Tuesday 28 January 2014

RATUSAN KUCING MENJADI MENU - Blog Makanan di Perlis - Blog Makanan di Perlis

RATUSAN KUCING MENJADI MENU - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blog Makanan di Perlis


RATUSAN KUCING MENJADI MENU - Blog <b>Makanan di Perlis</b>

Posted: 22 Jan 2014 11:33 PM PST

Kes bunuh Nursyafiqah Abdullah: Ibu dan teman lelaki ditahan

KUALA TERENGGANU: Polis telah menahan ibu Nursyafiqah Abdullah, 2, yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada Selasa untuk siasatan.

Menurut polis, teman lelaki ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28 merupakan suspek utama yang ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Selasa di Kuala Paka, Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata selain Rabiatul dan teman lelakinya, dua lagi suspek telah ditahan untuk membantu dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak itu.

Dua suspek itu masing-masing berusia 25 tahun dan diberkas antara 10.30 malam Selasa hingga 1.30 pagi Rabu di sekitar Paka.

Menurut Manoharan, mayat Nursyafiqah hanya ditemui selepas teman lelaki itu ditahan.

Selapas dia ditahan, barulah dua suspek lain dan Rabiatul ditahan untuk membantu siasatan, kata Manoharan dalam satu sidang media.

Menurutnya, ketika teman lelaki itu ditahan, suspek berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan khayal, di bawah pengaruh dadah.

Siasatan polis mendapati teman lelaki itu merupakan individu terakhir yang bersama dengan mangsa setelah Rabiatul membenarkannya keluar dengan lelaki itu pada kira-kira jam 11 pagi, Jumaat.

Bapa kandung Nursyafiqah kini masih menjalani hukuman di penjara atas kesalahan dadah.

Manoharan memberitahu pemberita bahawa hasil siasatan polis mendapati laporan Rabiatul pada hari Jumaat adalah palsu dan dipercaya dibuat atas paksaan teman lelakinya.

Katanya, teman lelaki itu telah memaklumkan kepada Rabiatul bahawa Nursyafiqah telah hilang dan memaksanya untuk membuat laporan polis.

Memandangkan kesemua suspek yang ditahan merupakan penagih dan pengedar dadah, polis masih menyiasat sama ada rabiatul terlibat atau tidak dalam kes kematian itu.

Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan oleh teman lelaki itu untuk membawa keluar Nursyafiqah sebelum dia ditemui mati dibunuh.

Nursyafiqah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Rabiatul, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.

Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
Rabiatul yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.


Berita mula diterbitkan pada: Januari 22, 2014 17:36
Astro Awani | Kemas kini: Januari 22, 2014

GAMBAR SUSPEK YG DITUDUH



AMRAYY

Blog <b>Makanan di Perlis</b>: We Love We Care We Share: PULAU <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 11:42 PM PST

Hari ke 2 di Pulau Pangkor, lepas bersarapan kami nak pusing-pusing keliling pulau... mengikut kajian dari doktor google, kat sini bnyk teksi... terutama di hadapan Coral Bay Resort Pangkor. Coral bay berdekatan dgn deretan kedai-kedai makan dan kedai-kedai cenderamata... Kalau nak pusing-pusing pulau, kita boleh sewa kereta, motosikal, basikal & sewa teksi (pemandu teksi yg bawa)... Kami bercadang nak sewa teksi pink tu je..senang sbb driver yg bawak kan..nak sewa moto atau kereta mcm berisiko je hehe.. 

Kami terjumpa dengan seorang pakcik ni..peramah dan baik org nya...Dia kata kalo nak pusing keliling pulau, kita pergi ke Kota Belanda, Taman Fu Lin Kung (tokong), Teluk Nipah, Kilang satay ikan dan Pekan Pangkor bayarannya RM80..tapi kami tak nak pegi Taman Fu Lin Kung, jadi dia kata RM70 je.. Kami pun kata oklah...

