<b>MAKANAN</b> TERBAEK <b>DI PERLIS</b> - Ceritera Cahaya Cintaku - Blog Makanan di Perlis |
- <b>MAKANAN</b> TERBAEK <b>DI PERLIS</b> - Ceritera Cahaya Cintaku
- Jengka 19: Utusan Online - Utara - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger
- Blog <b>Makanan di Perlis</b>: WANITA SELUDUP KETUM DI PERLIS <b>...</b>
- Blog <b>Makanan di Perlis</b>: We Love We Care We Share: PULAU <b>...</b>
<b>MAKANAN</b> TERBAEK <b>DI PERLIS</b> - Ceritera Cahaya Cintaku Posted: 22 Jan 2014 01:19 PM PST Aku pergi Kangar, Perlis atas urusan kerja selama 5 hari. Sanggup ni bawak kereta dari KL sampai Kangar. Padahal boleh je naik flight. Gila jauh sanggup drive sebab nak explore food kat sana. Aku sanggup minta cuti sehari sebab nak pergi awal sikit. (1) Mona Ikan Bakar, Kuala Perlis Selama 5 hari 4 malam kat Perlis, aku sempat makan kat kedai ni 2 kali. Lokasi kedai ni di medan selera berhadapan dengan Hotel Putra Brasmana. Medan selera ni bersebelahan jeti Kuala Perlis-Langkawi. Aku pergi dinner pukul 6.00 petang macam tu. Tak berani nak pergi malam betul, takut sesat time nak balik semula ke hotel di Kangar. Dari Kangar ke Kuala Perlis dalam 15 minit. Aku ada cuba makan kat kedai lain dalam medan selera tu walaupun ada orang recommend, tapi yang paling sedap pada pandangan aku memang Mona Ikan Bakar. Disebabkan aku makan sorang tak boleh la nak tamak. Aku order ketam masak rempah, sotong goreng tepung dan kerang bakar. Sotong goreng tepung, ketam masak rempah, kerang bakar Aku pilih ketam betina 2 ekor. Cara nak kenal ketam betina ialah pastikan kat belakang dia ada telur. Pilih ketam betina sebab banyak isi. Selalu kalau kat KL, ketam mesti suruh masak sambal je. First time jumpa kat Kuala Perlis boleh buat ketam masak rempah. Aku terus order la. Ketam masak rempah ni sama macam ketam masak kari pekat. Aku ambil sotong saiz sederhana 3 ekor. Sotong goreng tepung paling sedap aku pernah makan kat Restoran Wak Lan/Bayu Malam, Bagan Lalang dengan kat kedai ni la. Memang cukup sifat rasa sotong goreng tepung tu. Aku paling tak suka ada sesetengah kedai yang sotong goreng tepung dah jadi cekodok sotong. Tepung semata-mata, sampai cari sotong pun tak jumpa. Kedai ni punya memang terbaik. Kerang bakar aku ambik 500g. Kerang dia besar-besar. Aku nak sangat cuba ikan bakar, tapi mana mampu nak makan sorang. Stress je tengok pelanggan lain dok order ikan bakar kat kedai ni. Kedai makan di Kuala Perlis ni, mereka akan bagi siap-siap sambal belacan, air asam dan sos pencicah berserta ulam seperti timun, kacang panjang dan rebung kepada pelanggan. Untuk semua yang aku order tu kena RM40.
(2) Kedai No. 9, Medan Selera Padang Besar Aku pergi Langkawi naik feri pukul 9.30 pagi. Naik feri balik semula ke Kuala Perlis pukul 3.00 petang. Menggila la kat Langkawi nak shopping dalam masa 4 jam. Lepas tu beli barang macam nak patah tangan. Lalu kat kastam ketar lutut takut kena tax. Selamat tak kena. Dalam feri nak balik, perut dah lapar, tak sempat nak makan kat Langkawi. Aku terus dapat idea nak makan kat Padang Besar. Tapi terfikir jugak, takut sampai sana, kedai dah tutup. Aku sampai Padang Besar pukul 5.30 petang, 40 minit perjalanan dari Kuala Perlis. Kedai masih buka, tapi pelanggan aku sorang je. Aku rasa kedai tutup pukul 7.00 malam kot. Ramai orang masa hari raya ketiga 2013 Aku terus tuju kedai ni sebab dah selalu makan kat sini kalau balik kampung. Kitaorang kalau balik kampung mesti akan datang shopping kat Padang Besar. Antara makanan yang sedap aku pernah cuba kat kedai ni ialah pulut mangga dengan santan, pulut ayam, laksa siam, sup perut babat dan somtam (kerabu betik). Harga antara RM4 ke RM7 untuk satu hidangan. Sup perut panjang (tembusu) Hari ni, aku makan sup perut panjang dengan kerabu mangga. Sebab dah lapar sangat, tak boleh nak order macam-macam, nanti lambat sampai. Aku seperti biasa mesti tambah nasi 2 kali. Pedas terangkat. Memang orang siam sendiri yang masak dan rasa memang authentic. Mangga yang digunakan sangat crunchy. Portion makanan pun sesuai untuk makan 2 orang walaupun aku pentamak makan sorang je. Kedai makan ni bersih dan kemas. Aku kena bayar RM15. (3) Kak Su Laksa, Kuala Perlis
Lokasi kedai di Pekan Kuala Perlis. Laksa buatan sendiri, boleh beli urat laksa kalau korang nak balik buat kuah. Laksa sedap dan sangat popular di Kuala Perlis. Kuah laksa smooth dan pekat. Selain itu, ada juga dijual pulut panggang kat kedai ni. Aku bukan la suka sangat pulut panggang ni, tapi pulut panggang kedai ni memang sedap macam yang mak aku selalu buat. Aku rasa orang utara memang suka makan pulut panggang la. Harga sepinggan laksa kalau tak silap aku RM4. Pulut panggang aku tak ingat harga, rasanya antara 40 sen atau 50 sen sebiji. Laksa beras Sebenarnya banyak lagi kedai makan yang sedap kat Perlis. Aku tak sempat nak pergi. Perangai aku pun satu hal juga. Kalau kedai tu dah kena dengan selera aku, dok ulang pergi kedai tu dan asyik order menu yang sama je. Aku malas nak ambil risiko order makanan lain, takut tak sedap. Nanti menyesal sebab tak tau bila nak datang lagi.
- lynn's food adventures - |
Jengka 19: Utusan Online - Utara - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger Posted: 22 Jan 2014 01:44 AM PST Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR Shamsul Anuar Nasarah (berdiri, dua dari kanan) turut sama dalam aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung sempena Pesta Makanan Tradisional Lenggong. baru-baru ini. LENGGONG 15 Jan. - Siapa sangka Lembah Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun lalu sebenarnya bukan sahaja mempunyai tapak arkeologi prasejarah, malah turut memiliki warisan masakannya yang tersendiri. Lenggong yang terletak di Hulu Perak begitu sinonim dengan topografi Sungai Perak yang membawa kepada pembentukan tasik seperti Tasik Raban. Maka, tidak hairanlah sekiranya ikan air tawar seperti loma, tilan, baung, keli, kaloi, lampam, sepat, tengalan, puyu, belida, temoleh, kelah dan sebarau mudah didapati di sini. Bahan aslinya seperti pucuk paku, keladi, ulam-ulaman serta pucuk-pucuk kayu seperti salang dan cemperai pula boleh dipetik pucuknya untuk dijadikan sayur. Pada asasnya, warisan masakan Lenggong banyak dipengaruhi oleh penggunaan bahan-bahan tempatan daripada tumbuh-tumbuhan, hasil sungai serta hutan seperti rebung dan umbut rotan, yang boleh didapati di sekitar kampung. Difahamkan, terdapat 25 jenis masakan asli warisan Lenggong yang diwarisi dan begitu dikenali dalam kalangan masyarakat di sini. Antaranya termasuklah masak lemak pekasam loma, gulai daging Patani, gulai umbut pisang hutan, ikan pindang, pais ikan keramat, belotak, ikan sungai bakar cicah air kerabu, kerabu umbut rotan bakar, kerabu umbut tepus gajah dan rendang daging masak hitam. Penulis berpeluang menghadiri Pesta Makanan Lenggong yang masuk kali kedua penganjurannya Pesta itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz . Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahli Parlimen Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah. Kesempatan mengunjungi pesta itu orang ramai berpeluang mengenali dua jenis masakan warisan di sini yang dikenali sebagai kebebe dan cara memasak nasi di dalam buluh. Nama kebebe cukup janggal sekali didengar, namun sebenarnya, menu berkenaan merupakan makanan tradisi masyarakat Patani di Lenggong atau mungkin lebih sesuai dikenali sebagai 'rojak'. Seorang penduduk, Tayibah Ismail, 59, dari Kampung Teluk Batu berkata, makanan tradisional itu begitu mudah untuk dihasilkan kerana bahan-bahannya boleh didapati di tepi rumah mahupun kebun di sini. Menurut Tayibah, bahan-bahan yang digunakan merangkumi cili padi, belacan, garam, gula, jantung pisang, putik nangka, buah nenas, cermai, belimbing, kelempong, cedong, dan jambu batu yang telah dipotong kecil. "Caranya ialah kita masukkan cili padi, garam dan belacan di dalam lesung kayu dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain dan akhir sekali bubuh gula secukup rasa. "Kebebe boleh dihidang dalam kelopak jantung atau daun pisang. Masukkan dalam polisterin pun tak mengapa kerana boleh dimakan pada bila-bila ketika bersantai," katanya. Tayibah berkata, kebebe seringkali dibuat ketika terdapatnya majlis kenduri sewaktu penduduk kampung bergotong-royong menumbuk kerisik kerana penghasilannya boleh menghilangkan minyak yang terdapat di dalam lesung. "Rasa kebebe ini semuanya ada. Ada rasa manis, masin, masam, kelat dan masin. Saya pun tak tahu kenapa dipanggil kebebe, namun, hidangan ini berkhasiat kerana kaya dengan vitamin C," katanya. Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Chain di sini, Ahmad Yusof Yahya, 48, pula memperkenalkan cara memasak nasi dalam buluh. Ahmad Yusof yang juga seorang bekas tentera berkata, stail masakan itu sangat sesuai dipraktikkan sekiranya masuk ke dalam hutan kerana tidak perlu membawa sebarang peralatan memasak seperti periuk. "Hanya perlukan beras dan mungkin sedikit garam. Setelah beras itu dibasuh dan dimasukkan ke dalam buluh dengan dibungkus daun lerek yang boleh didapati di lembah sungai di hutan. Saiz buluh berbeza-beza tetapi sebatang buluh itu mungkin boleh memuatkan dalam lima ke enam bungkus nasi dan dapat dimakan kira-kira 10 orang. "Tempoh masaknya adalah dua jam, namun ikut juga kepada ketebalan buluh. Apa pun, yang penting, pastikan tiada kebocoran pada buluh ketika mengisi air," katanya. Menurut Ahmad Yusof, perbezaan ketara antara nasi yang ditanak di dalam buluh berbanding periuk adalah dari segi keharuman baunya. "Sebenarnya, masak tom yam pun boleh dibuat dalam buluh kerana sememangnya fungsinya sama seolah-olah sebagai sebuah periuk," katanya. |
Blog <b>Makanan di Perlis</b>: WANITA SELUDUP KETUM DI PERLIS <b>...</b> Posted: 19 Jan 2014 11:30 PM PST 6 WANITA SELUDUP KETUM DI PERLIS | ARAU – Polis menggagalkan cubaan menyeludup 72 kilogram daun ketum bernilai RM2,880 dalam dua tangkapan berasingan di tepi jalan Kampung Banat, Arau Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Mohd Nadzri Hussain berkata, kira-kira jam 10.05 pagi, tiga wanita berusia antara 23 dan 35 tahun yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sunny bernombor pendaftaran Thailand ditahan di jalan tersebut setelah polis bahagian siasatan jenayah narkotik Arau menerima maklumat. Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, menemukan 545 bungkusan kecil daun ketum di bahagian bonet belakang kereta dan tersorok di bahagian kusyen penumpang depan dan belakang serta pemandu. "Lima minit kemudian anggota narkotik tersebut menahan sebuah lagi kenderaan Thailand jenis Isuzu Dmax di jalan yang sama. "Tiga wanita berusia antara 23 hingga 31 turut ditangkap selepas polis menemui 240 bungkus daun ketum seberat 24 kilogram di dalam kenderaan tersebut. "Sebanyak 240 bungkus daun ketum itu disorokkan di dalam dash board, pintu belakang dan tayar simpanan kenderaan tersebut," katanya kepada pemberita di Balai Polis Mata Ayer, dekat sini, semalam. Mohd Nadzri memberitahu, modus operandi penyeludupan daun ketum kini beralih kepada wanita bagi mengaburi mata pihak berkuasa tempatan. Tambah beliau, wanita-wanita ini mengakui mereka bersaudara dan datang ke negara ini untuk membeli barang dapur seperti telur dan minyak masak. "Harga daun ketum yang tinggi di Thailand menjadikan kaum wanita pula berani menyeludup daun beracun ini setiap dua hari. "Mengikut harga pasaran setiap kilogram daun ketum tempatan boleh diperoleh dengan harga RM20 dan mereka boleh menjualnya dengan harga RM40 di pasaran negara jiran," katanya. Jelas beliau, kesemua wanita ini akan ditahan reman dan pihaknya akan menyiasat kes mengikut Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Sinar Harian Online |
Blog <b>Makanan di Perlis</b>: We Love We Care We Share: PULAU <b>...</b> Posted: 21 Jan 2014 11:42 PM PST Hari ke 2 di Pulau Pangkor, lepas bersarapan kami nak pusing-pusing keliling pulau... mengikut kajian dari doktor google, kat sini bnyk teksi... terutama di hadapan Coral Bay Resort Pangkor. Coral bay berdekatan dgn deretan kedai-kedai makan dan kedai-kedai cenderamata... Kalau nak pusing-pusing pulau, kita boleh sewa kereta, motosikal, basikal & sewa teksi (pemandu teksi yg bawa)... Kami bercadang nak sewa teksi pink tu je..senang sbb driver yg bawak kan..nak sewa moto atau kereta mcm berisiko je hehe.. Kami terjumpa dengan seorang pakcik ni..peramah dan baik org nya...Dia kata kalo nak pusing keliling pulau, kita pergi ke Kota Belanda, Taman Fu Lin Kung (tokong), Teluk Nipah, Kilang satay ikan dan Pekan Pangkor bayarannya RM80..tapi kami tak nak pegi Taman Fu Lin Kung, jadi dia kata RM70 je.. Kami pun kata oklah... Teksi ni yang bawa kami jalan-jalan Destinasi kami yang pertama adalah Kota Belanda.. sedang dlm perjalanan tu ada sekatan polis..ramai gak lah penunggang motosikal kena tahan..tu risiko bagi pengunjung yang menyewa motosikal tanpa lesen... Keadaan jalan yang bengkang bengkok dan berbukit bukit juga jalan yang agak sempit KOTA BELANDAPEKAN PANGKORDari Kota Belanda, kami dibawa ke Pekan Pangkor...Nasib baik kami tak sewa kereta dan drive sendiri, sbb jalan-jalan di Pulau Pangkor ni sempit, sesak, berliku liku, berbukit bukit dan susah juga nak cari parking...Sepanjang jalan ramai penduduk di sini menjemur ikan kering di tepi-tepi jalan...Keadaan di Pekan Pangkor ini cukup meriah..Pelbagai jenis kedai ada..ada kedai menjual cenderamata, pakaian, ikan-ikan, sotong-sotong kering, keperluan dapur dan kat sini juga ada bank... Setiap kedai yang menjual barang yang sama, harganya adalah berbeza sedikit dari satu kedai dgn kedai yang lain...Kami tak membeli pun, cuma jalan-jalan dan survey je..sbb kami tak mahu bawa brg banyak sgt..lagipun jeti Pangkor hanya sebelah deretan kedai je..sebelum balik esok blh singgah lagi hehe... Barangan kering kat sini mmg cantik-cantik..bersih je tapi harga blh tahan...tak de lah murah mane..sama je dgn harga tempat kita...bezanya, ikan bilis atau barang kering kat sini cantik skit dari yg dijual kat tempat kita yg dah berubah warna...
