the hasyims: Makan best murah-murah <b>di Perlis</b> Indera Kayangan... - Blog Makanan di Perlis |
the hasyims: Makan best murah-murah <b>di Perlis</b> Indera Kayangan... Posted: 13 Dec 2015 01:04 AM PST Last 2 weeks, kami ke Perlis atas jemputan kenduri kahwin keluarga abang ipar kami. Kami pergi satu kereta sahaja... Aiman Thaqif tak ikut. Diorang lepak rumah atuk dorang seminggu... Amani sorang, so dia la si baby tua manja kededek... Haha Rupanya memang betul. Memang sedap. Cuma RM4.30 untuk laksa special. Special sebab telur rebus dia sebijik. Bersebelahan dengan Laksa Kak Su, ada kedai jual cucur ketam, cucur udang... Ini la rupa kedai dia dari depan. Cucur ketam dia sedap. Sapa suka makan kudap-kudap, crunchy-crunchy... Boleh la try cucur ketam dia. Ketam yang di goreng bersalut tepung yang rangup, cicah demgan sambal cili. Murah jugak. Kami ambik 2 ekor ketam goreng, cuma RM 5 sahaja.. Ada jugak jual pasembor. Tapi kami tak makan pun. Nelayan Kuala Perlis... View terbaik sepanjang perjalanan dari Kuala Perlis menuju ke Kangar. Kami jugak jumpa kuih ni. Namanya pulut sambal. Sedap. Capati Beseri. Setiap kali ke Perlis memang capati ni wajib. Dia punya capati tu sendiri yang memang sedap... Makan macam tu je pun dah sedap dah. Kami singgah jugak kat Empangan Timah Tasuh. Tempat ni memang best. Fav. Bersantai-santai di restoran sambil menikmati pemandangan dari empangan ni memang syok. Jangan tak tau, harga setiap hidangan dia amat berpatutan. Kalau biasa kita minum ice blended harga RM 10 ++ kan... Kalau kat Timah Tasuh cuma RM 6 sahaja.. Yang lain-lain tu macam tu la jugak... Tapi takde pulak gambar dia. Nasi kuning ni macam nasi lemak la, di makan waktu pagi. Nasi kuning ni di hidangkan dengan lauk ikan atau ayam.. Hahaha tapi yang menghairankan nasi dia sebenarnya tak color kuning pun.. Makan makanan di sana murah-murah berbanding dengan tempat tinggal kami. Ada sekali tu, lunch untuk 3 orang cuma RM 16.60.. Ha, murah tak? Syok sebenarnya Perlis ni... Boleh la melawat Muzium... Kilang simen di Chuping, feri di jeti Kuala Perlis, shopping di Padang Besar, meronda-ronda di Pekan Kaki Bukit, di Wang Kelian... Tapi Empangan Timah Tasuh memang terbaikkk Hahaha k lah... Takde ape nak cerita dah.. Babai... |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perlis - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment