Saturday, 15 March 2014

12b) Makanan pelik di Putrajaya - Blog Makanan di Perlis - Blogger - Blog Makanan di Perlis

12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger - Blog Makanan di Perlis


12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger

Posted: 24 Feb 2014 11:23 PM PST

Pagi Ahad, 19 Januari. Hari kedua saya di Tawau. Dua panggilan Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Husain, tidak sempat dijawab. Sejak awal pagi, kami agak terkejar-kejar membuat tinjauan ringkas, menyelongkar isu-isu rakyat di lapangan, yang belum didedahkan secara menyeluruh oleh media.

Saya dan wartawan Arif Atan tiba agak lewat di lokasi, Pasti Nurul Hannani, Jalan Kuhara. (Rupanya Pasti di Tawau -- antara yang terbaik pengurusannya di Malaysia -- mendapat sambutan hebat ibu bapa, termasuk keluarga penyokong dan pemimpin Umno).  Pengarang Berita, Wan Nordin Wan Yaacob sampai lebih awal. Majlis jamuan dan meraikan bekas tahanan ISA, bertempat sudah bermula.

Saya terpaksa berhati-hati menuruni cerun di jalan masuk depan Pasti.  Dua anak muda dengan sopan cuba memapah saya. Terasa macam orang tua kurang upaya!

Bekas tahanan dua kali dikurung di Kamunting, Ustaz Nazri Dollah, baru memulakan ucapan, menekankan teladan unggul Rasulullah s.a.w. Saya perlu meredakan kepenatan di barisan kerusi paling belakang sebelum bersama Nazri dan Mohamad di atas pentas,

Wajah jernih anak-anak kecil yang pernah berkunjung ke Pejabat Harakah menggamit perhatian saya. Begitu juga para isteri yang dulunya berwajah suram. Sekilas, saya dapat mengesan mereka kini dalam mood berbeda. Alhamdulillah.

Memang kunjungan kali ini bukan lagi waktu untuk berduka atau bercerita kisah sedih. Sebaliknya tanda simbolik menguburkan akta rimba penuh kezaliman yang memisahkan keluarga pejuang. Dan turut mahu dibenamkan ialah ketakburan elit penguasa serta kesombongan pencacai, khususnya anggota Cawangan Khas (SB).

"Saya kira selepas ISA dimansuhkan dua tahun lalu dan semua tahanan dibebaskan minggu lepas, maka ini mungkin kunjungan terakhir ke Tawau, ditambah pula keuzuran badan," ujar saya dalam mukadimah forum  membariskan bekas tahanan berkongsi pengalaman.

"Rupanya, tidak. Dan saya terlewat sampai ini pun kerana terpaksa menyusun jadual melihat sendiri banyak projek sakit dan isu-isu rakyat di Tawau, seperti penyelewengan pembinaan Sekolah Menengah Titingan, dan paling mengejutkan insiden batu besar kuari meranapkan 12 rumah di Kampung Tanjung Batu Kukusan. Dahsyat sungguh!

"Insya-Allah, walaupun ISA sudah berkubur, saya dan rakan-rakan Harakah akan datang lagi ke Tawau," kata saya, disambut ketawa kecil hadirin.

Seawal pagi hujung minggu itu (walaupun sudah dianggap lewat dalam kiraan jam di Sabah) kami menjejaki projek pembinaan Sek Men Kebangsaan Titingan, Tawau, yang hampir siap dan sepatutnya sudah mula beroperasi tahun lalu.

Malam sebelumnya, kami dibawa menikmati juadah makanan laut yang segar dan enak, di sebuah restoran berdekatan, Sri Titingan, memaksa saya melanggar diet diabetis, jantung dan kegagalan buah pinggang.

Saya perhatikan kawasan sekolah dipagar sepenuhnya. Kami ditemani Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, juga Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah. Ahmad yang murah dengan senyuman dan kerap berjenaka itu seperti keberatan membenarkan saya menyelit melalui "lorong tikus". Saya terpaksa mengempiskan perut dan menahan nafas untuk meloloskan diri.

"Dah jauh ke sini, haji, takkan tersekat nak masuk ke dalam, kot," saya bersuara perlahan, ketawa kecil, sambil bertongkat mengimbangi badan agar tidak tersepit. Saya lebih risaukan benda-benda tajam yang boleh melukakan dan berisiko tinggi kepada pengidap diabetik.

Memang mengejutkan. Bangunan sekolah yang menelan kos RM40 juta itu boleh dikatakan siap sepenuhnya tetapi kini terbiar sepi. Lalang hampir separas pinggang.

Banyak peralatan, termasuk pendingin hawa telah dicuri. Hatta pintu dewan besar pun tanggal, lesap. Apatah lagi jeriji besi yang boleh dijual di pasaran gelap dengan mudah.

Pelik bin ajaib juga memikirkan punca masalah bagaimana bangunan sekolah yang siap tidak dapat dimanfaatkan. (Tapi, bukankah tiada yang aneh di negara tercinta ini, segalanya serba mungkin dan tiada yang mustahil, 'kan?)

(Gambar:Tersepit semasa menyelit melalui "lorong tikus" untuk meninjau pembinaan sekolah menengah titingan, tawau, yang menyimpan penuh misteri ... Sekolah ini sepatutnya sudah boleh digunakan tahun lepas tetapi kini naik semak samun dan dipagar rapat.)

Difahamkan tiada jalan masuk ke sekolah baru ini. Soalnya, bagaimana projek boleh diluluskan tanpa dibereskan kemudahan paling asas terlebih dahulu? Mungkinkah -- untuk kesekian kali -- rasuah atau elemen seumpamanya. sepertimana pernah menyebabkan banyak lagi projek sebelum ini terbengkalai atau roboh kemudiannya, terutama di bawah Kementerian Pendidikan?

Soalan-soalan itu sebenarnya tidak lagi menimbulkan tandatanya, malah sudah ada jawapan "sejak azali" lagi! Ya, pemerintahan Umno-BN tidak dapat dicerai-tanggal daripada korupsi, kronisme, salahguna kuasa atau sekurang-kurangnya pembaziran melampau.

Lebih aneh lagi apabila khabarnya Putrajaya telah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sudah berpindah ke sekolah baru itu.

Belum lega dengan kejutan itu, kami dibawa ke sekolah tumpang, di kawasan setinggan berhampiran, yang terpaksa menampung pelajar sekolah terbengkalai tersebut. Melihat situasi di sekeliling, saya dapat membayangkan risiko tinggi yang menunggu, antaranya banjir dan kebakaran.

Sementara menunggu hidangan juadah nasi Arab di majlis meraikan bekas tahanan ISA, seorang guru membisikkan kepada saya: "Bukan hanya sekolah Titingan yang terbengkalai, banyak lagi projek sakit di Tawau ini." Dia menyebut nama dua sekolah menengah itu, Kubota dan Kinabutan, yang kemudiannya kami lawati esok hari, bersama Mohamad Husain.

Secara peribadi saya tidak begitu kaget dengan perkampungan setinggan atau penempatan di atas air di Tawau. Semasa di Sandakan beberapa bulan lalu, saya perhatikan situasi di sana lebih sesak dan menyedihkan. Begitu juga dengan keadaan anak-anak kecil yang berkeliaran di pasar.

Saya lebih terdorong dan rasa bertanggungjawab untuk mengangkat isu kuari di Kampung Kukusan.
Melihat sendiri bongkah batu sebesar rumah, yang meranapkan 12 kediaman, cukup menggerunkan.

Berdepan "lembaga" batu sebesar itu, yang jatuh bagaikan peluru selepas puncak bukit diletupkan, pada April 2013, saya bukan saja terkejut tetapi sekali gus api kemarahan memuncak.


Bukankah aktiviti pengkuarian terpaksa melalui prosedur yang cukup ketat, khususnya daripada Jabatan Alam Sekitar, yang memerlukan laporan EIA dan persiapan kawalan risiko kecemasan yang diluluskan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak polis?

Bukan saja impak gegaran, bau, bunyi bising dan habuk yang diambil berat, malah prioriti paling atas adalah aspek keselamatan, bukan hanya terhad kepada manusia tetapi juga binatang.

(Gambar:Nah! Inilah bongkah batu yang mengelongsor jatuh dari atas bukit di Kg Kukusan, Tawau, menghempap 11 rumah ...)

Difahamkan kawasan kuari juga hendaklah dilanskap dengan tumbungan rendang yang dapat menghalang pandangan visual penduduk terdekat. Selain itu, operasi kuari hendaklah dihentikan serta merta jika terdapat sebarang aduan pencemarfan atau gegaran atau batu terbang (flyrock) daripada penduduk sekitar.
Dan sebagai rakyat biasa, saya rasa terhina dengan sikap rakus dan memandang rendah keselamatan orang awam, konspirasi ahli perniagaan tamak bersama elit pemerintah takbur.
Sama sekali anda tidak boleh mempercayainya apabila letupan kuari sedahsyat itu, yang memuntahkan bongkah batu pejal yang masih tersergam, namun ia masih belum berjaya menghentikan operasinya.

"Inilah bukti kerja jahat kapitalis rakus yang mahu mengorek segala khazanah bumi tanpa menghiraukan keselamatan orang awam," Arif Atan meluahkan rasa hati semasa kami masih berkereta menuju jalan masuk ke Kg Kukusan atau lebih popular dengan sebutan Besi Buruk.

(gambar:Kg Kukusan, Tawau, 19 Januari 2013, projek peletupan batu kuari yang langsung tidak mengendahkan keselamatan orang kampung .. 11 rumah hancur dilenyek batu sebesar itu ... Dan lebih mengejutkan semasa saya berkunjung ke lokasi, masih ada gegaran kuat daripada pemecahan batu di atas bukit sana ...)

"Rasuah dan korupsi akan menghanguskan segalanya," pintas saya. "Dan inilah peranan media bebas seperti Harakah. Kita harus turun selalu ke Sabah. Banyak cerita misteri yang belum kita borek tersimpan di sini," saya seakan berkhutbah.

Dari bawah, saya mendengar dengan jelas gegaran di atas bukit, dan melihat kilauan pancaran cahaya daripada mesin pengorek yang terus digerakkan.

Malah, seorang wanita, penduduk kampung, menunjukkan salinan pemberitahuan, bertarikh 20 Januari 2014, daripada pengurusan Kukusan Kuari Tawau bahawa "peletupan bom batu" akan dijalankan pada jam 1.30 petang, 21 Januari.

Petaka apa yang masih ditunggu, bukan saja untuk menghentikan serta merta operasi kuari itu, tetapi juga untuk membentuk satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti akar kepada kejadian ngeri yang masih menghantui penduduk itu?

Selama tiga hari di Tawau, saya cukup terkesan dengan personaliti hebat rakan-rakan PAS, tidak terkecuali Muslimat, yang banyak membantu dan ringan tulang, termasuk bersama isteri saya, Siti Hawa Samsam menyediakan juadah nasi Arab untuk jamuan meraikan bekas tahanan ISA.

Dan saya tentu sekali tidak dapat melupakan sosok tubuh "Uncle Jefferey", 68, atau nama sebenar Kideng ak Benang, seorang lelaki Iban yang tabah dan cekal. Ungkapan kata yang dituturkannya cukup menarik dan membekas. Beliau bijak menyusun madah dan mampu membangkitkan semangat.

Bertemu mata dengannya, mencuri masa kerja beliau sebagai pengawal keselamatan selepas dipaksa meninggalkan kerjaya sebagai petani berjaya, dan berbicara tentang kemusnahan kawasan bercucuk tanam  dan penempatan yang diterokainya sejak 1978, begitu menyentuh hati.

Satu lagi testimoni tentang kerakusan pemerintah merampas tanah yang diusahakan titik peluh rakyat. Saya rasa terkilan kerana tidak sempat mengunjungi kampungnya bagi menyaksikan sendiri proses kezaliman yang tidak pernah terhenti.

"Bukankah pelik apabila kita, manusia, sebagai makhluk Tuhan yang paling indah telah diusir lebih hina berbanding binatang.

"Saya sendiri pernah katakan kepada pihak perhutanan Sabah, gajah, dan binatang liar dalam hutan kamu jaga, pelihara. Sedangkan manusia seperti kami dan sama seperti kamu juga, ciptaan Tuhan yang begitu indah, tapi tidak difikirkan hak sesama manusia, diusir tanpa memberi pilihan," ujarnya lembut tetapi nampak tegas.

Jefferey seterusnya menceritakan perancangan beliau dan rakan-rakannya untuk kembali ke kawasan penempatan mereka yang telah dimusnah dan dirampas: ""Kami akan kembali ke sana 10 April ini. Setiap tahun sejak empat tahun lalu kami berdoa di sana.

"Saya minta kepada Tuhan supaya Tuhan memberi kebijaksanaan, melembutkan hati mereka agar mengembalikan hak rakyat yang mereka rampas. Langkah saya tidak terhenti begitu saja. Setiap tahun kami berdoa begitu. Perjuangan kami belum selesai," tambahnya penuh yakin. Benar, saya tidak perlu menunggu lama untuk mengkagumi watak lelaki ini.

Ikuti kisah menarik Jefferey, bekas ketua cawangan Umno dan seorang yang boleh dianggap bertaraf paderi, juga pelanggan tetap Harakah yang tidak pernah absen mengikuti ruangan kuliah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abdul Hadi Awang, dalam Harakah akan datang.

Nelayan diminta lapor jika nampak objek <b>pelik</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2014 02:34 PM PDT

Sekitar 17,000-20,000 nelayan boleh bantu mencari MH370

PUTRAJAYA: Para nelayan terutama di kawasan utara dan timur laut perairan negara diminta supaya membuat laporan jika ternampak sebarang objek 'pelik' yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bilangan nelayan yang dianggarkan berjumlah antara 17,000 hingga 20,000 orang di Kelantan, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang dan Perak, boleh digembleng untuk membantu pihak berkuasa dan badan profesional dalam misi pencarian pesawat itu.

"Nelayan berupaya membantu secara sukarela sebab inilah tempat mereka mencari makan dan kita percaya mereka lebih kenal laut. Jadi kita berharap mereka dapat maklumkan kepada kita dengan segera jika menemui objek pelik," katanya.

Beliau derkata demikian dalam sidang media di sini semalam selepas bertemu keluarga Khairul Amri Selamat, seorang daripada penumpang pesawat MH370, yang berasal dari Bera, Pahang.

Kelmarin, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagi menambah operasi mencari dan menyelamat, pihaknya turut berbincang dengan Ismail Sabri sekiranya terdapat keperluan untuk mendapatkan bantuan Persatuan Nelayan Kebangsaan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia kelmarin bagi memohon bantuan daripada nelayan di bahagian Medan dan Acheh yang berada di sepanjang Selat Melaka.

"Indonesia telah memberi jaminan untuk membantu dan kita juga akan menyampaikan mesej yang sama kepada pihak di Thailand dan Vietnam secepat mungkin sama ada hari ini (semalam) atau esok (hari ini)," katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata beliau turut menerima mesej daripada juruterbang-juruterbang kapal kecil tempatan seperti Twin Otter yang juga menawarkan bantuan untuk mencari pesawat berkenaan.

"Saya akan menyampaikan mesej ini kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana mereka juga boleh terbang di sepanjang pesisiran pantai kawasan tumpuan jika dibenarkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya. — Bernama

Print Friendly

teganuku: Nelayan Diminta Lapor Jika Ternampak Objek <b>Pelik Di</b> Laut

Posted: 10 Mar 2014 07:56 AM PDT

Ganti Rugi Konsesi Balak RM2 Bilion - Kerajaan PAS Terengganu Mungkir Janji, Kerajaan BN Tanggung Akibat!


Teganuku memaparkan pendedahan blog hambali1 ( di sini & di sini) mengenai TUNTUTAN dua syarikat yang mendapat konsesi balak dianugerahkan oleh Kerajaan PAS Terengganu (1999 - 2004) tetapi kemudian dibatalkan perjanjian.

Kerana sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pemimpin PAS sendiri (TIDAK DINYATAKAN HINGGA KINI), dua syarikat berkenaan menuntut ganti rugi kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri Barisan Nasional kira-kira RM2,000 juta.

Sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terpaksa berdepan dengan tuntutan berkenaan. Jika sebelum ini Syarikat Riyapadu Sdn Bhd menuntut RM1,000 juta, syarikat terbaru ini turut menuntut hampir RM1,000 juta.

Persoalannya selepas menerima sebahagian pembayaran daripada RM280 juta yang dipersetujui Kerajaan Negeri dan pemimpin tertentu, syarikat berkenaan ditamatkan persetujuan.

Ikuti pendedahan dua siri daripada blog berkenaan:

Bahagian Pertama

 WAJAH HODOH PEMIMPIN PAS TERENGGANU : CUBA SELINDUNGKAN DOSA 'BAHAM BALAK'...

Jika ada yang bertanya apakah PAS layak memerintah kembali Terengganu, jawapannya TIDAK!

Bukan sekadar gagal memanfaatkan dengan baik kuasa yang dianugerahkan Allah antara 1999 dan 2004 bagi memperkenalkan dasar-dasar yang membantu rakyat keluar daripada kemiskinan dan pembangunan berimbang, pemimpin PAS sehingga kini tetap terpalit dengan dosa-dosa di atas kegagalan mereka menguruskan harta negeri dengan baik.


Kita masih ingat dengan jelas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila pemimpin PAS Terengganu merencanakan 'projek memfitnah Ahmad Said' dengan bantahan dan label kononnya 'Ahmad Said Terbabit Rasuah Balak'.

Pemimpin dan penyokong PAS, termasuk yang beberapa hari berjinak-jinak dengan PAS cuba membalas dendam melalui strategi 'pembunuhan karier' Menteri Besar Terengganu itu apabila mengatakan Kerajaan Barisan Nasional Terengganu, khususnya Datuk Seri Ahmad Said melakukan rasuah dalam pemberian konsesi balak.

Berikutan itu Ahmad Said terpaksa bersumpah dengan nama Allah pada satu majlis integrity untuk membersihkan dirinya.

Sedangkan yang menuduh dan membuat fitnah tidak pun bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan dan butiran tuduhan mereka itu 'Semuanya Benar Belaka dan Tiada Yang Tidak Benar'.

Akibatnya, penyokong dan sebahagian rakyat Terengganu teruja dengan taktik kotor PAS ini.

Kesan ini besar kepada sokongan rakyat khususnya di kawasan Kuala Terengganu kerana bantahan di buat di Kuala Terengganu dan kempen mengenai rasuah ini banyak berkisar di dalam Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi oleh PAS.

Namun di sebalik cuba menghodohkan orang lain, pemimpin PAS sebenarnya berwajah HODOH kerana berselindung di sebalik kemunafikan dan kejahatan yang mereka lakukan ketika memerintah berkaitan isu balak ini.

Kita tetap tidak boleh lupa mengenai skandal balak pemimpin PAS. Ada yang melalui cakap-cakap dan ada yang terang-terangan tidak terjawab sehingga kini.

Kini skandal balak akan terdedah lagi  yang dilakukan pemimpin PAS dan akan meletup tidak lama lagi.

Kerajaan PAS Terengganu (1999 hingga 2004) dan kemungkinan besar beberapa pemimpin PAS yang sering memperkecilkan pemimpin UMNO khususnya Ahmad Said sebenarnya terbabit dalam skandal yang menggemparkan.

Jangan haraplah mereka akan mengaku atau berusaha membersihkan dosa yang mereka lakukan sebaliknya akan menuding kepada kerajaan BN dengan pelbagai helah.

Harapkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berterus terang?

Dia lagilah mungkin akan menjawab tidak tahu apa-apa mengenai isu berkenaan kerana beberapa pemimpin PAS antara 1999 hingga 2004 dikatakan memiliki kuasa pentadbiran dalam soal kewangan, pelaburan atau juga konsesi balak lebih daripada Hadi.

Kes terbaru yang akan meledak sebenarnya sudah berlarutan kira-kira 11 tahun membabitkan sebuah syarikat yang diberikan konsesi untuk mengeluarkan 1.2 juta metrik tan balak yang nilainya dianggarkan RM2.1 bilion (RM2,100 juta).

Menurut fakta, mahkamah memberikan kemenangan kepada syarikat konsesi tersebut untuk menuntut ganti rugi gara-gara kerajaan PAS menamatkan perjanjian sewenang-wenangnya.

Sedangkan, menurut sumber syarikat berkenaan, sejumlah wang sudah dibayar kepada kerajaan negeri dan mungkin individu tertentu.

Ini bermakna Kerajaan PAS Terengganu 1999-2004 adalah jenis yang 'mungkir janji' dan pemimpinnya 'baham duit balak'.


Kita jangan lupa kepada kes Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu) - di mana kerajaan PAS juga 'mungkir janji'. Berikutan 'tindakan zalim dan tidak profesional' kerajaan PAS, syarikat berkenaan turut dibebani hutang lebih RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli balak selain kerugian bayaran premium dilakukan.

Menariknya syarikat Bumiputera berkenaan menang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 12 November 2010 lalu dan gara-gara perbuatan kerajaan PAS Terengganu, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Ahmad Said pula terpaksa menanggung beban sebanyak RM1 bilion berkenaan. Kalau satu syarikat mungkin kita boleh katakan sebagai terkhilaf.

Tetapi jika berlaku juga kepada syarikat lain, ia bukan terkhilaf tetapi sama ada sengaja melakukannya, tidak cekap atau mungkin juga TIDAK BERUPAYA untuk mentadbir.

Duit daripada hasil balak ialah harta rakyat yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemajuan dan kepentingan rakyat.

Modus operandi yang dilakukan pemimpin PAS ketika itu ialah menawarkan tender terbuka untuk syarikat konsesi mendapatkan projek.

Bagaimanapun Kerajaan PAS ketika itu menetapkan bahawa syarikat yang mendapat konsesi perlu membayar RM280 juta kepada Kerajaan Negeri. Tidak kurang dan tidak lebih.

Difaham ada lapan atau sembilan syarikat berminat. Tetapi akhirnya sebuah sahaja syarikat ditawarkan atau berjaya mendapat konsesi.


Syarikat yang mendapat konsesi ini sebenarnya membeli sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham dengan keseluruhan kos termasuk modal dan perbelanjaan lain hampir RM60 juta demi mendapatkan konsesi bernilai RM2.1 bilion itu.
Memang berbaloi kerana Kerajaan Negeri hanya mahukan RM280 juta sahaja. Jika dihitung secara mudah, selepas ditolak modal membeli syarikat sebanyak RM60 juda dan kos membalak yang dianggarkan RM500 juta, syarikat masih membuat untung kira-kira RM360 juta.

Tetapi selepas membayar kepada Kerajaan Negeri dan individu tertentu sejumlah wang, syarikat berkenaan ditamatkan perjanjian.

Kes dibawa ke Mahkamah Tinggi dan akhirnya sekitar 2007, syarikat berkenaan mendapat perintah untuk menuntut kerugiannya daripada kerajaan negeri. Siapa memerintah pada 2007?

Jawabnya ialah Kerajaan BN dan difahamkan Menteri Besar ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh tahu mengenai perkara ini, namun tiada apa-apa tindakan di buat


Ini bermakna selepas tiga tahun jatuhnya kerajaan PAS, beban yang dibuat oleh pemimpin PAS dan Kerajaan PAS terpaksa dipikul oleh Kerajaan BN.

Berapakah jumlah yang dibenarkan untuk dituntut kepada kerajaan negeri?

Mencecah RM2.1 bilion, iaitu sama dengan jumlah Bajet 2013 untuk perbelanjaan setahun bagi tujuan pembangunan negeri.

Pihak syarikat beberapa kali menghubungi kerajaan negeri dan difahamkan Kerajaan Negeri pimpinan Ahmad Said ketika ini terpaksa 'menguruskan isu' ini dengan baik kerana tempoh enam tahun selepas keputusan mahkamah semakin menghampiri.

Dengan kata lain, perundingan perlu dibuat dengan syarikat berkenaan untuk mengelakkan wang rakyat sebanyak RM2.1 bilion terpaksa dibayar kepada syarikat berkenaan.

Ini bermakna Ahmad Said terpaksa uruskan dua 'beban yang ditinggalkan kerajaan PAS berkaitan balak', iaitu dengan syarikat terbaru ini selepas dengan Riyapadu - sedangkan pemimpin PAS yang kini 'kehilangan kerja selepas kalah pilihan raya umum 2004, 2008 dan 2013' menuduh Kerajaan BN sekarang 'baham balak'.

Bahagian Kedua 

PEMIMPIN PAS 'CUCI TANGAN', AHMAD SAID KENA CARI SEKURANG-KURANGNYA RM1,000 JUTA…ADILKAH?

 "Apakah pemimpin PAS tidak merasa BERDOSA dan MALU untuk bertemu rakyat dan pada ketika yang sama mendakwa pemimpin UMNO rasuah, melakukan salah laku, mementingkan kroni dan 'baham balak'?"

 
Pemimpin PAS dan penyokong membantah tanpa melihat pemimpin mereka yang terpalit dengan 'baham duit balak..."

Pemimpin PAS Terengganu sering mendabik dada kononnya mereka adalah pemimpin Islam yang bebas rasuah, salah laku dan mengamalkan ajaran Islam yang melebihi pemimpin UMNO.

Namun ternyata perisytiharan kononnya 'mereka pemimpin terpilih dan terbaik' terpalit dengan pelbagai dosa, rasuah dan salah laku.

Jika sebelum ini dalam ceramah pada Pilihan Raya Umum ke-13 mereka menuduh pemimpin UMNO Terengganu melakukan salah laku dengan mementingkan kroni, terjebak dengan rasuah dan 'baham balak', pada pilihan raya kecil Kuala Besut, irama itu tetap berkumandang.

Namun, apakah mereka melihat dan mencermin diri sendiri? Apa yang sudah dilakukan oleh Kerajaan PAS Terengganu ketika berkuasa antara 1999 hingga 2004?

Harapkan Ayah Chik?...mungkin banyak tidak tahu permainan di belakangnya.
Pemimpin PAS ketika itu dan masih hidup dan aktif berkempen ketika ini cuba menutup kelemahan diri, kemungkaran dan perbuatan salah laku, selain gagal mentadbir negeri dengan baik telah dengan sengaja membazirkan wang negeri.

Maksud di sini ialah dengan membatalkan konsesi dua syarikat balak menyebabkan mahkamah memutuskan Kerajaan Negeri (kini ditanggung bebannya oleh Kerajaan Barisan Nasional) supaya membayar balik tuntutan syarikat berkenaan yang melebihi RM1.5 bilion.

Adilkah perbuatan mereka itu? Selepas melakukan kesalahan, orang lain terpaksa menanggung kesilapan terbut. Bak kata sesetengah orang, "Orang lain BERAK, orang lain TUKANG CUCI". Ternyata kini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dibebankan dengan usaha mencari dana untuk membayar gantirugi yang dibenarkan mahkamah kepada dua syarikat konsesi iaitu Riyapadu Sdn Bhd dan sebuah lagi syarikat yang sedang melakukan perundingan jumlah sebenar yang perlu dibayar kepada mereka. 
 

Ahmad Said bersumpah dengan nama Allah tidak terbabit dengan rasuah balak pada satu majlis pada April 2013.

 Benar, setiap pihak yang mengambil alih kerajaan terpaksa menanggung secara 'Lock, Stock & Barrel'.
 
Namun dalam konteks membabitkan ganti rugi melebihi RM1 bilion seperti ini ia sudah melampau dan tidak wajar Kerajaan PAS dibenarkan 'cuci tangan' begitu sahaja.

Rakyat Terengganu wajar mempersoalkan kredibiliti, integriti dan keikhlasan pemimpin PAS yang mentadbir Terengganu antara 1999 hingga 2004.

Kesan bukan dirasai ketika itu tetapi selepas 10 tahun kemudian. Apakah pemimpin PAS tidak merasa TIDAK BERDOSA dan TIDAK MALU untuk bertemu rakyat dan pada ketika yang sama mendakwa pemimpin UMNO rasuah, melakukan salah laku, mementingkan kroni dan 'baham balak'?

Sedangkan mereka terlebih dahulu melakukan salah laku dan 'baham duit balik' walaupun dalam apa cara sekali pun!

Memang HODOH wajah pemimpin PAS yang berselindung di sebalik jubah, ketayap, berlagak alim dan sebagainya tetapi LEGASI RASUAH KEPIMPINAN PAS yang melekat di dahi mereka menceritakan segala-galanya.

Memang benar tidak semua pemimpin PAS berwajah demikian, namun PAS Terengganu perlu bertanggungjawab secara kolektif kerana mereka masih menerima pembesar Terengganu itu sebagai pemimpin mereka ketika ini.


Tidakkah mereka merasa simpati walau sedikit pun kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang terpaksa mencari dana – tidak kiralah sama ada daripada hasil balak, petroleum dan gas, cukai atau apa juga pendapatan negeri – untuk mengumpul dana sebanyak kira-kira RM1.5 bilion (RM1,500 juta) bagi membayar ganti rugi kepada dua syarikat berkenaan?

Malah, syarikat kedua selepas Riyapadu dikatakan bersedia untuk berunding, namun dengan jangkaan pendapatan mereka sebelum ini sebanyak RM2.1 bilion (RM2,100 juta), mereka akan berlembut atau menerima apa sahaja cadangan Kerajaan Negeri?

Kini syarat sudah diletakkan kepada Kerajaan Negeri agar proses rundingan berikut dipilih untuk tujuan ganti rugi, iaitu:

1. Terima jumlah ganti rugi yang ditetapkan oleh mahkamah;

2. Menerima jumlah gantirugi tetapi berunding untuk kedua-dua pihak berpuashati; dan

3. Menolak keputusan mahkamah dan merujuk kembali ke mahkamah untuk jumlah yang lebih rendah.



Walau apa juga keputusan, Ahmad Said berada pada kedudukan yang tersepit antara membelanjakan wang yang besar itu untuk pembangunan rakyat atau membayar ganti rugi kepada syarikat konsesi.

Pada ketika beliau dihempuk dengan masalah sedemikian, pemimpin PAS yang merasakan diri mereka TIDAK BERDOSA dan TERLEPAS DARIPADA PERBUATAN SALAH LAKU, terus menerus memperkecil dan mempertikaikan keikhlasan Ahmad Said mentadbir negeri

 Dengan pelbagai isu yang diketengahkan khususnya oleh pemimpin PAS yang dua tiga hari masuk PAS seperti isu Kedai Payang, pengambilan tanah untuk pembangunan serta beberapa perkara lain, mereka seakan tidak maklum bahawa 'TAHI PENINGGALAN PEMIMPIN PAS' belum dicuci. Mereka ini seperti MENGAMPUNKAN segala DOSA dan KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh pemimpin mereka sebelum ini sedangkan pemimpin berkenaan mengharapkan PAS kembali berkuasa agar segala dosa dan kemungkaran itu dapat diselindung atau disorokkan.


Logo syarikat yang menuntut ganti rugi,,,
Rakyat Terengganu, khususnya di Kuala Besut pada pilihan raya kecil ini sepatutnya diberitahu mengenai salah laku, mementingkan kroni dan perbuatan 'baham balak' ini. PAS tidak layak dipilih kerana pemimpinnya 'BERMUKA DUA' selain BERMUKA-MUKA di hadapan rakyat sedangkan di belakang, mereka memikul pelbagai perbuatan salah.

Mereka patut ditanya apakah wajar RM1.5 bilion itu 'DIBUANGKAN KE LONGKANG' begitu sahaja apabila gantirugi di bayar kepada dua syarikat konsesi berkenaan. Mereka juga wajar ditanya apakah PAS bertanggungjawab terhadap salah laku ini?

Jika mereka sedia bertanggungjawab, hakikatnya mereka sudah melakukan KESALAHAN BESAR tetapi setidak-tidaknya mengaku tetapi sekiranya TIDAK MENGAKU dan keputusan mahkamah ternyata BENAR SEMUANYA DAN TIADA YANG TIDAK BENAR, mereka adalah pemimpin MUNAFIK dan PERLU DITOLAK JAUH-JAUH.

Syarikat konsesi balak kedua ini sudah membayar sebahagian wang kepada kerajaan negeri dan individu tertentu walaupun tidak kesemua RM280 juta yang dituntut oleh kerajaan negeri.

Persoalannya, untuk apa dibelanjakan wang berkenaan dan individu mana yang mendapat untung daripada persetujuan konsesi ini?

Rakyat Terengganu mempunyai hak untuk bertanya dan mencari jawapan mengenai siapa pemimpin terbabit dan ke mana wang yang sudah dibayar itu dibelanjakan.

Mereka wajar dibawa ke pengadilan rakyat kerana bertindak tidak profesional, mungkin janji, berunsur rasuah dan paling penting ada yang BUNCIT PERUT kerana 'baham duit pendahuluan berkenaan'.

Rakyat Terengganu boleh menilai perbuatan keji oleh pemimpin PAS ini dan memang mereka TIDAK LAYAK untuk dikembalikan sebagai pemimpin untuk memerintah Terengganu. Kita berharap tidak ada lagi kejadian seperti yang berlaku dengan dua syarikat konsesi balak ini kerana ternyata PAS yang mendakwa ia parti Islam sebenarnya TURUT TERPALIT DENGAN RASUAH, MEMENTINGKAN KRONI dan TIDAK AMANAH DALAM PERJANJIAN.



Apa jaminan kepada rakyat Terengganu jika PAS memerintah kerana ternyata mereka bukan sahaja BERBOHONG apabila BERJANJI DENGAN manifesto PILIHAN RAYA pun tidak dianggap sebagai suatu AKUJANJI.

Jika janji yang dibuat dengan menggunakan khidmat peguam dan 'seal' rasmi tidak dipatuhi, janji pilihan raya atau melalui ceramah-ceramah oleh PAS terhadap rakyat bagikan 'kacang' dan boleh didolak-daleh sewenang-wenangnya.

Yang pasti, tiada masa depan untuk rakyat Terengganu jika membenarkan PAS berkuasa.

Malah rakyat akan turut terpalit kerana memilih PARTI YANG KONONYA ISLAM tetapi penuh dengan rasuah, perbuatan salah laku, mementingkan kroni, selain TIDAK JUJUR dengan JANJI yang sudah dimeterai seperti terbukti dengan dua syarikat konsesi balak ini.

Blog <b>Makanan di</b> Kedah - Blogger

Posted: 08 Feb 2014 09:33 AM PST

                                                        

'Kepelbagaian' merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu.


Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut.

Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda.

Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam.  Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.

Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis.  Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.

Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina.  Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina.

Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18.  Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.

Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.

Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan.  Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain.

Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman.  Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering.  Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung.  Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.

Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya.

Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel.  Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.

Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.

Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih.  Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi.

Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka.  Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung.

Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita.  Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan).

Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain.  Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung.

Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Nasi kandar mengekalkan nama 'kandar' ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia.

Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment