12b) Makanan pelik di Putrajaya - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger - Blog Makanan di Perlis |
- 12b) Makanan pelik di Putrajaya - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger
- AWAS!!! <b>Makanan</b> Ada DNA Babi Dikesan | IniKalilah™ | Sinar <b>...</b>
- Hana Farhana: Sepetang <b>Di Perlis</b> Hoi... - Fara Haanna - Blogger
- <b>MAKANAN</b> TERBAEK <b>DI PERLIS</b> - Ceritera Cahaya Cintaku - Blogger
12b) Makanan pelik di Putrajaya - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger Posted: 24 Feb 2014 11:23 PM PST Pagi Ahad, 19 Januari. Hari kedua saya di Tawau. Dua panggilan Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Husain, tidak sempat dijawab. Sejak awal pagi, kami agak terkejar-kejar membuat tinjauan ringkas, menyelongkar isu-isu rakyat di lapangan, yang belum didedahkan secara menyeluruh oleh media. Saya dan wartawan Arif Atan tiba agak lewat di lokasi, Pasti Nurul Hannani, Jalan Kuhara. (Rupanya Pasti di Tawau -- antara yang terbaik pengurusannya di Malaysia -- mendapat sambutan hebat ibu bapa, termasuk keluarga penyokong dan pemimpin Umno). Pengarang Berita, Wan Nordin Wan Yaacob sampai lebih awal. Majlis jamuan dan meraikan bekas tahanan ISA, bertempat sudah bermula. Saya terpaksa berhati-hati menuruni cerun di jalan masuk depan Pasti. Dua anak muda dengan sopan cuba memapah saya. Terasa macam orang tua kurang upaya! Bekas tahanan dua kali dikurung di Kamunting, Ustaz Nazri Dollah, baru memulakan ucapan, menekankan teladan unggul Rasulullah s.a.w. Saya perlu meredakan kepenatan di barisan kerusi paling belakang sebelum bersama Nazri dan Mohamad di atas pentas, Wajah jernih anak-anak kecil yang pernah berkunjung ke Pejabat Harakah menggamit perhatian saya. Begitu juga para isteri yang dulunya berwajah suram. Sekilas, saya dapat mengesan mereka kini dalam mood berbeda. Alhamdulillah. Memang kunjungan kali ini bukan lagi waktu untuk berduka atau bercerita kisah sedih. Sebaliknya tanda simbolik menguburkan akta rimba penuh kezaliman yang memisahkan keluarga pejuang. Dan turut mahu dibenamkan ialah ketakburan elit penguasa serta kesombongan pencacai, khususnya anggota Cawangan Khas (SB). "Saya kira selepas ISA dimansuhkan dua tahun lalu dan semua tahanan dibebaskan minggu lepas, maka ini mungkin kunjungan terakhir ke Tawau, ditambah pula keuzuran badan," ujar saya dalam mukadimah forum membariskan bekas tahanan berkongsi pengalaman. "Rupanya, tidak. Dan saya terlewat sampai ini pun kerana terpaksa menyusun jadual melihat sendiri banyak projek sakit dan isu-isu rakyat di Tawau, seperti penyelewengan pembinaan Sekolah Menengah Titingan, dan paling mengejutkan insiden batu besar kuari meranapkan 12 rumah di Kampung Tanjung Batu Kukusan. Dahsyat sungguh! "Insya-Allah, walaupun ISA sudah berkubur, saya dan rakan-rakan Harakah akan datang lagi ke Tawau," kata saya, disambut ketawa kecil hadirin. Seawal pagi hujung minggu itu (walaupun sudah dianggap lewat dalam kiraan jam di Sabah) kami menjejaki projek pembinaan Sek Men Kebangsaan Titingan, Tawau, yang hampir siap dan sepatutnya sudah mula beroperasi tahun lalu. Malam sebelumnya, kami dibawa menikmati juadah makanan laut yang segar dan enak, di sebuah restoran berdekatan, Sri Titingan, memaksa saya melanggar