DiVa.VaVa.VooM.iN.THe.HouSe: THAILAND - Blog Makanan di Perlis |
DiVa.VaVa.VooM.iN.THe.HouSe: THAILAND Posted: 20 Apr 2014 12:00 AM PDT Selepas habis kelas jam1100 (habis awal pulak kelas kali ini). Segera cikmerahhakmilikibu dipandu laju menuju ke Kangar Perlis. Tiga hari sebelum itu ita dah planning dengan kaknis nak pergi jejalan bersama sebelum kaknis memulakan pekerjaan di Subang kelak. Perempaun sudah semestinya tidak dapat dipisahkan dengan SHOPPING. Maka destinasi yang ingin kami tuju adalah WANG KELIAN. Wang Kelian adalah kawasan sempadan antara Malaysia dan Thailand. Malah Wang Kelian juga lebih dikenali sebagai tempat ataupun pusat membeli – belah. Tambahan lagi, Wang Kelian juga terletaknya Taman Negeri Perlis. Walaupun ramai yang tidak berapa mengetahuinya, tapi Wang Kelian merupakan salah satu tempat menarik di Negeri Perlis. (promote negeri perlis baq ang). Jam11.30 ita selamat tiba di hadapan rumah kaknis. Sebelum bergerak menuju ke destinasi, kami pergi makan tengahari dahulu di Anjung Keli. Anjung Keli juga merupakan salah satu restoran makanan yang terkenal di Negeri Perlis. Pelbagai jenis sajian tengahari yang di hidangkan. Sudah semestinya menu wajib adalah IKAN KELI seperti nama kedainya. Kebetulan ketika sedang rancak makan berdua, ayah kaknis telefon dan ayah dan mak kaknis nak ikut ktorg juga ke sana (kes sebab tak percaya kami dua pi sana sebab dua-dua anak dara gojes sangat). Akhirnya setelah selesai solat Zohor, kami memulakan langkah menuju ke Wang Kelian. Untuk sesiapa yang pertama kalinya teringin jejakkan kaki ke Wang Kelian, meh sini ita nak share something. Actually tak berapa ramai yang suka ke Wang Kelian sebab keadaan struktur jalan ke sana. Bukannya jalan dia jalan kampung ataupun teruk. Tetapi keadaan bukit nya yang SUPER DUPER TINGGI u alls. Kepada sesiapa yang tak pandai or power lagi bawa kereta (terutama kereta manual), rasanya tak digalakkan. Keadaan potongan bukitnya sangatlah tinggi. Dua tahun lepas ita ada perkhemahan di Taman Negeri Perlis, ktorg naik bas. Tapi bas ktorg hanya hantar sampai kaki bukit sahaja. Sebabnya driver bas tak berani nak bawa bas naik ke sana sebab bukitnya yang sangat tinggi. Kemudian ktorg naik van. Dua buah van datang pick up kami satu bas untuk ke Taman Negari Perlis. Sebelum ni ita pernah pergi Wang Kelian dua kali. Dua kali ita pergi naik moto. Lagi otaii...(masa tu zaman remaja tingtong lagi.semua benda berani nak buat. Tak pikiaq sebaliknya). Sekarang bila naik dengan kereta rasa macam tak percaya...(apa bodohnya aku dulu gagah merempit ke sana). Setibanya di sana, u alls semua boleh masuk ke negera Thailand. Memang kat situ ada imegresen semua jaga. Tapi hanya pada HARI AHAD u alls semua boleh masuk ke thailand secara percuma dan tidak perlu passport.(tapi bukan la masuk thainland sampai tidoq bagai berminggu-minggu.tapi sekadar jejalan shopping di kawasan itu sahaja). Kawasan shopping dia agak besar. Ada dua kawasan. Satu sebelah Malaysia dan satu lagi sebelah Thailand. Dah hari ini hari Ahad, apa lagi??amik kesempatan ke negara luar lah. Harga barang?? Oh yaaa..harga barang di Wang Kelian jauh lebih murah dari harga barang di Padang Besar. Serius memang tak tipu sebab ita nie sememangnya jenis yang suka buat survey harga sana sini situ. Selepas puas jejalan beli barang kiri kanan pegang plastik bag. Mak dan ayah kaknis ajak ke Padang Besar pulak. Wahhh giteww kau jalan sakan kan cik ta. Mak teringin nak makan pulut durian. Then ayah bawa ke padang besar beli pulut durian. Akhirnya kami pulang semula ke Kangar Perlis. Aktiviti malam selalunya ita dan kaknis akan pergi karokay. Tapi disebabkan keletihan melampau, kami hanya keluar makan dengan Zaki Asyraf (ita panggil adi putra sebab muka dia macam adi putra). Hehhehehehhehe. Selepas berborak dan bersembang. Kami pulang ke rumah dan TIDUR..!!TIDUR AWAL kali ini.... Keesokkan pagi nya, ita bangun dan bersiap pulang ke tempat asal ita. Menghadap buku, articles dan journals semula. Alhamdulillah, ini adalah jalan hidup yang ita pilih dan ita gembira sangat dengan jalan hidup ini. Syukur Ya ALLAH kerana beri peluang kepada ita untuk merasai semua nikmat hidup ini. Terima kasih kepada kaknis dan keluarga yang sentiasa sambut kedatangan ita dengan penuh kegembiraan.(padahal selalu sangat ita ke sana). Sehinggakan ita rasa seperti rumah kedua ita. I'm happy to know them. Lots of L.O.V.E. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment