Tuesday, 28 January 2014

Jengka 19: Utusan Online - Utara - Blog Makanan di Perlis - Blogger - Blog Makanan di Perlis

Jengka 19: Utusan Online - Utara - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger - Blog Makanan di Perlis


Jengka 19: Utusan Online - Utara - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger

Posted: 22 Jan 2014 01:44 AM PST

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Shamsul Anuar Nasarah (berdiri, dua dari kanan) turut sama dalam aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung sempena Pesta Makanan Tradisional Lenggong. baru-baru ini.

LENGGONG 15 Jan. - Siapa sangka Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lalu sebenarnya bukan sahaja mempunyai tapak arkeologi prasejarah, malah turut memiliki warisan masakannya yang tersendiri.

Lenggong yang terletak di Hulu Perak begitu sinonim dengan topografi Sungai Perak yang membawa kepada pembentukan tasik seperti Tasik Raban.

Maka, tidak hairanlah sekiranya ikan air tawar seperti loma, tilan, baung, keli, kaloi, lampam, sepat, tengalan, puyu, belida, temoleh, kelah dan sebarau mudah didapati di sini.

Bahan aslinya seperti pucuk paku, keladi, ulam-ulaman serta pucuk-pucuk kayu seperti salang dan cemperai pula boleh dipetik pucuknya untuk dijadikan sayur.

Pada asasnya, warisan masakan Lenggong banyak dipengaruhi oleh penggunaan bahan-bahan tempatan daripada tumbuh-tumbuhan, hasil sungai serta hutan seperti rebung dan umbut rotan, yang boleh didapati di sekitar kampung.

Difahamkan, terdapat 25 jenis masakan asli warisan Lenggong yang diwarisi dan begitu dikenali dalam kalangan masyarakat di sini.

Antaranya termasuklah masak lemak pekasam loma, gulai daging Patani, gulai umbut pisang hutan, ikan pindang, pais ikan keramat, belotak, ikan sungai bakar cicah air kerabu, kerabu umbut rotan bakar, kerabu umbut tepus gajah dan rendang daging masak hitam.

Penulis berpeluang menghadiri Pesta Makanan Lenggong yang masuk kali kedua penganjurannya Pesta itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz .

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahli Parlimen Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Kesempatan mengunjungi pesta itu orang ramai berpeluang mengenali dua jenis masakan warisan di sini yang dikenali sebagai kebebe dan cara memasak nasi di dalam buluh.

Nama kebebe cukup janggal sekali didengar, namun sebenarnya, menu berkenaan merupakan makanan tradisi masyarakat Patani di Lenggong atau mungkin lebih sesuai dikenali sebagai 'rojak'.

Seorang penduduk, Tayibah Ismail, 59, dari Kampung Teluk Batu berkata, makanan tradisional itu begitu mudah untuk dihasilkan kerana bahan-bahannya boleh didapati di tepi rumah mahupun kebun di sini.

Menurut Tayibah, bahan-bahan yang digunakan merangkumi cili padi, belacan, garam, gula, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, cermai, belimbing, kelempong, cedong, dan jambu batu yang telah dipotong kecil.

"Caranya ialah kita masukkan cili padi, garam dan belacan di dalam lesung kayu dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali bubuh gula secukup rasa.

"Kebebe boleh dihidang dalam kelopak jantung atau daun pisang. Masukkan dalam polisterin pun tak mengapa kerana boleh dimakan pada bila-bila ketika bersantai," katanya.

Tayibah berkata, kebebe seringkali dibuat ketika terdapatnya majlis kenduri sewaktu penduduk kampung bergotong-royong menumbuk kerisik kerana penghasilannya boleh menghilangkan minyak yang terdapat di dalam lesung.

"Rasa kebebe ini semuanya ada. Ada rasa manis, masin, masam, kelat dan masin. Saya pun tak tahu kenapa dipanggil kebebe, namun, hidangan ini berkhasiat kerana kaya dengan vitamin C," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Chain di sini, Ahmad Yusof Yahya, 48, pula memperkenalkan cara memasak nasi dalam buluh.

Ahmad Yusof yang juga seorang bekas tentera berkata, stail masakan itu sangat sesuai dipraktikkan sekiranya masuk ke dalam hutan kerana tidak perlu membawa sebarang peralatan memasak seperti periuk.

"Hanya perlukan beras dan mungkin sedikit garam. Setelah beras itu dibasuh dan dimasukkan ke dalam buluh dengan dibungkus daun lerek yang boleh didapati di lembah sungai di hutan. Saiz buluh berbeza-beza tetapi sebatang buluh itu mungkin boleh memuatkan dalam lima ke enam bungkus nasi dan dapat dimakan kira-kira 10 orang.

"Tempoh masaknya adalah dua jam, namun ikut juga kepada ketebalan buluh. Apa pun, yang penting, pastikan tiada kebocoran pada buluh ketika mengisi air," katanya.

Menurut Ahmad Yusof, perbezaan ketara antara nasi yang ditanak di dalam buluh berbanding periuk adalah dari segi keharuman baunya.

"Sebenarnya, masak tom yam pun boleh dibuat dalam buluh kerana sememangnya fungsinya sama seolah-olah sebagai sebuah periuk," katanya.

Bersederhana pada Tahun Baharu Cina - Warta Utara Online

Posted: 20 Jan 2014 08:43 PM PST

wartautara.com | 520: Web server is returning an unknown error

Web server is returning an unknown error

Newark

CloudFlare

Working
wartautara.com

Host

Error

What happened?

There is an unknown connection issue between CloudFlare and the origin web server. As a result, the web page can not be displayed.

What can I do?

If you are a visitor of this website:

Please try again in a few minutes.

If you are the owner of this website:

There is an issue between CloudFlare's cache and your origin web server. CloudFlare monitors for these errors and automatically investigates the cause. To help support the investigation, you can pull the corresponding error log from your web server and submit it our support team. Please include the Ray ID (which is at the bottom of this error page). Additional troubleshooting resources.

Part II | Railway Tourism & Homestay Package – Pesta <b>Makanan</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2014 07:47 AM PST

Salam u olls , 

Baru ni Ty ada cerita pengalaman naik bot dengan keadaan yang gelap gelita di jam 3 pagi {klik}. Esok siangnya Ty menternak lemak. Bak orang kata ; tumpang dok muda sihat pa boleh makan , balun buang. Ha jom ke Lenggong!

11 Januari 2014

Terlajak bangun tido! Kelam kabut jadinya 5 beradik yang diangkat oleh keluarga angkat ; si pak Karim & mak Zaleha. Mau tak terlajak , kami semua tidur nyenyak sebab suasana di kampung kan , semestinya aman damai lagi tenang. Ya la , tak kan dapat punyalah kat Bandar tambah – tambah kota raya macam KL yang tak pernah tahu tidur. Kerekot punya tido mua dok da dalam selimut , sur punya sejuk u olls.

Lambat ke tak , sarapan pagi yang disediakan oleh mak , kakak dan adik angkat untuk kami mestilah kena tibai balun dulu. Memang balun okay , bukan makan alas perut. Heaven! Walhal nak pi ke bandar Lenggong untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong , tapi tak menghalang kami pun untuk "kedarah" makanan yang ada di pesta tu. Diet? Hello! Sekali sekala perlu treat & enjoy the food yang we seldom had , hokayh!

Bertempatkan di Dataran Lenggong , pelancaran Pesta Makanan Tradisional Lenggong telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Suasuana di pesta sangat meriah apabila kelihatan orang ramai yang datang ke pesta ini. Mana tidak nya , semua orang pun nak mengambil peluang untuk mencuba dan merasa sendiri makanan tradisional dari Lenggong. Apatahlagi dengan pelbagai jenis makanan ; iaitu kira - kira 19 jenis makanan yang penuh dengan kelainan dari segi penyediaan masakan itu.

Pesta Makanan ini diadakan bertujuan mengerat silaturahim antara orang-orang Kampung Parlimen Lenggong selain merupakan salah satu tarikan aktiviti pelancongan untuk negeri Perak.

Antara hidangan yang berjaya membuka selera "diet" Ty sampai jadi ular sawa kenyang.

Rendang Pedas

Daging Masak Hitam

Gulai Siput dengan Labu & Ikan Bakaq cicah air asam ala kerabu

Kari Daging Umbut Pisang

dan banyak lagi masakan seperti Gulai Daging Patani , Ikan Pekasam , Batang Lambuk.

Durian! Memang hantu durian la depa ni , perghhh , cheq speechless.

Sedap! Sangat sedap , nak sumbat lagi tapi tong perut dah tak muat. Selain daripada dapat merasa masakan dan makanan tradisional Lenggong. Terdapat juga pertunjukkan masakan , pameran dan gerai – gerai dibuka untuk para pengunjung melihat dan memperolehi maklumat yang lebih lanjut mengenai makanan tradisional Lenggong.

Buku yang mempunyai cara dan penyediaan masakan makanan tradisional Lenggong. Boleh la cuba bila kerajinan mendatang nanti kan. Tak pun serbu rumah Kak Sue Izza yang sememangnya suka memasak je sebab dia pun ada buku ni. Boleh tak kak? 

Tak puas meronda , rasa nak menempek lagi dengan melahap makanan yang superb delicious tapi masa amat mencemburui Ty dan sahabat blogger juga media yang lain. Janji , Ty dapat makan cempedak goreng – siap bawa naik bus. Owh , cempedak tu kira okay la kan daripada mereka – mereka yang si hantu durian sampai berbiji – biji diangkut bawa balik ke homestay

U olls perlu cuba makanan Lenggong , pasti bertambah berpinggan - pinggan lah macam Pak Cik Hasrul Hassan.

anajingga: <b>Makanan Tradisional di</b> Malaysia

Posted: 26 Jan 2013 09:31 AM PST

Memandangkan sekolah dah mula buka ana teringatlah sewaktu ana tolong siapkan folio kajian tempatan anak ana semasa berada di sekolah rendah dahulu...Tajuknya Makanan Tradisional di Malaysia ...punyalah sibuk hampir seminggu untuk menyiapkan projeknya kerana terpaksa menGoogle cari bahan-bahan dan foto-foto untuk di selitkan ..Oleh itu ana mendapat ilham untuk membuat satu entri untuk pelajar-pelajar mendapatkan serba sedikit bahan sekiranya hendak menyiapkan tugasan berkaitan Makanan Tradisional di Malaysia... apa yang ana kongsikan disini adalah hasil pemerhatian dan pengetahuan ana yang tak seberapa ini..

Makanan Tradisional Kaum Melayu di Malaysia:

Boleh dikatakan makanan tradisional untuk kaum-kaum di Malaysia ini kebanyakannya disajikan semasa perayaan-perayaan utama sesuatu kaum ataupun sebagai hidangan harian keluarga.Ia terdiri daripada makanan utama dan juga kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut...Disini ana kelaskan kepada dua kategori:

Juadah Perayaan khasnya pada Hari Raya:

Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan ketupat dan lemang.

Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas
Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun serunding.
dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan rendang daging
Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih tradisional yang agak popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih karas,kuih siput,batang buruk dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan bahan-bahan utama seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.
Kuih batang buruk,kuih bahulu,kuih karas dan putu kacang.

Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang dibuat untuk perayaan utama mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat.
dodol dan wajik

Juadah sajian harian:

Untuk juadah harian makanan utama kaum Melayu di Malaysia ini ialah nasi putih yang dimakan bersama sayur-sayuran ,lauk pauk dan sambal.Memandangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terdapat campuran elemen pelbagai bangsa didalam masakan juadah harian kaum Melayu di sini.Oleh itu ana ingin lebih tekankan kepada juadah kuih-kuih tradisional Melayu yang lebih cenderung dengan unsur-unsur kemelayuannya.

Antara yang agak terkenal ialah juadah kuih-muih yang lemak dan manis seperti kuih seri muka,lompang,abuk-abuk sagu dan lain-lainnya yang menggunakan bahan-bahan utama seperti santan,gula melaka,tepung,kelapa parut dan sebagainya.

tepung pelita,lompat tikam,lompang,abuk-abuk sagu,koci,tepung gomak dan seri muka.
Ada juga kuih-kuih tradisional Melayu di sini yang agak pedas dan dibakar dalam daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal di Trengganu dan juga kuih pulut panggang.Sata menggunakan isi ikan yang dicampur bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.
Sata dan pulut panggang
Satu lagi makanan tradisional Melayu yang jarang diketengahkan ialah tapai..Tapai boleh dibuat dari pulut ataupun ubi kayu yang direbus kemudian dicampurkan ragi sebelum diperam untuk beberapa hari dan boleh dimakan.
tapai pulut dan tapai ubi kayu
Sebenarnya masih banyak lagi makanan tradisional Melayu yang boleh dikongsikan cuma setakad ini sahaja yang dapat ana coretkan diruang ini untuk kita lebih mengenali makanan tradisional kaum-kaum lain pula yang terdapat di Malaysia.

Makanan Tradisional Kaum Cina di Malaysia:

Sekarang kita beralih pula tentang makanan tradisional kaum Cina di Malaysia yang pernah ana baca dan ketahui serba sedikit.Ana bahagikan kepada dua iaitu makanan harian dan makanan sempena perayaan mereka.
Makanan Harian Kaum Cina di Malaysia:
Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling..

char koey tiaw & yee mee sizzling
Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari oleh semua kaum di Malaysia.
Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran
Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan.Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
Tang Yuan & Spring Roll

Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia:
Seperti kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..
Tahun Baru Cina:
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.
Yee Sang
Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin
Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.
Akhir sekali ana juga sempat menGoogle sedikit maklumat tentang kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini.
Kuih Bulan

Makanan Tradisional Kaum India di Malaysia:
Satu lagi kaum yang utama di Malaysia ialah kaum Indian yang mewarnai kepelbagaian tradisi di sini.Kebanyakan makanan tradisional kaum India ini berasaskan rempah ratus yang merupakan elemen penting dalam masakan mereka.Seperti kaum Cina makanan orang-orang India juga kini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat disini samada untuk sarapan pagi,makan tengahari ataupun sebagai pencuci mulut...
Makanan Harian Kaum India di Malaysia:
Ana mulakan dengan sarapan pagi kerana memang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia ini makan sarapan bagi dengan menu-menu makanan tradisi India seperti roti canai,tosei,capati,puri dan nan yang dimakan bersama kuah kari,kuah dal dan sambal tumis atau sambal kelapa..Menu-menu ini boleh didapati di kedai-kedai dan restoran-restoran mamak diserata tempat.
Menu sarapan pagi kaum India di Malaysia
Untuk makan tengahari pula kaum India memang gemar makan makanan yang pedas dan berkari dari daging kambing ataupun ayam.Rempah ratus memang satu kemestian didalam masakan mereka.Antaranya yang popular ialah nasi di atas daun pisang dengan kari kepala ikan atau kari daging kambing atau kari ayam dengan popedum dan sayur-sayuran dan juga nasi briyani..
Makanan nasi kaum India di Malaysia
Makanan tradisional untuk perayaan Deepavali kaum India di Malaysia:
Selain dari menu-menu di atas yang di masak untuk makanan harian mereka juga menyediakannya untuk perayaan Deepavali disamping beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.
Kuih muih tradisional kaum India di Malaysia
Oklah sampai disini sahaja yang dapat ana rumuskan tentang makanan tradisional kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia ini.Sekiranya terdapat apa-apa fakta yang tidak tepat ana mohon maaf terlebih dahulu kerana apa yang ana tuliskan disini adalah berdasarkan pengalaman peribadi,pembacaan dan dari Google Search di internet.Sekalung terima kasih kepada Google Image khasnya rakan-rakan blogger dan website yang mana telah ana pinjam foto-foto dari sana.

No comments:

Post a Comment