Jeti Pangkor hanya bersebelahan je KILANG SATAYSebelum sampai jom layan dlu gamba-gamba perkampungan nelayan... apa yang saya blh kata, harga makanan di kedai kilang satay ni tak de lah murah mana....semua org ingat mesti murah sbb beli dari kilang kan, lebih kurang sama je dengan harga di Pekan Pangkor..tapi tak semua jenis makanan di kedai Pekan Pangkor ada di kilang ni..kami hanya beli makanan yang pelik-pelik dan susah nak jumpa..lagipun semua makanan kat kilang satay ni dibuat di sini, tak seperti di Pekan Pangkor yang menjual barangan makanan dari Pahang dan Thailand pun ada..jangan sangka kita di Pulau Pangkor beli barangan asli dari Pangkor..harus hati-hati hehe.. TELUK DALAM RESORTSelesai membeli dan blah dari Kilang Satay, pak cik tu bawa kami pusing-pusing sekitar Teluk Dalam Resort. Kawasan resort yang sangat cantik, ianya lebih privacy, ada padang golf dan yang tak bestnya tiada kedai makan yang berhampiran...kena makan dlm resort shj...Pak cik tu kata, laut kat sini kurang bersih..tapi kami mmg blh nampak, air nya cantik tapi di tepi-tepi persisiran pantai, airnya mcm berhabuk dan hitam. Teluk Dalam ni berhampiran juga dengan Pangkor Island Beach Resort. Resort-resort ni adalah pilihan kami juga sebelum datang ke sini tapi kajian dari doktor google kata, kawasannya yg agak jauh dan terlalu privacy membuatkan kami tak jadi nak lepak kat sini. Pilihan kami mmg tepat. Bagi yang suka tempat-tempat sunyi dan lebih privacy, blh lepak kat sini...cuma air lautnya je kurang memuaskan... sebelum sampai Teluk Dalam & Pangkor Island, layan dlu pemandangan yang sempat saya snap hehe...sempat beli air kat kilang satay tadi hehe.. keadaan jalan yang agak sempit, curam, bengkang bengkok dan tinggi..rasa seram tapi pakcik tu rileks je PANGKOR ISLAND BEACH RESORTSelepas pusing-pusing di Teluk Dalam, kami dibawa pusing-pusing dan berposing di sekitar Pangkor Island...baik sungguh pakcik ni hehe...Pangkor Island mmg cantik dan terlalu privacy...sesuai sangat lah bagi yang nk berhoney moon...
ada ikan tuuu.... PANTAI TELUK NIPAHSelesai berposing dan menghirup udara laut di Pangkor Island, kami dibawa pula ke Pantai Teluk Nipah... untuk makan-makan dan melawat kawasan sekitar... Kat sini mmg banyak giler hotel dan chalet..anda blh google..pelbagai jenis penginapan ada...harga pun blh tahan...Di tepi-tepi jalan Teluk Nipah banyak sangat kedai makan, kedai cenderamata, kedai-kedai menyewa bot utk pusing-pusing pulau atau aktiviti snorkeling.. Harga sewa bot kat sini jauh lebih murah berbanding di Pantai Pasir Bogak..di Pasir Bogak satu bot RM160 tetapi kat sini sekitar rm60 ke atas..Pakcik tu kata, Pasir Bogak jauh skit kalo nak pusing-pusing pulau...Teluk Nipah dekat je pulau-pulaunya..oooo patutlah mahal hehe.. Kedai makan kat sini mmg banyak..harga blh tahan mahal juga...huhuu... apa yang sy blh katakan, Pantai Teluk Nipah mmg tempat tumpuan org ramai..crowded lah jgk kat sini...sbb pantai nya pantai awam..di seberang jalan banyak hotel dan chalet, di seberang sini pula deretan kedai-kedai menjual makanan dan mcm-mcm lagi..masa kami sampai tu, air lautnya tgh pasang, so ombak mmg besar dan agak kuat..org tak ramai yang mandi..kalo mandi pun hanya org dewasa shj tu pun kat tepi-tepi je...tepi-tepi laut pun ramai org lepak-lepak dgn famili dan kawan-kawan... jadi pada sesiapa yg suka tempat mcm ni mmg sesuai lah lepak kat Teluk Nipah...
Selepas lepak-lepak sambil makan-makan...kami pun pulang ke resort kami utk berehat....petang nanti nak terjun laut lagi yahooo.... 2 jam setengah jgk pakcik tu bawa kami jalan-jalan sekitar Pulau Pangkor ni..terima kasih pakcik Jumpa lagi di sambungan seterusnya... Pulau Pangkor Part 5 PULAU PANGKOR THE SERIES :
Dah baca, jangan segan-segan....komen-komen lah skit.... bagi yang dah ambil gamba dari blog ini jgn lupa tag saya ye.. terima kasih ^_^ |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment