan Rabiatul pada hari Jumaat adalah palsu dan dipercaya dibuat atas paksaan teman lelakinya.

Katanya, teman lelaki itu telah memaklumkan kepada Rabiatul bahawa Nursyafiqah telah hilang dan memaksanya untuk membuat laporan polis.

Memandangkan kesemua suspek yang ditahan merupakan penagih dan pengedar dadah, polis masih menyiasat sama ada rabiatul terlibat atau tidak dalam kes kematian itu.

Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan oleh teman lelaki itu untuk membawa keluar Nursyafiqah sebelum dia ditemui mati dibunuh.

Nursyafiqah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Rabiatul, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
Rabiatul yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.


Berita mula diterbitkan pada: Januari 22, 2014 17:36
Astro Awani | Kemas kini: Januari 22, 2014

GAMBAR SUSPEK YG DITUDUH



AMRAYY

No comments:

Post a Comment