Friday, 7 February 2014

Pameran kraf di jalan Kuala Perlis - Perlis Homestay - Blogger - Blog Makanan di Perlis

Pameran kraf <b>di</b> jalan Kuala <b>Perlis</b> - <b>Perlis</b> Homestay - Blogger - Blog Makanan di Perlis


Pameran kraf <b>di</b> jalan Kuala <b>Perlis</b> - <b>Perlis</b> Homestay - Blogger

Posted: 04 Feb 2014 09:48 AM PST


25 Januari sehingga 2 Febuari 2014, berlangsungnya Pameran Kraf peringkat negeri Perlis di pusat kraftangan Malaysia di Jalan Kuala Perlis. Ramai peserta pameran dari beberapa buah negeri hadir dengan produk kraftangan masing2. Peserta dari Pantai Timur banyak mempamerkan produk tenunan dan batik, seperti kain pelikat tenun dan kain songket.
Entry ni agak lambat sedikit, namun kita nantikan pameran seterusnya yang dijangka pada Mei nanti.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada team Batik Selat kerana sudi menginap di KTH Cottage Mata Ayer.
Pentas di dalam dewan pameran yang menampilkan artis undangan (patuh syariah- tahniah Perbadanan Kraftangan Caw. Perlis)

Perusahaan Batik Selat dari Air Keroh, Melaka dengan rekaan batik yang eksklusif, maksdunya tiada rekaan yang sama untuk pembeli yang lain. Klik untuk laman web

Baju batik eksklusif yang dilukis tangan dan menggunakan material kain 'cotton'
Peserta pameran dari negeri Perak dengan produk acuan kuih tradisional yang diperbuat daripada tembaga- susah cari sekarang ni

Demonstrasi melukis oleh peserta dari Kedah

Produk kraftangan yang kreatif- akuarium mini dalam rumah tradisi miniature

Peserta dari Perlis - produk kertas hiasan daripada jerami padi

Carta proses jerami kepada kertas, klik untuk laman web

Kanan- orang kuat Kraftangan Perlis


Macam2 acuan kuih ada- acuan yang berinovasi pun ada
Macam2 boleh dibuat dengan jerami yea- sekarang baru tau...

No comments:

Post a Comment