  Teksi ni yang bawa kami jalan-jalan

Destinasi kami yang pertama adalah Kota Belanda.. sedang dlm perjalanan tu ada sekatan polis..ramai gak lah penunggang motosikal kena tahan..tu risiko bagi pengunjung yang menyewa motosikal tanpa lesen...

Keadaan jalan yang bengkang bengkok dan berbukit bukit juga jalan yang agak sempit

KOTA BELANDA

 

 

 

 PEKAN PANGKOR  

 Dari Kota Belanda, kami dibawa ke Pekan Pangkor...Nasib baik kami tak sewa kereta dan drive sendiri, sbb jalan-jalan di Pulau Pangkor ni sempit, sesak, berliku liku, berbukit bukit dan susah juga nak cari parking...Sepanjang jalan ramai penduduk di sini menjemur ikan kering di tepi-tepi jalan...Keadaan di Pekan Pangkor ini cukup meriah..Pelbagai jenis kedai ada..ada kedai menjual cenderamata, pakaian, ikan-ikan, sotong-sotong kering, keperluan dapur dan kat sini juga ada bank... Setiap kedai yang menjual barang yang sama, harganya adalah berbeza sedikit dari satu kedai dgn kedai yang lain...Kami tak membeli pun, cuma jalan-jalan dan survey je..sbb kami tak mahu bawa brg banyak sgt..lagipun jeti Pangkor hanya sebelah deretan kedai je..sebelum balik esok blh singgah lagi hehe... Barangan kering kat sini mmg cantik-cantik..bersih je tapi harga blh tahan...tak de lah murah mane..sama je dgn harga tempat kita...bezanya, ikan bilis atau barang kering kat sini cantik skit dari yg dijual kat tempat kita yg dah berubah warna...

 

 

 

 Jeti Pangkor hanya bersebelahan je

KILANG SATAY

Sebelum sampai jom layan dlu gamba-gamba perkampungan nelayan... apa yang saya blh kata, harga makanan di kedai kilang satay ni tak de lah murah mana....semua org ingat mesti murah sbb beli dari kilang kan, lebih kurang sama je dengan harga di Pekan Pangkor..tapi tak semua jenis makanan di kedai Pekan Pangkor ada di kilang ni..kami hanya beli makanan yang pelik-pelik dan susah nak jumpa..lagipun semua makanan kat kilang satay ni dibuat di sini, tak seperti di Pekan Pangkor yang menjual barangan makanan dari Pahang dan Thailand pun ada..jangan sangka kita di Pulau Pangkor beli barangan asli dari Pangkor..harus hati-hati hehe..

 

TELUK DALAM RESORT

Selesai membeli dan blah dari Kilang Satay, pak cik tu bawa kami pusing-pusing sekitar Teluk Dalam Resort. Kawasan resort yang sangat cantik, ianya lebih privacy, ada padang golf dan yang tak bestnya tiada kedai makan yang berhampiran...kena makan dlm resort shj...Pak cik tu kata, laut kat sini kurang bersih..tapi kami mmg blh nampak, air nya cantik tapi di tepi-tepi persisiran pantai, airnya mcm berhabuk dan hitam. Teluk Dalam ni berhampiran juga dengan Pangkor Island Beach Resort. Resort-resort ni adalah pilihan kami juga sebelum datang ke sini tapi kajian dari doktor google kata, kawasannya yg agak jauh dan terlalu privacy membuatkan kami tak jadi nak lepak kat sini. Pilihan kami mmg tepat. Bagi yang suka tempat-tempat sunyi dan lebih privacy, blh lepak kat sini...cuma air lautnya je kurang memuaskan... sebelum sampai Teluk Dalam & Pangkor Island, layan dlu pemandangan yang sempat saya snap hehe...

sempat beli air kat kilang satay tadi hehe..

keadaan jalan yang agak sempit, curam, bengkang bengkok dan tinggi..rasa seram tapi pakcik tu rileks je


PANGKOR ISLAND BEACH RESORT

Selepas pusing-pusing di Teluk Dalam, kami dibawa pusing-pusing dan berposing di sekitar Pangkor Island...baik sungguh pakcik ni hehe...Pangkor Island mmg cantik dan terlalu privacy...sesuai sangat lah bagi yang nk berhoney moon...