diet diabetis, jantung dan kegagalan buah pinggang. Saya perhatikan kawasan sekolah dipagar sepenuhnya. Kami ditemani Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, juga Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah. Ahmad yang murah dengan senyuman dan kerap berjenaka itu seperti keberatan membenarkan saya menyelit melalui "lorong tikus". Saya terpaksa mengempiskan perut dan menahan nafas untuk meloloskan diri. "Dah jauh ke sini, haji, takkan tersekat nak masuk ke dalam, kot," saya bersuara perlahan, ketawa kecil, sambil bertongkat mengimbangi badan agar tidak tersepit. Saya lebih risaukan benda-benda tajam yang boleh melukakan dan berisiko tinggi kepada pengidap diabetik. Banyak peralatan, termasuk pendingin hawa telah dicuri. Hatta pintu dewan besar pun tanggal, lesap. Apatah lagi jeriji besi yang boleh dijual di pasaran gelap dengan mudah. Pelik bin ajaib juga memikirkan punca masalah bagaimana bangunan sekolah yang siap tidak dapat dimanfaatkan. (Tapi, bukankah tiada yang aneh di negara tercinta ini, segalanya serba mungkin dan tiada yang mustahil, 'kan?) (Gambar:Tersepit semasa menyelit melalui "lorong tikus" untuk meninjau pembinaan sekolah menengah titingan, tawau, yang menyimpan penuh misteri ... Sekolah ini sepatutnya sudah boleh digunakan tahun lepas tetapi kini naik semak samun dan dipagar rapat.) Difahamkan tiada jalan masuk ke sekolah baru ini. Soalnya, bagaimana projek boleh diluluskan tanpa dibereskan kemudahan paling asas terlebih dahulu? Mungkinkah -- untuk kesekian kali -- rasuah atau elemen seumpamanya. sepertimana pernah menyebabkan banyak lagi projek sebelum ini terbengkalai atau roboh kemudiannya, terutama di bawah Kementerian Pendidikan? Soalan-soalan itu sebenarnya tidak lagi menimbulkan tandatanya, malah sudah ada jawapan "sejak azali" lagi! Ya, pemerintahan Umno-BN tidak dapat dicerai-tanggal daripada korupsi, kronisme, salahguna kuasa atau sekurang-kurangnya pembaziran melampau. Lebih aneh lagi apabila khabarnya Putrajaya telah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sudah berpindah ke sekolah baru itu. Belum lega dengan kejutan itu, kami dibawa ke sekolah tumpang, di kawasan setinggan berhampiran, yang terpaksa menampung pelajar sekolah terbengkalai tersebut. Melihat situasi di sekeliling, saya dapat membayangkan risiko tinggi yang menunggu, antaranya banjir dan kebakaran. Sementara menunggu hidangan juadah nasi Arab di majlis meraikan bekas tahanan ISA, seorang guru membisikkan kepada saya: "Bukan hanya sekolah Titingan yang terbengkalai, banyak lagi projek sakit di Tawau ini." Dia menyebut nama dua sekolah menengah itu, Kubota dan Kinabutan, yang kemudiannya kami lawati esok hari, bersama Mohamad Husain. Secara peribadi saya tidak begitu kaget dengan perkampungan setinggan atau penempatan di atas air di Tawau. Semasa di Sandakan beberapa bulan lalu, saya perhatikan situasi di sana lebih sesak dan menyedihkan. Begitu juga dengan keadaan anak-anak kecil yang berkeliaran di pasar. Saya lebih terdorong dan rasa bertanggungjawab untuk mengangkat isu kuari di Kampung Kukusan. Berdepan "lembaga" batu sebesar itu, yang jatuh bagaikan peluru selepas puncak bukit diletupkan, pada April 2013, saya bukan saja terkejut tetapi sekali gus api kemarahan memuncak.
Bukan saja impak gegaran, bau, bunyi bising dan habuk yang diambil berat, malah prioriti paling atas adalah aspek keselamatan, bukan hanya terhad kepada manusia tetapi juga binatang. (Gambar:Nah! Inilah bongkah batu yang mengelongsor jatuh dari atas bukit di Kg Kukusan, Tawau, menghempap 11 rumah ...) Difahamkan kawasan kuari juga hendaklah dilanskap dengan tumbungan rendang yang dapat menghalang pandangan visual penduduk terdekat. Selain itu, operasi kuari hendaklah dihentikan serta merta jika terdapat sebarang aduan pencemarfan atau gegaran atau batu terbang (flyrock) daripada penduduk sekitar. "Inilah bukti kerja jahat kapitalis rakus yang mahu mengorek segala khazanah bumi tanpa menghiraukan keselamatan orang awam," Arif Atan meluahkan rasa hati semasa kami masih berkereta menuju jalan masuk ke Kg Kukusan atau lebih popular dengan sebutan Besi Buruk. (gambar:Kg Kukusan, Tawau, 19 Januari 2013, projek peletupan batu kuari yang langsung tidak mengendahkan keselamatan orang kampung .. 11 rumah hancur dilenyek batu sebesar itu ... Dan lebih mengejutkan semasa saya berkunjung ke lokasi, masih ada gegaran kuat daripada pemecahan batu di atas bukit sana ...) "Rasuah dan korupsi akan menghanguskan segalanya," pintas saya. "Dan inilah peranan media bebas seperti Harakah. Kita harus turun selalu ke Sabah. Banyak cerita misteri yang belum kita borek tersimpan di sini," saya seakan berkhutbah. Dari bawah, saya mendengar dengan jelas gegaran di atas bukit, dan melihat kilauan pancaran cahaya daripada mesin pengorek yang terus digerakkan. Malah, seorang wanita, penduduk kampung, menunjukkan salinan pemberitahuan, bertarikh 20 Januari 2014, daripada pengurusan Kukusan Kuari Tawau bahawa "peletupan bom batu" akan dijalankan pada jam 1.30 petang, 21 Januari. Petaka apa yang masih ditunggu, bukan saja untuk menghentikan serta merta operasi kuari itu, tetapi juga untuk membentuk satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti akar kepada kejadian ngeri yang masih menghantui penduduk itu? Selama tiga hari di Tawau, saya cukup terkesan dengan personaliti hebat rakan-rakan PAS, tidak terkecuali Muslimat, yang banyak membantu dan ringan tulang, termasuk bersama isteri saya, Siti Hawa Samsam menyediakan juadah nasi Arab untuk jamuan meraikan bekas tahanan ISA. Dan saya tentu sekali tidak dapat melupakan sosok tubuh "Uncle Jefferey", 68, atau nama sebenar Kideng ak Benang, seorang lelaki Iban yang tabah dan cekal. Ungkapan kata yang dituturkannya cukup menarik dan membekas. Beliau bijak menyusun madah dan mampu membangkitkan semangat. Bertemu mata dengannya, mencuri masa kerja beliau sebagai pengawal keselamatan selepas dipaksa meninggalkan kerjaya sebagai petani berjaya, dan berbicara tentang kemusnahan kawasan bercucuk tanam dan penempatan yang diterokainya sejak 1978, begitu menyentuh hati. Satu lagi testimoni tentang kerakusan pemerintah merampas tanah yang diusahakan titik peluh rakyat. Saya rasa terkilan kerana tidak sempat mengunjungi kampungnya bagi menyaksikan sendiri proses kezaliman yang tidak pernah terhenti. "Bukankah pelik apabila kita, manusia, sebagai makhluk Tuhan yang paling indah telah diusir lebih hina berbanding binatang. "Saya sendiri pernah katakan kepada pihak perhutanan Sabah, gajah, dan binatang liar dalam hutan kamu jaga, pelihara. Sedangkan manusia seperti kami dan sama seperti kamu juga, ciptaan Tuhan yang begitu indah, tapi tidak difikirkan hak sesama manusia, diusir tanpa memberi pilihan," ujarnya lembut tetapi nampak tegas. Jefferey seterusnya menceritakan perancangan beliau dan rakan-rakannya untuk kembali ke kawasan penempatan mereka yang telah dimusnah dan dirampas: ""Kami akan kembali ke sana 10 April ini. Setiap tahun sejak empat tahun lalu kami berdoa di sana. "Saya minta kepada Tuhan supaya Tuhan memberi kebijaksanaan, melembutkan hati mereka agar mengembalikan hak rakyat yang mereka rampas. Langkah saya tidak terhenti begitu saja. Setiap tahun kami berdoa begitu. Perjuangan kami belum selesai," tambahnya penuh yakin. Benar, saya tidak perlu menunggu lama untuk mengkagumi watak lelaki ini. Ikuti kisah menarik Jefferey, bekas ketua cawangan Umno dan seorang yang boleh dianggap bertaraf paderi, juga pelanggan tetap Harakah yang tidak pernah absen mengikuti ruangan kuliah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abdul Hadi Awang, dalam Harakah akan datang. | ||||
AWAS!!! <b>Makanan</b> Ada DNA Babi Dikesan | IniKalilah™ | Sinar <b>...</b> Posted: 26 Jul 2013 08:13 PM PDT
Haram dimakan-sila share kepada semua. Apa itu Chikuwa?
Chikuwa (seasoned Fish Roll)
Filament Fish Sticks Oleh : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mendapat maklumat dari pihak berkuasa di pintu masuk sempadan Malaysia- Thailand mengenai sampel makanan, kategori ikan dan hasilannya yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi iaitu produk Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP). Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk makanan tersebut agar ianya mendapat pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) AWAS!!! Kalau orang dah biasa dengan negeri Perlis mesti dia akan mencari sejenis makanan yang famous di Perlis.. Selain ikan bakar, laksa dan makanan siam.. Tak kurang famous juga SteamBoat dan Lok Cheng.. Kedua-dua ini makanan berasakan seperti Filament Fish dan Chikuwa.. Jadi kalau nak makan tu hati-hati lah.. Kalau boleh elak kan.. sebab rata-rata makanan nie terus datang dari siam.. Lok Cheng SteamBoat Siapa pernah makan LokCheng atau SteamBoat Perlis? pakat-pakatkalih | ||||
Hana Farhana: Sepetang <b>Di Perlis</b> Hoi... - Fara Haanna - Blogger Posted: 01 Mar 2014 02:49 PM PST Assalamualaikum wbt.. Teman nak koba kat sini, hari tu teman ada la pergi jalan-jalan sat kat Negeri Perlis dengan kawan teman Si Joyah Kecik..Bukan teman tak pernah pergi Perlis ni..haih menipu sangat la kalau tak pernah pergi, sebelah kg teman je kot..Tapi haih tetiba hari tu macam jatuh cinta la pulak dengan Perlis ni..Bukan apa teman tengok macam cantik jer Perlis ni, bersih je ar dah tu yang penting..tak jam..jam…tau tak jam? Pening kot kalau jam..memang teman meroyan la kalau teman terperangkap dalam jam satu jam..hahaha..teman kalau bab meroyan memang power habis..Muka berkerut macam kain tak gosok setahun..hahaha..de kena mengena ker…lantak ar..en.. Selamat Datang Ke Perlis Indera Kayangan..siap ada keris sebesar-besar alam lagi kau..huhu Asal pergi Perlis nak makan-makan ja, n ambik angin sikit-sikit tetiba..macam syok pulak..haih pa lagi..Keluarkan handphone yang hensem ni klip..klip ambik gambaor ar..tunggu lagi..teman suka ni..suka…Bila masa teman jadi orang perak sedangkan kg teman kat sebelah Perlis ja kot…hihihi..relax..relax..aku memang suka bagi kontroversi murahan semurah harga kangkong kat pasar..aip..haahah.. Kalau korang nak tau Perlis ni la satu-satunya tempat makan dia murah-murah..setahu aku la..Ni aku nak habaq..aku belasah sizzling mee dengan air teh o ais kat satu kedai nama apa ar..bugjet corner kot *lupa-lupa ingat.. nak tau berapa? Ha..baru RM5 lebih jer kot..RM5 tu.kat lain boleh dapat ker?..Kat Aloq Staq pun tak dapat kot..Aku suka aih..suka giloss..Kalu macam ni hari-hari aku nak makan kat Perlis..huih biar orang kata melampau janji duit aku jimat..baper hinggit ja duit minyak nak g Perlis kalau dari rumah aku ni..memang la rumah aku kat Kedah tapi jarak dia bukannya macam Kedah ke Peneng..dekat jer pun..Aloq Staq dengan Perlis kalau dari rumah aku ni..lebih kurang jer dekat dia.. sizzling mee..emm nyum..nyum..murah giloss. So setelah sepetang dok menjelajah Perlis, akhirnya aku dapat keputusan yang Perlis ni sangat cantik dan tenang..sesuai sangat untuk sapa yang putus cinta nak layan perasaan tu..bukan apa, bukit ada, laut ada, taman ada, angin ada..semua ada ar..Bak kata aku sendiri, apa nak semua ada..so memang sesuai sangat la hampa nak layan perasaan jiwang karat yang kalau tak di cuci mau berkarat reput, rosak tak boleh buat apa dah..Ha..macam tu ar juga manusia ni kalau dok layan perasaan tu tanpa buat apa2 perubahan dok menangis hari-hari..macam karat tu ar..dah lama-lama karat reput la..nak buat apa pun tak boleh dah..dah tak guna g dah..huhu..sempat lagi aku menyelit ni en haha.. Ha ni tempat yang paling aku suka dia punya ni macam pelamin pengantin..cayer tak..hah tengok tu dia punya hiasan belakang and atas..waduh cantik dong..gamak nak save bugjet mai la buat kat sini..lagipun ni dia macam pentas tau..hh memang sesuai sangat la..majlis bersanding atas pentas tengah-tengah Pekan Kangar ni..huhu.. Macam cantik jer..macam cantik jer..macam cool jer..hahaha.. Aku dengan my fren, SI Joyah Kecik yang aku cakap awal tadi tu..ahahah..sory...ok.ok..Joyah Kecik bukan nama sebenar yer.. Tersengih macam kerang busuk ni aku la tew..konon bajet cun.. So, senang cerita aku sangat suka Perlis ni..dengan suasana dia yang tak huru-hara, kereta pun tak banyak, boleh lending-lending g atas jalan, bersih,dan yang penting makanan dia murah-murah belaka haih..tergugat iman aku nak makan dua tiga kali ni. Walaupun shopping complex dia tak banyak setahu aku yang besar sikit pun The Store tu jer la yang duduk tengah-tengah Pekan Kangar tapi dia punya suasana dia perhhh..memang tak dapat kat lain..Pekan dia pun best kot..walaupun tak banyak shopping complex besar2..Ada apa dengan shopping complex besar-besar kalau hidup kena berlumba-lumba nak berebut transport, nak redah jam, nak makan berduyun-duyun manusia, nak kena bayar duit lebih..ahhaha..aku tak suka suasana macam tu..so bila ada kat Perlis huh..rasa tenang setenang..tenangnya aku nak habaq kat hampa… Ha..ha..mana nak pi..mana nk pi..pilih..pilih..duit sendiri mau pilih la mana nak pi pun..i don care..brahaha.. Weh jangan tak tau..kat tengah-tengah pekan ni ada globe besar untuk memudahkan korang nak pilih tempat melancong seterusnya..hahaha.. Entah kenapa bila teman tengok ni, teman rasa macam kat Peneng pulak..macam art-art gitu..kan kat Peneng ada Street Of Art kan..betoi dak tak tau aih nama dia..Ha bila tengok ni terjumpa bangunan lama macam ni boleh ar feeling-feeling macam dok kt Peneng tu ha.... Ni pulak pantai kat Kuala Perlis tu..Kalau nak tengok sunset mai tang ni la ci kak, cik abang, cik adik yer..cantik sangat..best..best.. Sebelum nak tengok sunset, elok la pekena laksa dulu..perhhh..sedap nak mampus tahap meleleh air hidung..hehhe..Semangkuk Rm3 jer..rugi tak makan kalau mai Kulala Perlis ni wey.. Mengkalau rasa nak pi shopping ala-ala holiday kat Thailand..hampa boleh jer g nu ha apa nama orang panggil..Padang Besar..ha boleh jer pun..siam, petani semua ada..Orang kata Jeans kat sini murah-murah n cantik-cantik oo cutting dia n design dia..satu lagi jesei..owh cun..aku memang suka gilorr..sebab apa tau aku penah g sini dengan my brother nak beli jesei..auww tertawan n kabur mata nak pilih yang mana sebab dia punya rekaan tak der lagi kat lain..harga dia pun tak mahal kot..bila aku balik cari kat Peneng n Kl tak jumpa design macam aku beli tu lagi….huhu kagum aku..dah tu harga pulak mahal tak macam kat Padang Besar ni..dia punya kain jesei tu pun ok..best giler..kalau nak beli banyak-banyak pun boleh..kot-kot nak buat pesta sukan office ke sekolah ka, universiti ka..semua boleh..macam yang abang aku selalu buat… Ok ar..last sekali nak gebang lebih pun tak boleh sebab banyak lagi tempat aku tak kunjung lagi kat Perlis ni..baru dua tiga tempat tu pun dah buat hati aku cair, tertawan, menawan, tertarik nak g selalu..uhhu…best..best.. owh la Perlis.. K..Nak kunyah gula-gula getah tapi tak larat, gigi tak mau kunyah sebab penat..kenyang tak pun..excercise jer lebih..muka tak kecut-kecut pun, tembam semacam jer..en..nak buat aper lagi tido ar..ok bubye.. Sekian….. | ||||
<b>MAKANAN</b> TERBAEK <b>DI PERLIS</b> - Ceritera Cahaya Cintaku - Blogger Posted: 03 Jul 2013 07:03 PM PDT Salam pagi Khamis.. hari ni dekat pejabat mommy ada audit.. mau check ape yang patut di check.. hehehehe.. so, pagi ni memang kalut sikit.. nak keluar breakfast pun tak sempat, kirimkan dengan officemate yang lain.. so dalam kekalutan ni, nak jugak mengupdate entry baru.. hehehee.. yang penting nak upload gambarnyer tu.. hehehehe.. Hari tu masa balik kampung, sempat la bawa mak, kakak dan adik-adik makan-makan di Kuala Perlis.. bukan selalu pun nak belanja mak dan family yang lain.. cuma ada kekurangan ahli family la.. adik mommy yang no 2 tak de, dengan yang no 3.. so tak pe la, kami makan kami je la ea.. hehehehe.. makan sampai sendat, padat dan ketat perut memasing.. last-last dah memang tak boleh masuk sangat dah, sotong goreng tepung dan udang goreng tepung terpaksa dibungkus bawa balik.. hehehehehee.. Tapi sebelum tu, mommy mengada-ngada nak makan pulut ayam di Wang Kelian dan koew teow sup siam di Padang Besar.. while Mr.DADDY layankan je ape yang mommy nak makan.. bagus betul dapat suami yang memahami tekak isteri ni.. huhuhuhuu.. sayang Mr.DADDY ketat-ketat..
Pulut ayam tu ramai officemate mommy yang tak tau dan tak pernah makan.. ni adalah sejenis makan di Thailand ye.. memandangkan Pn. Bonda mommy berasal dari sana, so, ini adalah makan mommy sejak dari kecil lagi.. memang sedap.. pulut + ayam goreng berempah + bawang goreng.. memang sedap dan terbaekkk.. pulut ayam tu mommy beli ni di Wang Kelian, tapi sebelah Thailand ye.. kena masuk melepasi border Malaysia Thailand.. tapi di Wang Kelian, memang kita dibenarkan masuk untuk membeli barang-barang yang dijual di sempadan sebelah Thailand.. so sesape yang sampai Perlis, wajib untuk pergi Wang Kelian jugak ok..:).. So berbalik kepada entry makan-makan di Kuala Perlis.. jom layan gambar.. Pn. Bonda cakap mommy kalau balik Perlis, tak de benda lain nak makan, sama je ini menunya.. hehehe.. especially koew teow sup siam dengan pulut ayam.. wajib dimakan kalau balik sana.. maklum la selama ni membesar dengan makanan-makanan tu, so bila dan berhijrah ke Ipoh, makanan tersebut tak de kat sini, so bila dah balik, mesti la mencari-cari.. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment