Tuesday, 8 April 2014

Mengimbau Sejarah Kota Kayang di Perlis - Blog Rasmi Jabatan ... - Blog Makanan di Perlis

Mengimbau Sejarah Kota Kayang <b>di Perlis</b> - Blog Rasmi Jabatan <b>...</b> - Blog Makanan di Perlis


Mengimbau Sejarah Kota Kayang <b>di Perlis</b> - Blog Rasmi Jabatan <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2011 08:07 PM PST

Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 17, 2011

Malaysia kaya dengan pelbagai warisan yang unik dan boleh dibanggakan termasuklah kehidupan majmuk antara kaum. Kehidupan majmuk antara kaum menjadi penyumbang pelbagai warisan negara. Peluang menjejak kaki ke negeri terkecil, Perlis Indera Kayangan tidak disia-siakan penulis.

Perjalanan hampir 490 kilometer ke utara mengambil masa sehingga lapan jam dari Kuala Lumpur. Dihidangkan dengan panorama bendang sawah yang menghijau dengan dibelakangi bukit bukau sehingga penulis terlupa mengenai masa yang terpaksa ditempuhi untuk sampai ke destinasi.

Tepat jam 3 petang, penulis bersama rombongan media lain sampai di Perkarangan Muzium Kota Kayang, tempat berlangsungnya program Jom Santai anjuran Jabatan Muzium Malaysia (JMM).

Suasana Muzium Kota Kayang sangat mendamaikan dengan dibelakangi bukit bukau yang menghijau di sekelilingnya selain bendang padi membuatkan saujana mata memandang.

Di perkarangannya pelbagai aktiviti dan pameran sedang berlangsung seperti pertandingan sepak raga, pameran kukur kelapa yang disertai oleh penduduk setempat dan pengunjung muzium.

Tempat persembunyian

Membongkar sejarah Muzium Kota Kayang, Kurator, Tengku Intan Rahimah Tengku Mat Saman berkata, muzium tersebut merupakan tapak Kota Istana Kesultanan Kedah.

"Ketika itu, kota tersebut berada di bawah pemerintahan Sultan Kedah ke 15, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah pada tahun 1661- 1687," katanya.

Menurutnya, kota ini dibina di kawasan yang dikelilingi bukit seperti Bukit Papan, Bukit Kubu, Bukit Toh Poh, Bukit Lambung Panah, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Besi Hangit, Bukit Lagi dan Gunung Medan.

"Bukit tersebut menjadi 'perisai' keselamatan kepada Kota Istana sekiranya berlakunya peperangan.

"Apabila berlakunya peperangan, panglima akan mendaki bukit tersebut untuk memantau serangan daripada pihak lawan dan terdapat juga gua pada bukit ini yang dipercayai menjadi tempat persembunyian kerabat raja sewaktu peperangan," katanya.

Beliau berkata, pakar geologi yang menjalankan kajian di sini menyatakan batuan yang ada di sekitar muzium ini adalah berasal kawasan air.

"Ini bererti kemungkinan pada masa dahulu kawasan ini adalah tasik ataupun lautan. Kajian tersebut diperkuatkan lagi dengan penemuan bongkah kayu yang digunakan untuk memaut tali perahu," katanya.

Tengku Intan Rahimah berkata, muzium tersebut mempunyai dua fasa yang menempatkan pelbagai artifak dan spesimen yang berkaitan dengan Perlis.

"Fasa pertama mempunyai bahagian sejarah Perlis, arkeologi serta spesimen yang dijumpai sekitar negeri ini serta senjata tradisional masyarakat setempat.

"Fasa kedua pula terdapat bahagian kebudayaan, galeri Diraja yang memaparkan susur galur pemerintah Perlis serta perkara yang berkaitan," katanya.

Selesai bersama Tengku Intan Rahimah, penulis mengambil kesempatan untuk meneroka panorama persekitarannya.

Di sudut kanan berhampiran bukit, terdapat makam yang menempatkan Al-Marhum Kayang Pertama Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I dan menantu baginda seorang putera Bugis bernama Juang Tawa.

"Berhampiran makam baginda dan menantunya terdapat satu lagi makam yang tidak dikenal pasti miliknya, namun kami percaya ia adalah milik orang kanan atau keluarga Al-Marhum Kayang Pertama," katanya.

Perigi lama

Berjalan menyusuri laluan di celah batuan, penulis menjumpai sebuah perigi lama yang tohor mungkin disebabkan timbunan tanah jatuh ke dalamnya.

"Ia sebenarnya perigi yang digunakan oleh keluarga Al-Marhum. Kemudian, apabila pentadbiran kesultanan Kedah berpindah ke Kota Setar, perigi tersebut digunakan oleh masyarakat setempat untuk tujuan pertanian," katanya.

Pihaknya mempunyai perancangan untuk melakukan kerja mengorek semula telaga supaya ia menjadi seperti asal.

Pada hari kedua di Perlis, kami diberi peluang untuk ke Padang Besar yang terkenal dengan aktiviti jualan barangan. Kompleks membeli belah itu seakan-akan Pasar Siti Khadijah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Bezanya cuma di sini tidak menjual barang basah.

Keadaan yang sesak dengan pengunjung memaksa penulis terus keluar kira-kira sejam meluangkan masa dengan membeli sedikit cenderahati kepada keluarga. Berada di Perlis tiga hari dua malam dirasakan belum mencukupi untuk penulis membongkar tradisi negeri terkecil di Malaysia ini termasuklah makanan tradisi yang menjadi kebanggaan rakyatnya.

No comments:

Post a Comment