 

 

ada ikan tuuu....

 

PANTAI TELUK NIPAH

Selesai berposing dan menghirup udara laut di Pangkor Island, kami dibawa pula ke Pantai Teluk Nipah... untuk makan-makan dan melawat kawasan sekitar... Kat sini mmg banyak giler hotel dan chalet..anda blh google..pelbagai jenis penginapan ada...harga pun blh tahan...Di tepi-tepi jalan Teluk Nipah banyak sangat kedai makan, kedai cenderamata, kedai-kedai menyewa bot utk pusing-pusing pulau atau aktiviti snorkeling.. Harga sewa bot kat sini jauh lebih murah berbanding di Pantai Pasir Bogak..di Pasir Bogak satu bot RM160 tetapi kat sini sekitar rm60 ke atas..Pakcik tu kata, Pasir Bogak jauh skit kalo nak pusing-pusing pulau...Teluk Nipah dekat je pulau-pulaunya..oooo patutlah mahal hehe.. Kedai makan kat sini mmg banyak..harga blh tahan mahal juga...huhuu... apa yang sy blh katakan, Pantai Teluk Nipah mmg tempat tumpuan org ramai..crowded lah jgk kat sini...sbb pantai nya pantai awam..di seberang jalan banyak hotel dan chalet, di seberang sini pula deretan kedai-kedai menjual makanan dan mcm-mcm lagi..masa kami sampai tu, air lautnya tgh pasang, so ombak mmg besar dan agak kuat..org tak ramai yang mandi..kalo mandi pun hanya org dewasa shj tu pun kat tepi-tepi je...tepi-tepi laut pun ramai org lepak-lepak dgn famili dan kawan-kawan... jadi pada sesiapa yg suka tempat mcm ni mmg sesuai lah lepak kat Teluk Nipah...

 

 

Selepas lepak-lepak sambil makan-makan...kami pun pulang ke resort kami utk berehat....petang nanti nak terjun laut lagi yahooo.... 2 jam setengah jgk pakcik tu bawa kami jalan-jalan sekitar Pulau Pangkor ni..terima kasih pakcik

Jumpa lagi di sambungan seterusnya... Pulau Pangkor Part 5


PULAU PANGKOR THE SERIES :

Dah baca, jangan segan-segan....komen-komen lah skit.... 

bagi yang dah ambil gamba dari blog ini jgn lupa tag saya ye..

terima kasih ^_^

RATUSAN KUCING MENJADI MENU <b>PELIK DI</b> SEBUAH RESTORAN

Posted: 26 Jan 2014 11:34 AM PST

Ratusan Kucing Bakal Jadi Menu Pelik di Restoran | Kucing dan anjing , adalah haiwan manja yang banyak dipelihara manusia . Mereka adalah haiwan yang penuh kasih sayang dan kesetiaan . Dan masih banyak lagi haiwan seperti mereka , orang utan misalnya . Namun belakangan ini semakin banyak khabar yang kurang baik  tentang bagaimana orang - orang memperlakukan binatang untuk kepentingan wang .

Mengesan pelbagai maklumat di media , ada sebuah kisah memilukan dari China pada awal tahun ini . Sekitar 1000 kucing berjaya diselamatkan dari ' jalan menuju maut ' selepas sebuah kemalangan membuat lori yang mengangkut kucing - kucing ini terguling . Ada banyak tempat yang dibuat seadanya , memuat banyak sekali kucing dengan sangat tidak berperikemanusiaan .

Kucing itu dijel dalam 40 kotak kayu . Namun terselamat kerana lori itu mengalami kemalangan dan menarik perhatian banyak orang di Changsha , Hunan , saat melihat banyak tempat dengan tangan - tangan kecil berbulu dan suara yang menghiris hati . Kucing - kucing ini trauma , takut dan kelaparan .

Warga Changsha yang melihatnya TERUS berusaha menyelamatkan kucing - kucing malang ini . Dengan bantuan seadanya mereka berusaha memberikan air , susu dan makanan . Beberapa orang mengeluarkan kucing - kucing itu untuk segera dibawa ke Changsha Small Animal Protection . Namun beberapa di antaranya ada yang turut mati kerana kemalangan ini .

Yang lebih sadis lagi , apabila trak ini tidak mengalami kemalangan , mereka akan membawa para kucing ke restoran untuk dijadikan bahan makanan dan dimakan oleh manusia . Kucing ini didapati dari petani - petani yang menggemukkan mereka dan menjualnya demi mendapat pendapatan tambahan . Bahkan di beberapa restoran , mereka mempersilakan pelanggan memilih kucing yang mereka mahu dan chef akan mengolahnya menjadi makanan .

Entahlah , ini hanya sebuah gambaran kecil di antara masih banyak lagi pembunuhan keji haiwan oleh manusia . Bahkan haiwan yang biasa dimakan manusia seperti lembu , kadang tak diperlakukan dengan layak saat penyembelihan , seperti digelonggongi agar dagingnya kelihatan segar dan besar .





Gelinya <b>makanan</b> ini | borakkosong.com - Busuk.org

Posted: 21 Jan 2014 08:52 PM PST

jauhkan 5 makanan ini daripada anak anda


najibrazak kasihanilah gadis ini kurang makanan akibat ..


gempar lelaki ini hadir ke majlis pengebumian dirinya s..


unit polis syarie kenapa nga bangsat ini mengelupur


hari ini isnin


hafiz hamidun terdesak cari isteri tahun ini lamar heli..


umno perlu cemas dengan berita ini


misteri lelaki ini hadir ke majlis pengebumian dirinya ..


subhanallah ini lah mukjizat al quran tentang api di da..


maafkan saya adakah tempat ini diambil tidak okay terim..


manusia ini ibarat seperti satu botol


individu yang memberi idea pengiklanan ini patut dinaik..


aidil zafuan kahwini zarema zainal mac ini


gara gara berpakaian seksi ibu pelajar ini mendakwa ham..


prkkajang kenapa nak anwaribrahim ganti khalidibrahim i..


betul ker cuaca sejuk di malaysia akan berakhir minggu ..


berikut ini adalah daftar pemenang grammy awards 2014


pakatan akan boikot kfc kerana iklan ini


karena terlalu miskin anak ini meminum susu anjing


adun pkr letak jawatan ini bidasan dr maza


sepasang panda tiba di zoo negara april ini


Jengka 19: Utusan Online - Utara - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger

Posted: 22 Jan 2014 01:44 AM PST

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Shamsul Anuar Nasarah (berdiri, dua dari kanan) turut sama dalam aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung sempena Pesta Makanan Tradisional Lenggong. baru-baru ini.

LENGGONG 15 Jan. - Siapa sangka Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lalu sebenarnya bukan sahaja mempunyai tapak arkeologi prasejarah, malah turut memiliki warisan masakannya yang tersendiri.

Lenggong yang terletak di Hulu Perak begitu sinonim dengan topografi Sungai Perak yang membawa kepada pembentukan tasik seperti Tasik Raban.

Maka, tidak hairanlah sekiranya ikan air tawar seperti loma, tilan, baung, keli, kaloi, lampam, sepat, tengalan, puyu, belida, temoleh, kelah dan sebarau mudah didapati di sini.

Bahan aslinya seperti pucuk paku, keladi, ulam-ulaman serta pucuk-pucuk kayu seperti salang dan cemperai pula boleh dipetik pucuknya untuk dijadikan sayur.

Pada asasnya, warisan masakan Lenggong banyak dipengaruhi oleh penggunaan bahan-bahan tempatan daripada tumbuh-tumbuhan, hasil sungai serta hutan seperti rebung dan umbut rotan, yang boleh didapati di sekitar kampung.

Difahamkan, terdapat 25 jenis masakan asli warisan Lenggong yang diwarisi dan begitu dikenali dalam kalangan masyarakat di sini.

Antaranya termasuklah masak lemak pekasam loma, gulai daging Patani, gulai umbut pisang hutan, ikan pindang, pais ikan keramat, belotak, ikan sungai bakar cicah air kerabu, kerabu umbut rotan bakar, kerabu umbut tepus gajah dan rendang daging masak hitam.

Penulis berpeluang menghadiri Pesta Makanan Lenggong yang masuk kali kedua penganjurannya Pesta itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz .

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahli Parlimen Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Kesempatan mengunjungi pesta itu orang ramai berpeluang mengenali dua jenis masakan warisan di sini yang dikenali sebagai kebebe dan cara memasak nasi di dalam buluh.

Nama kebebe cukup janggal sekali didengar, namun sebenarnya, menu berkenaan merupakan makanan tradisi masyarakat Patani di Lenggong atau mungkin lebih sesuai dikenali sebagai 'rojak'.

Seorang penduduk, Tayibah Ismail, 59, dari Kampung Teluk Batu berkata, makanan tradisional itu begitu mudah untuk dihasilkan kerana bahan-bahannya boleh didapati di tepi rumah mahupun kebun di sini.

Menurut Tayibah, bahan-bahan yang digunakan merangkumi cili padi, belacan, garam, gula, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, cermai, belimbing, kelempong, cedong, dan jambu batu yang telah dipotong kecil.

"Caranya ialah kita masukkan cili padi, garam dan belacan di dalam lesung kayu dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali bubuh gula secukup rasa.

"Kebebe boleh dihidang dalam kelopak jantung atau daun pisang. Masukkan dalam polisterin pun tak mengapa kerana boleh dimakan pada bila-bila ketika bersantai," katanya.

Tayibah berkata, kebebe seringkali dibuat ketika terdapatnya majlis kenduri sewaktu penduduk kampung bergotong-royong menumbuk kerisik kerana penghasilannya boleh menghilangkan minyak yang terdapat di dalam lesung.

"Rasa kebebe ini semuanya ada. Ada rasa manis, masin, masam, kelat dan masin. Saya pun tak tahu kenapa dipanggil kebebe, namun, hidangan ini berkhasiat kerana kaya dengan vitamin C," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Chain di sini, Ahmad Yusof Yahya, 48, pula memperkenalkan cara memasak nasi dalam buluh.

Ahmad Yusof yang juga seorang bekas tentera berkata, stail masakan itu sangat sesuai dipraktikkan sekiranya masuk ke dalam hutan kerana tidak perlu membawa sebarang peralatan memasak seperti periuk.

"Hanya perlukan beras dan mungkin sedikit garam. Setelah beras itu dibasuh dan dimasukkan ke dalam buluh dengan dibungkus daun lerek yang boleh didapati di lembah sungai di hutan. Saiz buluh berbeza-beza tetapi sebatang buluh itu mungkin boleh memuatkan dalam lima ke enam bungkus nasi dan dapat dimakan kira-kira 10 orang.

"Tempoh masaknya adalah dua jam, namun ikut juga kepada ketebalan buluh. Apa pun, yang penting, pastikan tiada kebocoran pada buluh ketika mengisi air," katanya.

Menurut Ahmad Yusof, perbezaan ketara antara nasi yang ditanak di dalam buluh berbanding periuk adalah dari segi keharuman baunya.

"Sebenarnya, masak tom yam pun boleh dibuat dalam buluh kerana sememangnya fungsinya sama seolah-olah sebagai sebuah periuk," katanya.

No comments:

Post a Comment