HOT!! Dr. Asri Kata Babi Jadi Halal Bila <b>Di</b> Proses? #CadburyHalal <b>...</b> Posted: 06 Jun 2014 08:53 PM PDT Mc agak sangsi dengan pandangan Dr Asri tentang DNA babi ni. Bukan tak percaya, tapi sebagai orang Kedah, Mc kenal sangat dengan pegangan Dr Asri dari dulu lagi. Baca apa yang beliau kata, Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidn menyifatkan isu DNA babi dalam coklat Cadburry yang menjadi polemik baru-baru adalah merupakan satu isu kecil dan tidak perlu diperbesarkan. Asri ketika dihubungi wartawan Suara TV sebentar tadi berkata ilmuwan Islam berbeza pandangan berhubung perkara ini ada yang mengatakan ianya haram dan ada mengatakan ia halal dimakan. "Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram tapi tidak terbukti maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal. "Sebagai contoh ada ilmuwan Islam mengatakan baja yang mengandungi unsur babi dan digunakan untuk menyuburkan tanaman tidak di anggap sebagai haram kerana telah berubah sifat daripada binatang tersebut" katanya. Menurutnya lagi DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain. "Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya. "DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal. "Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal" ujarnya lagi. Walaupun beliau kata sumber rujukan beliau ialah Ulamak besar Dr Yusuf-Qaradawi. Namun Mc masih sangsi dengan pendapat demikian. Malah dalam Islam, jika kita sangsi, ianya akan jadi haram. Soo.. takyah la makan kalau benda tu ada DNA babi.
McTheory: Nak ka darah korang dicemari dengan DNA babi? |
Bukankah DNA merujuk kepada identiti suatu unsur(element)? Apabila dalam suatu unsur itu ada DNA babi bermakna unsur itu mengandungi babi.
ReplyDeleteBoleh jadi unsur itu adalah babi cuma dari segi fizikal ia telah berubah rupa.
Atau suatu unsur yg mengandungi DNA babi itu adalah unsur yg bersifat sebatian(bercampur);salah satu drpd unsur sebatian itu adalah unsur babi.
Babi adalah unsur sedangkan DNA merujuk kpd identiti.
Semua unsur ada identiti(DNA)
atau kah yg dmaksudkan oleh para agamawan ini ialah DNA satu benda yg lain sedangkan unsur adalah benda lain?
Atau dlm erti kata lain DNA benda lain sedangkan babi pula benda lain.
Yg sya faham apabila ada DNA babi maka suatu unsur itu adalah babi atau mengandungi babi.
Bukankah tiada unsur maka tiada DNA?