Blog <b>Makanan di Perlis</b>: ahmadyaakob.com: Pesta <b>Makanan</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Perlis |
Blog <b>Makanan di Perlis</b>: ahmadyaakob.com: Pesta <b>Makanan</b> <b>...</b> Posted: 15 Jan 2014 01:19 AM PST Tenom.... jarang sekali kita dapat baca pengalaman bloggers yang berkesempatan untuk bercuti di Tenom. Agaknya sebab ramai yang tidak berapa arif dengan destinasi pelancongan di Tenom, jadi Tenom terus dipadamkan dari aturcara lawatan mereka yang bercuti ke Negeri Di Bawah Bayu. Selain daripada itu, jaraknya yang agak jauh dari Kota Kinabalu menyebabkan tidak ramai yang sempat untuk melawat Tenom. Jika memandu, ia akan mengambil masa di antara 2 setengah hingga 3 jam untuk sampai, sama ada melalui jalan Tambunan, Kimanis ataupun Sipitang. Sebenarnya memandu sambil menikmati sumandak keindahan alam dan kampung tradisional di pedalaman negeri Sabah memang mengujakan. Tiga jam pemanduan sememangnya tidak terasa. Jadi apa daya tarikan utama di Tenom terutamanya kepada pelancong tempatan mahupun asing? Antaranya..... Pekan Tenom - bila sampai Tenom kenalah lepak-lepak di Pekan Tenom. Di pekan ini anda boleh saksikan gelagat penduduk tempatan dalam urusan harian mereka. Jangan harapkan something yang marbeles di sini, Pekan Tenom hanyalah sebuah pekan kecil, sekadar cukup untuk keperluan penduduk sekitar. Pusat Kebudayaan Murut @ Murut Cultural Centre - di bawah kelolaan Lembaga Kebudayaan Sabah. Murut merupakan suku kaum utama di daerah Tenom. Pusat Kebudayaan Murut merupakan lokasi paling sesuai kalau anda mahu mengenali sejarah dan perkembangan kaum Murut dengan lebih dekat. Taman Pertanian Tenom, Lagud Seberang - bumi Tenom khasnya, dan Sabah secara amnya cukup subur. Campak saja benih pasti bercambah dan membuahkan hasil yang cukup lumayan. Taman Pertanian Tenom diwujudkan khusus untuk merancakkan aktiviti pertanian di Tenom. Ianya dibuka untuk lawatan orang awam, sekadar melawat atau pun jika berminat, boleh membeli benih-benih tanaman yang menarik perhatian anda. Malahan khidmat nasihat pun turut diberikan kepada mereka yang berminat. Kilang Kopi Tenom - ada beberapa pengilang kopi di Tenom. Kilang mereka sebenarnya tidak dibuka untuk lawatan awam tapi anda boleh mengunjungi kilang mereka untuk membeli kopi Tenom secara terus dari pengilang. Kopi Tenom yang original memang ada umphhh!!! dan menjadi buruan penggila kopi. Setiap entri yang seterusnya akan ambo perkenalkan setiap destinasi di atas dengan lebih details dan kongsi pengalaman ambo semasa bercuti di Tenom, Sabah baru-baru ini. Entri yang ini ambo perkenalkan dulu pekan Tenom dan cara untuk ke Tenom dari Kota Kinabalu - jika anda menggunakan kenderaan awam. Jadi di mana kita boleh ambil teksi atau bas ekspress untuk ke Tenom dari Kota Kinabalu? Anda boleh dapatkan teksi atau bas ekspress di Hentian Bas Bandaran. Jika anda ambil teksi di airport, beritahu saja anda mahu ke stesen bas Bandaran. Tambang teksi ambo tidak pasti berapa tapi tiket bas hanyalah RM20 sehala. Ada dua syarikat bas ekspress yang menyediakan perkhidmatan, Tung Ma Nui Luk (KK-Keningau-Tenom) dan Ekspress Bumiputera (KK-Keningau sahaja).
Sebenarnya lebih seronok memandu sendiri berbanding menggunakan perkhidmatan bas ekspress. Bas ekspress biasanya akan menggunakan laluan Kimanis jadi anda akan terlepas pemandangan indah di kemuncak banjaran Crocker. Bagusnya, anda boleh relax atau tidur saja, sedar-sedar sudah sampai Tenom. Di pertengahan perjalanan jika menggunakan bas ekspress, bas akan berhenti seketika untuk kemudahan mereka yang mahu ke tandas mahupun untuk meneguk minuman ringan.
Jangan pula anda imagine perhentian di pedalaman Sabah sepertimana RnR di Plus Highway. Hentian rehat ini hanyalah deretan kedai kecil dan tandas yang tak seberapa.
Penumpang beragama Islam kalau sekadar membeli makanan ringan dalam paket bolehlah.... tapi elakkan makanan panas kerana pemilik kedai di hentian rehat kebanyakkannya adalah non-muslim. Sebelum sampai di Tenom, bas akan berhenti dulu di Pekan Keningau, hanya untuk seketika. Jika anda berminat untuk menjelajah Keningau dahulu pun boleh, ada banyak hotel untuk anda menginap. Kemudian ambil saja teksi untuk ke Tenom yang jaraknya cuma 30 hingga 40 minit pemanduan.
Terminal bas ekspress di Pekan Tenom letaknya betul-betul di depan stesen keretapi dan padang awam Tenom. Dari sini terpulang kepada anda apa perancangan seterusnya. Nak bermalam boleh, ada beberapa buah hotel antaranya Hotel Perkasa dan Orchid Hotel. Jika mahu kemana-mana boleh gunakan saja perkhidmatan teksi.
Apa yang kita boleh buat di Pekan Tenom? Hmmmm..... jalan-jalan cuci mata dan jalan-jalan cari makan. Pekan Tenom hanyalah sebuah pekan koboi tapi cukup lengkap untuk keperluan penduduk setempat. Ada beberapa blok bangunan kedai, bank, hospital, balai bomba dan masjid. Hehehehe..... macam tak ada apa-apa kan? Memang pekan Tenom biasa-biasa saja, tapi jika anda berjiwa kembara atau berjiwa petualang bak kata orang Indonesia, setiap destinasi baru sebenarnya menjanjikan satu pengalaman baru. Mungkin anda akan perolehi pengalaman baru dengan bergaul dengan penduduk tempatan berketurunan Murut. Paling kurang melalui pemerhatian, anda boleh melihat cara hidup mereka seharian. Penduduk setempat juga sebenarnya peramah dan suka membantu orang luar yang bertandang ke tempat mereka. Jangan takut untuk dipotong kepala kerana Murut sudah lama meninggalkan adat resam tersebut. Jika anda menghadapi masalah atau sesat arah, jangan malu-malu untuk bertanya penduduk tempatan. Mereka akan sedaya upaya akan cuba membantu anda.
Jadi inilah sedikit sebanyak pengenalan kepada Pekan Tenom. Inshaa Allah dalam entri yang seterusnya akan ambo kongsi pula saat-saat kami berkunjung ke Pusat Kebudayaan Murut, Tenom. Sekian, berjumpa lagi di lain siaran. | ||||||||||||||||||||||||
Part II | Railway Tourism & Homestay Package – Pesta <b>Makanan</b> <b>...</b> Posted: 24 Jan 2014 07:47 AM PST Salam u olls , Baru ni Ty ada cerita pengalaman naik bot dengan keadaan yang gelap gelita di jam 3 pagi {klik}. Esok siangnya Ty menternak lemak. Bak orang kata ; tumpang dok muda sihat pa boleh makan , balun buang. Ha jom ke Lenggong! 11 Januari 2014 Terlajak bangun tido! Kelam kabut jadinya 5 beradik yang diangkat oleh keluarga angkat ; si pak Karim & mak Zaleha. Mau tak terlajak , kami semua tidur nyenyak sebab suasana di kampung kan , semestinya aman damai lagi tenang. Ya la , tak kan dapat punyalah kat Bandar tambah – tambah kota raya macam KL yang tak pernah tahu tidur. Kerekot punya tido mua dok da dalam selimut , sur punya sejuk u olls. Lambat ke tak , sarapan pagi yang disediakan oleh mak , kakak dan adik angkat untuk kami mestilah kena tibai balun dulu. Memang balun okay , bukan makan alas perut. Heaven! Walhal nak pi ke bandar Lenggong untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong , tapi tak menghalang kami pun untuk "kedarah" makanan yang ada di pesta tu. Diet? Hello! Sekali sekala perlu treat & enjoy the food yang we seldom had , hokayh! Bertempatkan di Dataran Lenggong , pelancaran Pesta Makanan Tradisional Lenggong telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz. Suasuana di pesta sangat meriah apabila kelihatan orang ramai yang datang ke pesta ini. Mana tidak nya , semua orang pun nak mengambil peluang untuk mencuba dan merasa sendiri makanan tradisional dari Lenggong. Apatahlagi dengan pelbagai jenis makanan ; iaitu kira - kira 19 jenis makanan yang penuh dengan kelainan dari segi penyediaan masakan itu. Pesta Makanan ini diadakan bertujuan mengerat silaturahim antara orang-orang Kampung Parlimen Lenggong selain merupakan salah satu tarikan aktiviti pelancongan untuk negeri Perak. Antara hidangan yang berjaya membuka selera "diet" Ty sampai jadi ular sawa kenyang. Rendang Pedas Daging Masak Hitam Gulai Siput dengan Labu & Ikan Bakaq cicah air asam ala kerabu Kari Daging Umbut Pisang dan banyak lagi masakan seperti Gulai Daging Patani , Ikan Pekasam , Batang Lambuk. Durian! Memang hantu durian la depa ni , perghhh , cheq speechless. Sedap! Sangat sedap , nak sumbat lagi tapi tong perut dah tak muat. Selain daripada dapat merasa masakan dan makanan tradisional Lenggong. Terdapat juga pertunjukkan masakan , pameran dan gerai – gerai dibuka untuk para pengunjung melihat dan memperolehi maklumat yang lebih lanjut mengenai makanan tradisional Lenggong. Buku yang mempunyai cara dan penyediaan masakan makanan tradisional Lenggong. Boleh la cuba bila kerajinan mendatang nanti kan. Tak pun serbu rumah Kak Sue Izza yang sememangnya suka memasak je sebab dia pun ada buku ni. Boleh tak kak? Tak puas meronda , rasa nak menempek lagi dengan melahap makanan yang superb delicious tapi masa amat mencemburui Ty dan sahabat blogger juga media yang lain. Janji , Ty dapat makan cempedak goreng – siap bawa naik bus. Owh , cempedak tu kira okay la kan daripada mereka – mereka yang si hantu durian sampai berbiji – biji diangkut bawa balik ke homestay. U olls perlu cuba makanan Lenggong , pasti bertambah berpinggan - pinggan lah macam Pak Cik Hasrul Hassan. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment