Pau Halim popular di Perli... - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blog Makanan di Perlis |
Pau Halim popular di Perli... - Blog <b>Makanan di Perlis</b> Posted: 17 Oct 2014 01:34 AM PDT Oleh SHOLINA OSMAN Saadiah Omar dan anaknya, Raihanah Abdul Halim menunjukkan Pau Halim, yang menjadi kebanggaan mereka. SEBUT nama Pau Halim, sinonimnya, peminat kuih pau ini akan merujuk kepada seorang lelaki yang menjaja makanan ini dari rumah ke rumah dan juga pasar-pasar malam di sekitar Arau dan Kangar, Perlis, sejak di awal tahun 1980-an lagi. Tetapi tiada siapa yang tahu, siapa sebenarnya di sebalik tabir 'Pau Halim' sehingga berupaya menambat hati peminat kuih pau di Perlis sejak 34 tahun lalu malah masih gagah meneruskan khidmatnya sehingga ke hari ini. Pengorbanan Saadiah Omar, 62, di sebalik Pau Halim amat besar tetapi ibu kepada lima anak ini mengakui sangat pemalu ke hadapan untuk menjual kuih pau sebaliknya, minatnya hanya membuat kuih itu sahaja. Cerita Saadiah segala-galanya bermula dengan hasrat untuk membantu menambah pendapatan suaminya, Halim yang ketika itu cuma seorang buruh di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). "Saya nekad meminta arwah suami, Abdul Halim Jaafar untuk menemani saya ke rumah seorang saudara di Kuala Lumpur pada tahun 1980 hanya untuk belajar teknik membuat kuih pau untuk dipasarkan secara komersial,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belat Batu, Arau, Perlis baru-baru ini. Beritahu Saadiah, sebaik sahaja pulang mendalami ilmu membuat kuih pau itu dia mula membuat percubaan dengan meletakkan kuih tersebut untuk diletakkan di beberapa buah kedai makan di sekitar Arau dengan tiga jenis inti iaitu kaya, kacang merah dan ayam. "Dua bulan selepas itu saya mula nampak kuih pau yang dihasilkan sudah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai lalu mula berbincang dengan suami yang bersedia untuk memulakan jualan kuih pau panas dari rumah ke rumah selepas dia pulang dari kerja mulai pukul 5.30 petang,'' katanya. Beritahu Saadiah, pada peringkat permulaan dengan 100 biji kuih pau yang dijaja oleh arwah suaminya dengan menggunakan motosikal telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana jualan biasanya laris pada setiap hari. "Selepas enam bulan saya membeli sebuah van pick-up untuk digunakan oleh suami di mana dapat memuatkan sehingga 400 biji kuih pau dalam satu-satu masa dan semenjak itu Pau Halim semakin berjaya menambat hari pelanggan,'' katanya. Sehingga kini katanya, Pau Halim masih dihasilkan secara homemade serta tradisional termasuk proses mengisi inti kuih pau dilakukan oleh lapan pekerjanya dengan pengeluaran sebanyak 1,500 biji setiap hari. "Pau Halim juga bebas dari bahan pengawet juga dikukus dengan menggunakan peralatan pengukus daripada kayu,'' katanya. Bagaimanapun katanya, perniagaan Pau Halim mula berdepan dengan cabaran apabila arwah suaminya itu mulai sakit dan kemudian meninggal dunia pada tahun 2010. "Di saat ini saya perlu memikirkan cara untuk menukar cara jualan termasuk 'memaksa' anak ketiga, Raihanah yang ketika itu baru menamatkan pengajiaan diploma kejuruteraan di sebuah politeknik untuk membantu saya,'' katanya. Tertekan Raihanah, 32, mengakui, desakan ibu walaupun pada mulanya membuatkan dia rasa agak tertekan tetapi mengenangkan perniagaan keluarga itu sudah hilang tempat bergantung maka dia membatalkan hasratnya untuk bekerja makan gaji. Katanya, semenjak itu cara pasaran Pau Halim terpaksa diubah di mana pihaknya mula meletakkan set alat pengukus pau di 22 buah kedai-kedai pilihan di sekitar Kangar dan Arau untuk kemudahan kepada orang ramai menikmati pau ini panas-panas. Dia bernasib baik kerana adik bongsunya, Amar, 27, yang merupakan lulusan seni reka fesyen dari politeknik sanggup membantu perusahaan keluarga di mana bertugas untuk menghantar Pau Halim ke semua lokasi ini. Raihanah memberitahu, selepas secara kebetulan dia menggantikan tempat ibunya untuk mengikuti kursus dingin beku kuih tradisional anjuran MADA pada tahun 2011 juga telah membuka jalan untuknya mencubanya pada Pau Halim. "Ini memberikan pilihan untuk pelanggan Pau Halim untuk menikmatinya pada bila-bila masa dengan mudah,'' katanya. Dia juga mula mempromosikan menerusi Facebook (FB) Pau Halim supaya pelanggan dapat menempah secara online atau menghubunginya menerusi talian 013-4894700. Katanya, dia sendiri akan menghantar tempahan itu yang hanya dapat dilakukan di sekitar Perlis sahaja. Bagaimanapun katanya, ada juga pelanggan dari luar Perlis yang datang sendiri ke rumahnya untuk membeli secara pukal. Selain itu, katanya, pelanggan juga boleh mendapatkan Pau Halim dingin beku di Afdzal Frozen di Jalan Pengkalan Asam, Kangar dan kedai runcit di Lorong Harum Manis 3, Paya Kelubi, Beseri yang didatangkan dalam dua set iaitu enam dan 12 biji dalam tiga inti iaitu ayam, kaya dan kacang. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment