6c) <b>Makanan tradisional</b> - Blog Makanan <b>di Perlis</b> - Blogger - Blog Makanan di Perlis |
- 6c) <b>Makanan tradisional</b> - Blog Makanan <b>di Perlis</b> - Blogger
- 6c) <b>Makanan tradisional di</b> - Blog Makanan <b>di Perlis</b>
- Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger
6c) <b>Makanan tradisional</b> - Blog Makanan <b>di Perlis</b> - Blogger Posted: 16 Aug 2014 01:12 AM PDT 10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala LumpurBandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. Ia sememangnya merupakan kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara malah luar negara. Kebanyakannya bekerja di sini, ada juga yang belajar, berniaga dan tidak kurang juga yang melancong dan bersiar-siar. Dunia telah memperakukan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu pusat membeli-belah terkenal di dunia yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan. Selain itu, Kuala Lumpur dan Lembah Kelang turut menawarkan pelbagai makanan yang diilhamkan daripada resipi seluruh negara malah dari beberapa pelusuk dunia. Tidak boleh dinafikan bahawa makanan merupakan antara industri berskala besar di Kuala Lumpur yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Oleh itu, di sini disenaraikan 10 tempat makan meliputi pelbagai genre makanan yang dirasakan antara yang terbaik. Namun ia tidak berdasarkan "ranking".
Restoran Murni Bukit Jalil 41, Jalan 16/155C, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Bukit Jalil dan tiba-tiba terasa lapar, kini terdapat satu lagi pilihan tempat makan yang amat menyelerakan iaitu Restoran Murni. Sebenarnya Restoran Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama. Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini. Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera. Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain. Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan. Satu perkara yang menjadi buah mulut dikalangan pengunjung adalah perkhidmatannya yang boleh dianggap berkualiti kerana makanan disediakan dalam masa yang pantas. Layanan juga dikatakan kelas pertama. Bagi mereka yang benar-benar kelaparan, anda tidak perlu memesan makanan lebih kerana restoran ini menghidangkan dalam kuantiti yang banyak untuk setiap hidangan. Sekiranya anda tersesat atau sememangnya berada di kawasan Bukit Jalil, restoran ini boleh menjadi salah satu destinasi anda.
Restoran Alissara (Thai Cuisine) Cs23 Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, Puchong
Masakan Thai merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana saja. Restoran masakan Thai pula tumbuh bagai cendawan tidak kira di kota mahupun di desa. Ada yang berjaya menawan selera pelanggan malah ada juga yang suam-suam kuku. Di Puchong, Restoran Alissara Thai Cuisine boleh dianggap berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bermula lebih 6 tahun dulu di Puchong Perdana, ia berkembang menjadi sebuah restoran yang setanding dengan restoran Thai yang lain seperti Sabye Sabye Thai atau Seri Thai. Restoran ini adalah eksklusif untuk makanan Thai. Menunya meliputi hidangan ala carte berbentuk nasi, bihun, mee dan sebagainya. Tidak kurang juga menu lauk pauk seperti ikan kerapu masam manis, ikan siakap tiga rasa, pilihan aneka tomyam dan menu masakan seafood seperti kerang-kerangan, siput, lalah, udang serta sotong. Terdapat juga menu sayuran seperti kailan dan kangkung. Menurut pelanggan-pelaggan tetap restoran ini, makanan di sini mempunyai rasa Thai sebenar walaupun sedikit pedas. Cuma ada yang memilih sup perahu pecah dan kari hijau berbanding tomyam. Salah satu kelebihan yang sering disebut berkenaan restoran ini adalah kesegaran makanan lautnya samada ikan, udang, sotong, ketam mahupun apa saja. Tahap perkhidmatannya juga agak baik dan harganya walaupun tidak semurah warung tetapi masih menjimatkan berbanding restoran makanan Thai yang termasyhur. Tidak hairanlah jika restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dan menjadi pilihan utama. Ada yang menganggap Restoran Alissara ini adalah restoran makanan Thai terbaik di Puchong. Satay Willy Sungai Ramal Food Junction, Kajang
Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang. Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun di Sungai Ramal Food Junction, terdapat Satay Willy yang semakin mencipta nama. Beroperasi bermula sebelah petang, barisan beratur akan mula panjang selepas jam 6 petang dan mencapai kemuncak pada jam 8 malam. Sate yang dihidangkan di sini sangat 'juicy' dan lembut dan begitu mudah memikat selera siapa saja yang merasainya. Dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada 70 sen, ia pastinya berbaloi untuk dicuba. Gerai Satay Willy ini menawarkan aneka pilihan sate berserta set lengkapnya seperti timun dan bawang serta kuah yang pekat dan sedap. Juga terdapat lontong iaitu nasi impit berbalut daun pisang berbentuk lemang yang amat mengenyangkan. Keenakan Satay Willy ini dikatakan setaraf dengan satay Haji Samuri malah ada pelanggan yang tidak ragu-ragu mengatakan Satay Willy lebih sedap dan berbaloi. Oleh kerana kedudukannya di 'food junction' maka makanan lain turut terdapat daripada gerai yang lain untuk variasi. Minuman juga boleh dipesan dari mana-mana gerai minuman yang ada di situ. Mali's Corner Taman Bunga Raya, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur
Kuala Lumpur menjanjikan makanan yang terbaik walaupun berasal daripada tempat lain. Char kuey teow yang berasal daripada Pulau Pinang masih boleh dinikmati ketulenannya di Mali's Corner, Setapak. Melihat barisan yang panjang untuk memesan sudah cukup menggambarkan keenakan makanan tersebut. Tidak mungkin pelanggan sanggup beratur begitu panjang jika hidangannya tidak berbaloi. Mali's Corner Taman Bunga Raya ini selain menawarkan char kuey teow turut juga memiliki menu nasi lemak ayam goreng yang tidak kurang hebatnya. Rasa char kuey teow di sini amat sedap dan menyelerakan dengan kuah yang berperisa dan juga udang yang segar. Sambal nasi lemaknya sedikit manis tetapi masih lagi mampu mengecurkan liur dengan ayam berempah yang berperisa. Walaupun barisan menunggunya agak panjang, namun servis gerai ini amat baik kerana mereka memiliki pekerja yang ramai. Mali's Corner kini memiliki beberapa lagi cawangannya ditempat-tempat yang lain untuk memberikan rasa char kuey teow Pulau Pinang sebenar kepada penduduk Kuala Lumpur. Salah satu kelemahannya adalah pelanggan terpaksa beratur untuk char kuey teow, nasi lemak dan minuman. Ini bererti pelanggan yang keseorangan perlu beratur beberapa kali untuk mendapatkan sajian lengkap. Untuk lebih selesa mungkin anda boleh pergi ke cawangan di Petaling Jaya. Ianya di dalam kedai dan suasananya lebih menarik. Alamat cawangan di Petaling Jaya adalah di Jalan PJS 4/27a (Jalan PJS 2d/1), 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Restaurant Rosdet Tomyam 160, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur
Tomyam Kampung Baru, satu istilah yang amat sebati di kalangan penggemar-penggemar tomyam sekitar Kuala Lumpur dan juga di kalangan pengunjung-pemgunjung dari luar. Maka tidak hairanlah sekiranya restoran tomyam sekitar Kampung Baru sering dipenuhi pelanggan terutamanya pada musim cuti. Antara restoran yang memikat selera adalah Restoran Rosdet Tomyam yang terletak bersebelahan KL International Hotel. Tarikan tomyam restoran ini amat kuat sehingga ada pengunjung dari luar yang sanggup "check-in" di hotel KLI semata-mata kerana tomyam tersebut. Tomyam di sini boleh dipesan dalam pelbagai kombinasi samada tomyam ayam, daging, seafood, udang atau apa saja yang berkenan di hati. Kuahnya juga amat unik dan hanya boleh dirasai di restoran ini. Rasa tomyam yang pekat, pedas dan masam secukupnya membuatkan anda akan datang lagi tanpa berfikir panjang. Selain tomyam yang merupakan mercu tanda restoran ini, ia juga menghidangkan makanan laut yang enak serta juga masakan Thai yang boleh dikategorikan sebagai "excellent". Sup campur dan sup sayurnya juga berada dalam tahap memukau. Satu lagi menu yang kerapkali menambat selera pengunjung-pengunjung tetap adalah nasi bubur berlauk yang amat memuaskan. Jika anda memesan teh atau kopi halia di restoran ini, jangan terkejut sekiranya anda akan mendapat seketul halia segar di dalam minuman anda. Harga makanan di sini juga berpatutan kerana ia dihidangkan agak banyak. Oleh itu, ia adalah tempat makan keluarga yang paling sesuai. Persekitarannya juga amat bersih dan servisnya juga boleh dianggap baik jika dilihat kepada tahap kesibukan di restoran ini.
Warung Dusun Gearbox Persiaran Jaya (Seksyen 9), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Terdapat beberapa premis masakan sup di Lembah Kelang yang menawarkan sup daging, sup tulang dan sup ayam yang terbaik. Namun sup gearbox warung Dusun di Bangi ini tidak boleh ditandingi mana-mana sup yang lain. Sup tulang kaki atau gearbox di sini amat menyelerakan dan digemari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar. Supnya yang berperisa, daging yang lembut membalut tulang serta sum-sum dalam tulang yang amat sedap. Di sini, anda boleh melihat setiap meja pasti ada semangkuk besar sup gearbox lengkap dengan penyedut minuman untuk menyedut kuah dan sum-sum. Ada pengunjung yang menyedut hingga pening lalat. Lupakan seketika masalah lain kerana sup di sini memang terbaik untuk dinikmati. Bagi pelanggan yang tidak gemarkan sup, di sini juga terdapat makanan lain seperti mee, kueyteow, bihun malah nasi serta lauk pauk yang juga membuka selera. Ikan bakarnya juga tidak menghampakan. Terdapat ikan siakap, kembung dan bermacam-macam lagi tetapi rata-rata pengunjung memilih ikan pari bakar yang dianggap "marvellous". Tomyam di sini juga boleh dilabelkan sebagai antara yang terbaik. Persekitaran warung ini amat menyegarkan dan menarik kerana ia di kelilingi oleh gerai-gerai otak-otak, tauhu bakar dan ikan bakar serta bermacam-macam lagi juadah untuk dinikmati secara santai. Otak-otak di sini boleh diangkat setaraf dengan otak-otak Gelang Patah yang popular dari Johor tersebut. Ini juga adalah salah satu menu istmewa yang mesti dicuba di warung dusun bangi ini. Harganya, pastinya lebih murah berbanding restoran tomyam yang lain di sekitar Bangi. jadi sekiranya anda di Bangi atau dalam perjalanan melalui Bangi, amat wajar untuk singgah dan menikmati sup gearbox dan otak-otak di Warung ini.
Burger Bakar Abang Burn Dagang Avenue (Jalan B/3A, Taman Dagang), 68000 Ampang, Selangor
Burger, burger, burger. Antara menu yang paling popular di dunia. Hampir setiap individu di dunia tahu apa itu burger. Burger adalah antara sajian lengkap yang mempunyai karbohidrat, protein dan sayuran dalam satu hidangan yang sama malah boleh dikatakan dalam setiap gigitan. Malah ia adalah sajian yang ringkas, cepat dan mobil. Kini burger diinovasikan dalam pelbagai cara dan perisa mengikut selera masyarakat setempat. Di Malaysia ketika ini, burger bakar mula menjadi bualan dan amat digemari dimana saja. Burger Bakar Abang Burn merupakan salah satu perintis kepada fenomena ini. Kedai mereka di Ampang boleh dianggap ibu pejabat kepada lebih 19 cawangan yang beroperasi kini kerana di sinilah sejarah kedai burger ini bermula. Menurut penggemar-penggemar burger bakar, Abang Burn adalah penyaji burger bakar terbaik dalam kelasnya. Burger yang disajikan mempunyai patti daging yang lembut dan berjus dengan roti juga lembut dan berperisa. Ayamnya juga garing dengan isi yang basah dan berempah. Sosnya juga tak terlalu meleleh dan memintas selera. Setiap gigitan membuatkan kita seolah-olah melantun ke udara. Ditambah dengan sayuran yang segar dan bersih. Saiznya juga seimbang dan tidak keterlaluan. Pendek kata burger bakar Abang Burn ini hampir sempurna. Selain burgernya yang enak, kedai ini turut menyajikan meatball ala IKEA yang "outstanding". Hidangan ini juga boleh dianggap 'killer' di sini. Dagingnya begitu baik diperisakan dengan rempah ratus yang rahsia. Jika dimakan dalam kuahnya yang unik, sememangnya satu kombinasi yang terbaik. Harganya pastilah amat berbaloi dan servis yang pantas menyumbang kepada permintaan yang amat tinggi. Jika anda lambat, pasti terperangkap dalam barisan yang panjang. Boleh juga baca artikel kami Burger Bakar Abang Burn di Ramal Junction di sini.
IKEA Food Court@Mutiara Damansara No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
IKEA merupakan sebuah pasaraya perabot dari Sweden yang tidak asing dikalangan warga negara ini. Perabotnya yang moden dan ringkas menarik perhatian masyarakat Malaysia. Namun IKEA bukan saja pengeluar perabot yang baik tetapi juga menyajikan makanan yang baik. Di tingkat bawahnya, terdapat "food court" yang menghidangkan makanan ala Eropah yang popular. Menu di sini terdiri daripada savouri dan pencuci mulut yang amat enak. Ia juga dihidangkan dengan amat kreatif dan menarik. Terdapat kek ala Eropah (terutamanya Sweden), masakan salmon dan beberapa lagi menu Scandinavian yang enak-enak belaka. Daripada kebanyakan menu yang ditawarkan, paling popular semestinya "meatball" yang dihidangkan dalam sos yang tersendiri. Dikenali sebagai Swedish Meatball, ia merupakan "signature dish" di sini. Malah dianggap antara "meatball" terbaik di Lembah Kelang. Di mana-mana sahaja, pasti Swedish Meatball ini akan menjadi bandingan sekiranya membabitkan hidangan "meatball". Boleh dikatakan majority pelanggan ke "food court" ini malah pengunjung IKEA tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ini. Ada juga kalangan yang sengaja datang semata-mata untuk makan di "food court" ini. Untuk berlaku adil, makanan lain di sini juga tidak mengecewakan.
Restoran Nelayan Titiwangsa Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur
Taman Tasik Titiwangsa amat dikenali sejak dulu sebagai salah satu tempat pelancongan menarik untuk dilawati. Berhampiran taman ini juga terdapat beberapa tempat tarikan pelancong seperti Istana Budaya dan juga Galeri Seni Kebangsaan. Jika anda mahukan pemandangan indah berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, pastinya di sinilah tempat terbaik.
Satu tarikan utama sejak dulu di sini adalah Restoran Nelayan yang menghidangkan makanan laut serta masakan Melayu sejati dalam persekitaran yang nyaman seolah-olah terapung di atas tasik. Pada waktu tengahari, hidangan makanan laut ala melayunya amat memikat dihidangkan secara ala carte dan juga lunch buffet. Pada malamnya pula, restoran ini menghidangkan steamboat pada harga yang amat berpatutan. Walaupun ada yang berpandangan sup steamboat di sini sedikit pedas, namun masih antara yang terbaik di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Pilihan komponen steamboatnya tidaklah terlalu banyak dan bervariasi tetapi masih berbaloi dengan harganya yang murah. Selain steamboat, terdapat juga menu ala carte dan pencuci mulut tradisional yang menyelerakan. Restoran ini amat sesuai untuk perhimpunan keluarga atau pertemuan semula sesama sahabat kerana persekitarannya yang santai. Malah terdapat juga dewan yang besar untuk majlis-majlis keramaian ataupun makan malam syarikat. Kemudahan bersolat juga terdapat di sini bagi memastikan pelanggan tidak perlu risau dengan ketibaan waktu solat. Melihat persekitaran dan suasana di sini pada waktu malam, sangat terasa keharmonian dan menampakkan betapa gembira dan bahagianya pelanggan-pelanggan di sini. Jadi, bersiar-siar di Tasik Titiwangsa boleh dilengkapkan lagi dengan steamboat Restoran Nelayan ini. SABA Restaurant (Cyberjaya) 4800 Suite 0-2, G-Floor, Block A1 (Jalan Perdana), 63000 Cyberjaya, Selangor
Daripada sepuluh penggemar nasi Arab, lapan orang memilih nasi Arab Restoran Saba' Cyberjaya yang dianggap sebagai nasi Arab terbaik di Lembah Kelang. Makan di sini seolah-olah anda berada di Timur Tengah dengan menunya yang melambangkan keenakan makanan Arab. Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba bermula daripada Thanoush, Kebab, Khabshah, Mandy sehinggalah kepada Hanith yang boleh dipilih samada ayam atau kambing, semuanya menyelerakan. Pengunjung di sini tidak dapat bersatu memberikan saranan menu terbaik kerana semuanya boleh dianggap terbaik tetapi mereka bersatu menyatakan bahawa makanan di sini amat enak dan sangat terasa "arab"nya. Sungguhpun begitu, hidangan pencuci mulut seperti baklava dianggap biasa dan tidak setanding hidangan yang lain. Hidangannya pula adalah di dalam "portion" yang besar sehingga ada yang mencadangkan anda berkongsi pinggan. Ada sesetengah pelanggan menganggap kadar harganya agak tinggi terutamanya bagi menu kambing. Manakala daripada segi perkhidmatannya, menu panggang dikatakan mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 30 ke 40 minit untuk disiapkan. Walau apapun, kualiti masakan Arab di sini masih berbaloi untuk dicuba. Tempat-tempat makan yang disenaraikan di atas bukanlah muktamad dan kemungkinan masih banyak tempat yang lebih baik. Namun sedikit sebanyak ia boleh memberi gambaran kepada penduduk mahupun pengunjung dari luar untuk mendapatkan makanan terbaik di Kuala Lumpur mengikut selera dan lokasi masing-masing. Anda tidak perlu bimbang kerana Kuala Lumpur tidak pernah menghampakan untuk mendapatkan makanan terbaik yang berasal dari seluruh pelusuk Negara. Pendek kata, dari mana anda datang, apa saja yang anda idamkan, hanya perlukan sedikit kesungguhan mencarinya. Sumber : Saji |
6c) <b>Makanan tradisional di</b> - Blog Makanan <b>di Perlis</b> Posted: 10 Aug 2014 01:41 AM PDT Pin.. Pin.. bunyi hon sudah kedengaran, perlahan-lahan aku selak langsir bilik. Dari jendela kaca, kereta Victor tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah lagi, aku kembali menancap cermin lalu tudung yang senget ku perkemaskan, dan hujung fabrik kapas itu, ku pin ke kanan bahu. Puas hati dengan penampilan diri, beg tangan ku gapai dan kaki ku hayun keluar dari kamar. Sejurus mendekati muka pintu, sandal ku dapatkan dan daun pintu ku luaskan. "Sya, malam ni aku keluar kejap! Mungkin balik lambat. Apa-apa hal, call je aku okey." Pesan ku pada Syani yang sedang menonton tv. "Okey, Rina! Kau keluar dengan siapa?" Syani di atas sofa bertanya sambil anak mata masih tidak lepas memerhatikan kaca tv. "Dengan kawan aku! Aku pergi dulu tau!" "Iyalah, jaga diri!" sahutnya ringkas. "Okey Syani. Insyallah, bye!" "Bye, Rina!" Lalu daun pintu ku rapatkan semula. Sandal ku sarung dan kaki ku hayun mendekati pintu pagar. Victor sedang bersandar ke keretanya. "Hai Karina," ucapnya menyambut kedatangan aku. "Hai Victor," balas ku sambil memandang penampilannya yang agak formal! "Nak kemana? Ke.. you dari office?" soal ku hairan. "Err. Ha'a I dari office tadi!" gumamnya kedengaran teragak-agak sahaja nadanya. "Eh, masuklah!" Victor kelam kabut menuju ke pintu kereta di sebelah kiri. Dibuka dan dipersilakan aku masuk ke dalamnya. Aku hanya menurut tanpa banyak kata. "Terima kasih bukakan dan tutupkan pintu kereta untuk I." Ucap ku terharu dengan hati yang sudah kembang setaman. Pertama kali dilayani seperti ratu. Along kata, kalau mahu menjadi ratu, biarkan kita dilayani sebagai ratu. Ya, ketika ini aku persis ratu. Ah, seronoknya! "Small matter, Karina." Sahut Victor tenang mengundur kereta. Sesekali dia kerling aku yang hanya mengenakan jeans hitam dan juga jaket denim. "So, kita nak makan di mana?" soal ku sambil memandang ke tengah jalan raya. Tak banyak kereta. "You nak makan apa, dan di mana? I ikut saja," lelaki itu memberi kesempatan untuk aku memilih lokasi makan malam kami. Aku yang tidak cerewet, segera membalas ringkas. "Apa-apa pun boleh, kedai mamak pun okey!" balas ku bersahaja. Namun nada jawapan Victor, kedengaran tidak berapa mempersetujuinya. "Kedai mamak?" Victor menyoal persis dia tidak pernah kenal apa itu kedai mamak. Apa yang peliknya dengan kedai mamak? Kedai yang beroperasi 24 jam itu! "Yes, kedai mamak!" Ulang ku meyakinkan dirinya. "Errr... kita ke tempat lainlah. Boleh kan?" Victor menyoal persetujuan aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. "Boleh eh," pintanya dengan riak yang penuh mengharap dan aku akhirnya mengangguk juga. "Bolehlah, I tak kisah." Aju ku mententeramkan dia yang mungkin bosan untuk ke kedai mamak. Kereta terus dipecut membelah lebuhraya menuju ke satu destinasi yang tidak ku ketahui dimana lokasinya. Namun setibanya aku dikawasan meletak kenderaan itu, mata ku terpaku dengan kilauan lampu yang bergemerlapan. Cantik! "You boleh makan masakan cina?" soal Victor sebaik sahaja enjin kereta dimatikan. Aku menoleh ke arahnya, lelaki itu sedang menanggalkan tali pinggang keselamatan sebelum memandang ku sekilas. Dia tersenyum lagi. "I harap, you boleh terima masakan cina." Ajunya tenang. Aku hanya tersenyum lalu melafazkan sesuatu yang Victor harus tahu. "Victor, I boleh makan apa sahaja kecuali makanan pelik-pelik." Balas ku tersenyum nipis. "Baguslah, senanglah I gemukkan you nanti." gumamnya perlahan. "I tak mahu gemuk, nanti susah nak kurus tau." Sengih ku sudah tidak terbendung. "Iya, semua perempuan takut gemuk. I faham," ucap Victor tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. "Mestilah, produk menguruskan badan agak mahal tau. Rugi duit!" Ucap ku sambil menolak pintu kereta dari dalam. Victor pula tergesa-gesa keluar, pasti mahu membukakan pintu kereta untuk ku. Ah, tak payahlah! Mengada-ngada pula rasanya! "Baru nak bukakan pintu untuk you." gumam lelaki itu sebaik sahaja aku sudah menutup kembali pintu kereta. "Tak perlulah, Victor. I rasa terlalu gedik bila dilayan macam tu." Terang ku seikhlas hati. "Bukan ke semua perempuan suka dilayan macam tu?" Dahi lelaki itu berkerut lagi. Sah, dia telah dimomokkan cerita fairy tale. "Taklah, siapa cakap?" "Perempuan sukakan lelaki romantis? It is right?" Dia menyoal lagi dan aku menganguk sekali. "Memanglah, tapi romantis itu diharapkan dari pasangannya. Dari orang yang disayangi dan dicintai." Gumam ku menjawab pertanyaan Victor dengan sejelas-jelasnya. "Oh begitu," suara Victor perlahan namun aku lihat dia sembunyi senyum. Tak tahu kenapa dengan reaksi dia tu. "So, jomlah kita masuk." Pelawanya sambil menghulur tangan. Aku mendiamkan diri dan hanya memerhatikan tapak tangan yang halus mulus itu silih berganti dengan wajahnya. Aku harap Victor faham tentang adab-adab pergaulan. Aku tidak boleh bersentuhan dengan lelaki ajnabi. Lelaki yang bukan suami ku dan bukan juga mahramku. "Oppps... so sorry Karina. I terlupa lagi," ucapnya bersungguh-sungguh. Aku lihat dia urut dahinya, seolah-olah merasa cukup bersalah terhadap tindakannya. "It is okay Victor. Small matter," ujar ku mententeramkan dia yang dipagut rasa kesal. "Thanks Karina. Sorry, I betul-betul terlupa." "Takpe, I tak kisah, I faham!" Aku tahu dia tidak sedar akan hal itu. Victor bukan muslim, sudah tentulah dia terbiasa dengan cara yang sebegitu. Cuma aku yang muslim ini, haruslah beringat berjaga-jaga. "Come," serunya dan aku menurut. Kami melangkah masuk ke dalam restoran Cina Muslim. Pertama kali aku ke sini, dan pertama kali jugalah aku merasa masakan cina. "I harap you boleh makan masakan cina." Victor bersuara sebaik sahaja pesanan dibuat. "I cuba, Insyallah boleh. Kawan saya kata, masakan cina agak sedap." Ucap ku membuatkan Victor tersenyum panjang. Aku harus mempelajari budaya dan adat resam Victor andai aku mahu terus bersahabat dengannya. Jika dia boleh menikmati masakan melayu, kenapa tidak aku juga mencuba masakan bangsanya pula. Asalkan halal, itu sudah memadai. Ketika kami berbual, menu yang dipesan tiba. Satu persatu piring dan pinggan disusun di atas meja makan ku. Bulat mataku melihat pelbagai aneka warna. Mengiurkan! "Takut?" soal Victor saat melihat reaksi aku ketika ini. Aku angkat wajah menancap raut wajahnya. Kurang jelas dengan apa yang diperkatakannya seketika tadi. "Jangan risau, tak ada unsur 'haiwan comel' dalam menu ni!" gumamnya menerangkan bahawa tiada anasir-anasir tidak halal di dalam menu yang dipesan. Dengan makna lain, haiwan comel yang dimaksudkan adalah khinzir. Maaf, aku susah untuk menyebut nama haiwan itu, walau hakikat sebenar, ia langsung tidak bersalah dalam isu ini. Apatah lagi, khinzir adalah makhluk Tuhan juga! Dia layak dihormati tapi tetap haram dimakan kecuali ketika dalam keadaan darurat. Dimana, tiada makanan halal yang boleh dimakan lagi. Walaubagaimanapun, kelonggaran itu diberi atas dasar mengalas perut sehingga makanan halal betul-betul ditemui. "Don't worry Karina, semuanya halal!" Victor menyakinkan diriku. Tatkala ini, aku merasa sedikit keliru. Sejujurnya, aku sudah tidak sabar untuk menikmatinya, namun Victor yang melihat reaksi aku berfikir sebaliknya. Pasti dia memikirkan aku takut untuk menjamah! "Eh, I okey. I tak sabar nak makan!" Luah ku memperjelaskan kekeliruan sebentar tadi. "Really?" Dia teruja. "Yes, of course!" "I ingatkan, you takut nak makan! Muka you nampak macam orang takut-takut!" Ada tawa yang mengiringi bicaranya. "Eh, taklah! First time, mestilah I teruja! Bukan takut!" Nafiku ringkas. "Good girl! Okay, let's eat!" "Okey, jom!" "Tapi sebelum makan, biar I perkenalkan you dengan beberapa menu yang I suka. You pun mesti suka." Menu-menu yang dipesan kami perhatikan bersama-sama. "This is Baby Kailan Sos Tiram, Black Paper Ginger, Butter Prawn, and Chicken Lemon. You boleh try, I harap you suka." Ujar Victor lagi. "I tengok pun sudah menyelerakan, kalau rasa mesti tidak mengecewakan. So, jomlah makan! I tak sabar ni, Victor." Aju ku disambut senyuman lelaki itu dah akhirnya kami menjamu selera buat pertama kalinya semenjak kenal sebulan lepas. Sambil menikmati makan malam bersama, Victor tidak jemu-jemu menceritakan sedikit sebanyak susur galur keturunannya. Dari apa yang aku dengar, ibu Victor berasal daripada Filipina. Manakala, bapanya pula orang Malaysia yang berketurunan cina. Namun, dia dibesarkan oleh neneknya setelah kematian kedua ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya 15 tahun yang lepas. Daripada apa yang diceritakan juga, Victor tidak memeliki saudara-maranya yang lain. Hanya di Filipina sahaja, keturunan disebelah ibunya yang masih ada. Namun hubungan mereka tidak begitu rapat kerana jarang-jarang bertemu. Kata Victor lagi, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan sekarang adalah daripada nenek dan datuknya. Semenjak kecil lagi sudah didedahkan dengan dunia perniagaan dan sering kali juga dibawa menghadiri seminar, mesyuarat dan juga aktiviti luar syarikat. Oleh kerana sering kali terlibat secara tidak langsung, akhirnya minat meniaga itu muncul tanpa sedar. Dan kini, dia sudah bergelar CEO Dimension Holding Berhad. Cukup membanggakan! "Dah banyak cerita tentang I, you pula bagaimana?" Sambil menikmati jus buah, lelaki itu menyoal diri ku pula. "I?" aku unjuk diri sendiri dan Victor membalas dengan anggukan. "I anak bongsu dari dua orang adik beradik. I ada abang, yang tumbuk you hari tu. Ingat lagi tak?" soal ku padanya dan Victor terus sahaja ketawa kecil. Mestilah ingat, tak fasal-fasal ditumbuk along. Tragis sungguh! "Okey teruskan," gumamnya lagi. "I masih ada ayah dan masih ada ibu. Ayah I merupakan askar pencen, dan ibu I pula surirumah sepenuh masa. Mereka tinggal di Ipoh. Sebulan sekali, I akan balik melawat mereka. You nak ikut?" soal ku tiba-tiba. "Ikut you? Ulangnya semula sambil berfikir-fikir. "Yes, balik kampung I!" tawarku lagi. "Boleh juga, tapi you kenalah beritahu pada I awal-awal. Senang nak atur jadual, taklah bertcanggah nanti!" Terangnya lagi. "Okey, Insyallah nanti I aturkan. Oh ya, siang tadi you kata nak beritahu I sesuatu. Tentang apa ya?" Kerana teringatkan bicara Victor siang tadi, aku segera melepaskan pertanyaan kepadanya. "Actually, I cuma mahu.... Bripp.. Bripp... telefon bimbit ku bergetar dan aku segera memberi isyarat untuk menjawab panggilan. "Kejap tau!" gumam ku pdanya dan dia terus sahaja membalas dengan mengerdipkan matanya. "Hello Waalaikumusalam ayah. Rina sihat!" jawab ku pada pertanyaan ayah. Tiba-tiba sahaja ayah telefon aku, bagaikan ada perkara yang mustahak saja. "Balik? Bila?" soal ku bila ayah meminta aku pulang ke kampung. "Hujung minggu ni? Untuk apa yah?" aku masih tidak tahu tujuan apa ayah memanggil aku pulang. Sedangkan, minggu lepas barau sahaja aku pulang melawat mereka. "Ada orang masuk meminang!" Ulangku hampir terjerit. Victor yang masih berada di hadapan mata, ku pandang tanpa berkelip. Tetapi fokus ku masih pada panggilan yang masih berlangsung. "Okey Yah, nanti Rina balik." Aju ku lemah longlai. "Okey.. Okey, walaikumusalam." Sahut ku membalas ucapan salam ayah sebelum talian ditamatkan. Victor ku pandang dan dirinya ku renung dengan riak sedih. "Why? Anything happend?" soalnya serius. "Ayah I kata, ada orang masuk meminang hujung minggu ni. I kena balik," gumam ku tiba-tiba dipagut rasa sebak. Tak tahu kenapa. "Baliklah, mana tahu you pun sukakan lelaki tu?" Itu jawapan Victor yang membuatkan kesedihan ku bertambah-tambah. Bukan nak halang ke apa, dia galakkan lagi adalah! "I belum bersedia, dan kalau boleh I mahu pilih calon suami sendiri." Tukas ku menerangkan duduk perkara sebenar. "Tapi, you kena balik. Kalau you tak setuju, just tolak pinangan dia. Kalau seseorang masuk meminang, tak semestinya you harus terima! Pinangan lelaki tu, bukan pinangan mandatori yang you wajib terima. You boleh tolak, atau kalau you suka you boleh terima." Victor memberi pandangan. Kali ini dia kelihatan bertegas namun masih ada karismanya. Masih budiman pada pandangan mataku. "Betul juga kata you tu, tapi kalau I tak ada boyfriend pasti ayah I paksa terima pilihannya." Aku sudah bimbang mengenangkan masa hadapan sendiri. Hidup di sisi insan yang tak pernah dikenali. "You perlukan bantuan?" Victor menyoal dan aku bungkam seketika. Tidak lama kemudian, idea gila ku muncul dengan tiba-tiba. Aku harus membawa Victor pulang dan meminta agar dirinya berlakon sebagai kekasih aku. "Victor, you boleh tolong I?" soal ku berhati-hati. "Tolong you?" dia ulang semula dan aku mengangguk laju. "Tolong apa?" "Tolong jadi boyfriend I buat sementara waktu." "Jadi boyfriend you? Berapa lama?" "Dua hari sepanjang di rumah parents I nanti." "Quite good! Bila boleh mula?" Laju sahaja Victor bersetuju. "Hujung minggu ni, tapi you kena ikut I balik ke kampung dan identiti you kena tukar. Boleh tak?" aku menyoal kesudiannya lagi. "Boleh, apa-apa pun I sanggup demi you!" Ujar dia sudah ketawa mengusik. "Thanks Victor, susah jumpa lelaki sebaik you. Sudi tolong I dalam apa jua keadaan!" "Okey, apa nama melayu I sepanjang menjadi kekasih you nanti?" Victor sudah berfikir jauh ke hadapan. Aku diam sejenak, memikirkan nama yang baik-baik untuk Victor. "Ha, I dah jumpa!" ujar ku dengan hati gembira. "Hurm?" Victor meminta agar aku meneruskan bicara. "Hanan!" "Maksudnya?" "Kesayangan, kecintaan, rezeki dan berkah!" ucap ku untuk makna disebalik sepatah nama. "Wahh.. not bad! So lepas ni, you panggil I Hanan, ya?" Victor kelihatan teruja. "Kalau boleh, begitulah." Jawab ku bersama senyuman. Senyum kerana segala-galanya ada pada diri Victor. Dia seorang yang penyayang, penuh dengan rasa cinta dan rezeki, cuma hanya memerlukan berkah untuk menyinari hidupnya kelak. Moga suatu hari nanti, terbuka hati itu untuk menerima cahaya Islam pada dirinya. kepada yg mahu dapatkan Plaster Cinta Untuk Bos.. boleh Pm nama , alamat & no telefon kepada alamat email saya. ahn3914@gmail.com pesanan: Assalammualaikum. n salam sejahtera. terima kasih sudi baca Yang Budiman bab 4. Saya langkau dan masukkan bab 3 di blog. Bab 1 & 2, xde ya :) |
Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger Posted: 15 Aug 2014 01:10 AM PDT 'Kepelbagaian' merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu. Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda. Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam. Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis. Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor. Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina. Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina. Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja. Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain. Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain. Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya. Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala. Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung. Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang. Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya. Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel. Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng. Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain. Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi. Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung. Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita. Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung. Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Nasi kandar mengekalkan nama 'kandar' ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia. Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment