Blog <b>Makanan di Perlis</b>: We Love We Care We Share: PULAU <b>...</b> - Blog Makanan di Perlis |
- Blog <b>Makanan di Perlis</b>: We Love We Care We Share: PULAU <b>...</b>
- RATUSAN KUCING MENJADI MENU - Blog <b>Makanan di Perlis</b>
- Ibnu Hasyim: <b>Di</b> Sudut Agama, Penyakit Apa Menyerang Pelakon <b>...</b>
Blog <b>Makanan di Perlis</b>: We Love We Care We Share: PULAU <b>...</b> Posted: 21 Jan 2014 11:42 PM PST Hari ke 2 di Pulau Pangkor, lepas bersarapan kami nak pusing-pusing keliling pulau... mengikut kajian dari doktor google, kat sini bnyk teksi... terutama di hadapan Coral Bay Resort Pangkor. Coral bay berdekatan dgn deretan kedai-kedai makan dan kedai-kedai cenderamata... Kalau nak pusing-pusing pulau, kita boleh sewa kereta, motosikal, basikal & sewa teksi (pemandu teksi yg bawa)... Kami bercadang nak sewa teksi pink tu je..senang sbb driver yg bawak kan..nak sewa moto atau kereta mcm berisiko je hehe.. Kami terjumpa dengan seorang pakcik ni..peramah dan baik org nya...Dia kata kalo nak pusing keliling pulau, kita pergi ke Kota Belanda, Taman Fu Lin Kung (tokong), Teluk Nipah, Kilang satay ikan dan Pekan Pangkor bayarannya RM80..tapi kami tak nak pegi Taman Fu Lin Kung, jadi dia kata RM70 je.. Kami pun kata oklah... Teksi ni yang bawa kami jalan-jalan Destinasi kami yang pertama adalah Kota Belanda.. sedang dlm perjalanan tu ada sekatan polis..ramai gak lah penunggang motosikal kena tahan..tu risiko bagi pengunjung yang menyewa motosikal tanpa lesen... Keadaan jalan yang bengkang bengkok dan berbukit bukit juga jalan yang agak sempit KOTA BELANDAPEKAN PANGKORDari Kota Belanda, kami dibawa ke Pekan Pangkor...Nasib baik kami tak sewa kereta dan drive sendiri, sbb jalan-jalan di Pulau Pangkor ni sempit, sesak, berliku liku, berbukit bukit dan susah juga nak cari parking...Sepanjang jalan ramai penduduk di sini menjemur ikan kering di tepi-tepi jalan...Keadaan di Pekan Pangkor ini cukup meriah..Pelbagai jenis kedai ada..ada kedai menjual cenderamata, pakaian, ikan-ikan, sotong-sotong kering, keperluan dapur dan kat sini juga ada bank... Setiap kedai yang menjual barang yang sama, harganya adalah berbeza sedikit dari satu kedai dgn kedai yang lain...Kami tak membeli pun, cuma jalan-jalan dan survey je..sbb kami tak mahu bawa brg banyak sgt..lagipun jeti Pangkor hanya sebelah deretan kedai je..sebelum balik esok blh singgah lagi hehe... Barangan kering kat sini mmg cantik-cantik..bersih je tapi harga blh tahan...tak de lah murah mane..sama je dgn harga tempat kita...bezanya, ikan bilis atau barang kering kat sini cantik skit dari yg dijual kat tempat kita yg dah berubah warna...
Jeti Pangkor hanya bersebelahan je KILANG SATAYSebelum sampai jom layan dlu gamba-gamba perkampungan nelayan... apa yang saya blh kata, harga makanan di kedai kilang satay ni tak de lah murah mana....semua org ingat mesti murah sbb beli dari kilang kan, lebih kurang sama je dengan harga di Pekan Pangkor..tapi tak semua jenis makanan di kedai Pekan Pangkor ada di kilang ni..kami hanya beli makanan yang pelik-pelik dan susah nak jumpa..lagipun semua makanan kat kilang satay ni dibuat di sini, tak seperti di Pekan Pangkor yang menjual barangan makanan dari Pahang dan Thailand pun ada..jangan sangka kita di Pulau Pangkor beli barangan asli dari Pangkor..harus hati-hati hehe.. TELUK DALAM RESORTSelesai membeli dan blah dari Kilang Satay, pak cik tu bawa kami pusing-pusing sekitar Teluk Dalam Resort. Kawasan resort yang sangat cantik, ianya lebih privacy, ada padang golf dan yang tak bestnya tiada kedai makan yang berhampiran...kena makan dlm resort shj...Pak cik tu kata, laut kat sini kurang bersih..tapi kami mmg blh nampak, air nya cantik tapi di tepi-tepi persisiran pantai, airnya mcm berhabuk dan hitam. Teluk Dalam ni berhampiran juga dengan Pangkor Island Beach Resort. Resort-resort ni adalah pilihan kami juga sebelum datang ke sini tapi kajian dari doktor google kata, kawasannya yg agak jauh dan terlalu privacy membuatkan kami tak jadi nak lepak kat sini. Pilihan kami mmg tepat. Bagi yang suka tempat-tempat sunyi dan lebih privacy, blh lepak kat sini...cuma air lautnya je kurang memuaskan... sebelum sampai Teluk Dalam & Pangkor Island, layan dlu pemandangan yang sempat saya snap hehe...sempat beli air kat kilang satay tadi hehe.. keadaan jalan yang agak sempit, curam, bengkang bengkok dan tinggi..rasa seram tapi pakcik tu rileks je PANGKOR ISLAND BEACH RESORTSelepas pusing-pusing di Teluk Dalam, kami dibawa pusing-pusing dan berposing di sekitar Pangkor Island...baik sungguh pakcik ni hehe...Pangkor Island mmg cantik dan terlalu privacy...sesuai sangat lah bagi yang nk berhoney moon...
ada ikan tuuu.... PANTAI TELUK NIPAHSelesai berposing dan menghirup udara laut di Pangkor Island, kami dibawa pula ke Pantai Teluk Nipah... untuk makan-makan dan melawat kawasan sekitar... Kat sini mmg banyak giler hotel dan chalet..anda blh google..pelbagai jenis penginapan ada...harga pun blh tahan...Di tepi-tepi jalan Teluk Nipah banyak sangat kedai makan, kedai cenderamata, kedai-kedai menyewa bot utk pusing-pusing pulau atau aktiviti snorkeling.. Harga sewa bot kat sini jauh lebih murah berbanding di Pantai Pasir Bogak..di Pasir Bogak satu bot RM160 tetapi kat sini sekitar rm60 ke atas..Pakcik tu kata, Pasir Bogak jauh skit kalo nak pusing-pusing pulau...Teluk Nipah dekat je pulau-pulaunya..oooo patutlah mahal hehe.. Kedai makan kat sini mmg banyak..harga blh tahan mahal juga...huhuu... apa yang sy blh katakan, Pantai Teluk Nipah mmg tempat tumpuan org ramai..crowded lah jgk kat sini...sbb pantai nya pantai awam..di seberang jalan banyak hotel dan chalet, di seberang sini pula deretan kedai-kedai menjual makanan dan mcm-mcm lagi..masa kami sampai tu, air lautnya tgh pasang, so ombak mmg besar dan agak kuat..org tak ramai yang mandi..kalo mandi pun hanya org dewasa shj tu pun kat tepi-tepi je...tepi-tepi laut pun ramai org lepak-lepak dgn famili dan kawan-kawan... jadi pada sesiapa yg suka tempat mcm ni mmg sesuai lah lepak kat Teluk Nipah...
Selepas lepak-lepak sambil makan-makan...kami pun pulang ke resort kami utk berehat....petang nanti nak terjun laut lagi yahooo.... 2 jam setengah jgk pakcik tu bawa kami jalan-jalan sekitar Pulau Pangkor ni..terima kasih pakcik Jumpa lagi di sambungan seterusnya... Pulau Pangkor Part 5 PULAU PANGKOR THE SERIES :
Dah baca, jangan segan-segan....komen-komen lah skit.... bagi yang dah ambil gamba dari blog ini jgn lupa tag saya ye.. terima kasih ^_^ |
RATUSAN KUCING MENJADI MENU - Blog <b>Makanan di Perlis</b> Posted: 22 Jan 2014 11:33 PM PST Kes bunuh Nursyafiqah Abdullah: Ibu dan teman lelaki ditahan KUALA TERENGGANU: Polis telah menahan ibu Nursyafiqah Abdullah, 2, yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada Selasa untuk siasatan.Menurut polis, teman lelaki ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28 merupakan suspek utama yang ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Selasa di Kuala Paka, Dungun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata selain Rabiatul dan teman lelakinya, dua lagi suspek telah ditahan untuk membantu dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak itu. Dua suspek itu masing-masing berusia 25 tahun dan diberkas antara 10.30 malam Selasa hingga 1.30 pagi Rabu di sekitar Paka. Menurut Manoharan, mayat Nursyafiqah hanya ditemui selepas teman lelaki itu ditahan. Selapas dia ditahan, barulah dua suspek lain dan Rabiatul ditahan untuk membantu siasatan, kata Manoharan dalam satu sidang media. Menurutnya, ketika teman lelaki itu ditahan, suspek berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan khayal, di bawah pengaruh dadah. Siasatan polis mendapati teman lelaki itu merupakan individu terakhir yang bersama dengan mangsa setelah Rabiatul membenarkannya keluar dengan lelaki itu pada kira-kira jam 11 pagi, Jumaat. Bapa kandung Nursyafiqah kini masih menjalani hukuman di penjara atas kesalahan dadah. Manoharan memberitahu pemberita bahawa hasil siasatan polis mendapati laporan Rabiatul pada hari Jumaat adalah palsu dan dipercaya dibuat atas paksaan teman lelakinya. Katanya, teman lelaki itu telah memaklumkan kepada Rabiatul bahawa Nursyafiqah telah hilang dan memaksanya untuk membuat laporan polis. Memandangkan kesemua suspek yang ditahan merupakan penagih dan pengedar dadah, polis masih menyiasat sama ada rabiatul terlibat atau tidak dalam kes kematian itu. Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan oleh teman lelaki itu untuk membawa keluar Nursyafiqah sebelum dia ditemui mati dibunuh. Nursyafiqah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang. Rabiatul, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka. Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
GAMBAR SUSPEK YG DITUDUH AMRAYY |
Ibnu Hasyim: <b>Di</b> Sudut Agama, Penyakit Apa Menyerang Pelakon <b>...</b> Posted: 03 Feb 2014 07:00 PM PST
Lihat gambar pelakon Melayu Ini... Pelakon Sharifah Sakinah, 25, dikatakan sengaja mengundang kontroversi apabila beberapa keping gambarnya berpakaian baju renang dimuat naik menerusi akaun peribadi Instagram miliknya. Tidak kurang juga sekeping gambar yang diambil oleh jurulatih peribadinya yang menampakkan Sakinah mengenakan pakaian renang jenis two-piece sewaktu bercuti di Dubai beberapa bulan lalu. Selain itu, pelakon yang pernah membintangi telemovie 'Biar Mimpi Sampai Ke Bintang' ini sering mempamerkan bentuk tubuh baharunya selepas bergiat aktif dalam bidang kesihatan. Sewaktu Kosmo! berkesempatan bertemu dengannya pada majlis pelancaran Royal Slim Lishuo Magic yang berlangsung di N'dah Catering, Shah Alam, Selangor, pelakon yang lebih mesra disapa Sakinah itu mengaku bahawa dia masih ingat hukum hakam agama dan bukan sengaja memuat naik gambar tersebut untuk meraih sebarang publisiti. Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya bersama adik kepada pelakon Sharifah Shahirah itu. Antaranya.. Kosmo!: Gambar anda mengenakan pakaian renang jenis two-piece dimuat naik oleh jurulatih anda di akaun peribadi miliknya ketika berada di Dubai. Adakah anda tidak sensitif dengan agama? SAKINAH: Sebagai seorang Islam, saya masih tahu tentang hukum agama. Saya turut sedar mengenai larangan mendedahkan aurat. Tetapi, saya hanya menjadi diri saya. Saya tidak memuat naik gambar-gambar tersebut kerana mahukan publisiti. Saya langsung tidak meletakkan sebarang kapsyen provokasi pada setiap gambar. Adakah anda sedar bahawa anda sering diperhatikan, terutamanya oleh para peminat yang sering mengikuti perkembangan anda? Seperti yang saya katakan tadi, saya hanya menjadi diri saya sendiri. Saya berlakon kerana minat dan saya bergiat aktif dalam bidang kesihatan juga kerana minat. Bagi saya, jika setiap benda yang dilakukan itu dipandang positif, maka tiada sebarang tanggapan buruk yang akan dikeluarkan. Tak payah komen banyak. Lihat antara kata-katanya..
IKLAN |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment