Sunday, 28 September 2014

Pau Halim popular di Perlis - Utusan Online - Blog Makanan di Perlis

Pau Halim popular <b>di Perlis</b> - Utusan Online - Blog Makanan di Perlis

Pau Halim popular <b>di Perlis</b> - Utusan Online

Posted: 26 Sep 2014 12:32 AM PDT

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar MOHD. IQBAL ROSLI

Saadiah Omar dan anaknya, Raihanah Abdul Halim menunjukkan Pau Halim, yang menjadi kebanggaan mereka.

SEBUT nama Pau Halim, sinonimnya, peminat kuih pau ini akan merujuk kepada seorang lelaki yang menjaja makanan ini dari rumah ke rumah dan juga pasar-pasar malam di sekitar Arau dan Kangar, Perlis, sejak di awal tahun 1980-an lagi.

Tetapi tiada siapa yang tahu, siapa sebenarnya di sebalik tabir 'Pau Halim' sehingga berupaya menambat hati peminat kuih pau di Perlis sejak 34 tahun lalu malah masih gagah meneruskan khidmatnya sehingga ke hari ini.

Pengorbanan Saadiah Omar, 62, di sebalik Pau Halim amat besar tetapi ibu kepada lima anak ini mengakui sangat pemalu ke hadapan untuk menjual kuih pau sebaliknya, minatnya hanya membuat kuih itu sahaja.

Cerita Saadiah segala-galanya bermula dengan hasrat untuk membantu menambah pendapatan suaminya, Halim yang ketika itu cuma seorang buruh di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

"Saya nekad meminta arwah suami, Abdul Halim Jaafar untuk menemani saya ke rumah seorang saudara di Kuala Lumpur pada tahun 1980 hanya untuk belajar teknik membuat kuih pau untuk dipasarkan secara komersial,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belat Batu, Arau, Perlis baru-baru ini.

Beritahu Saadiah, sebaik sahaja pulang mendalami ilmu membuat kuih pau itu dia mula membuat percubaan dengan meletakkan kuih tersebut untuk diletakkan di beberapa buah kedai makan di sekitar Arau dengan tiga jenis inti iaitu kaya, kacang merah dan ayam.

"Dua bulan selepas itu saya mula nampak kuih pau yang dihasilkan sudah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai lalu mula berbincang dengan suami yang bersedia untuk memulakan jualan kuih pau panas dari rumah ke rumah selepas dia pulang dari kerja mulai pukul 5.30 petang,'' katanya.

Beritahu Saadiah, pada peringkat permulaan dengan 100 biji kuih pau yang dijaja oleh arwah suaminya dengan menggunakan motosikal telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana jualan biasanya laris pada setiap hari.

"Selepas enam bulan saya membeli sebuah van pick-up untuk digunakan oleh suami di mana dapat memuatkan sehingga 400 biji kuih pau dalam satu-satu masa dan semenjak itu Pau Halim semakin berjaya menambat hari pelanggan,'' katanya.

Sehingga kini katanya, Pau Halim masih dihasilkan secara homemade serta tradisional termasuk proses mengisi inti kuih pau dilakukan oleh lapan pekerjanya dengan pengeluaran sebanyak 1,500 biji setiap hari.

"Pau Halim juga bebas dari bahan pengawet juga dikukus dengan menggunakan peralatan pengukus daripada kayu,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, perniagaan Pau Halim mula berdepan dengan cabaran apabila arwah suaminya itu mulai sakit dan kemudian meninggal dunia pada tahun 2010.

"Di saat ini saya perlu memikirkan cara untuk menukar cara jualan termasuk 'memaksa' anak ketiga, Raihanah yang ketika itu baru menamatkan pengajiaan diploma kejuruteraan di sebuah politeknik untuk membantu saya,'' katanya.

Tertekan

Raihanah, 32, mengakui, desakan ibu walaupun pada mulanya membuatkan dia rasa agak tertekan tetapi mengenangkan perniagaan keluarga itu sudah hilang tempat bergantung maka dia membatalkan hasratnya untuk bekerja makan gaji.

Katanya, semenjak itu cara pasaran Pau Halim terpaksa diubah di mana pihaknya mula meletakkan set alat pengukus pau di 22 buah kedai-kedai pilihan di sekitar Kangar dan Arau untuk kemudahan kepada orang ramai menikmati pau ini panas-panas.

Dia bernasib baik kerana adik bongsunya, Amar, 27, yang merupakan lulusan seni reka fesyen dari politeknik sanggup membantu perusahaan keluarga di mana bertugas untuk menghantar Pau Halim ke semua lokasi ini.

Raihanah memberitahu, selepas secara kebetulan dia menggantikan tempat ibunya untuk mengikuti kursus dingin beku kuih tradisional anjuran MADA pada tahun 2011 juga telah membuka jalan untuknya mencubanya pada Pau Halim.

"Ini memberikan pilihan untuk pelanggan Pau Halim untuk menikmatinya pada bila-bila masa dengan mudah,'' katanya.

Dia juga mula mempromosikan menerusi Facebook (FB) Pau Halim supaya pelanggan dapat menempah secara online atau menghubunginya menerusi talian 013-4894700.

Katanya, dia sendiri akan menghantar tempahan itu yang hanya dapat dilakukan di sekitar Perlis sahaja.

Bagaimanapun katanya, ada juga pelanggan dari luar Perlis yang datang sendiri ke rumahnya untuk membeli secara pukal. Selain itu, katanya, pelanggan juga boleh mendapatkan Pau Halim dingin beku di Afdzal Frozen di Jalan Pengkalan Asam, Kangar dan kedai runcit di Lorong Harum Manis 3, Paya Kelubi, Beseri yang didatangkan dalam dua set iaitu enam dan 12 biji dalam tiga inti iaitu ayam, kaya dan kacang.

Friday, 26 September 2014

Blog Makanan di Perlis: 12b) Makanan pelik di Putrajaya - Blog ... - Blog Makanan di Perlis

Blog Makanan <b>di Perlis</b>: 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog <b>...</b> - Blog Makanan di Perlis

Blog Makanan <b>di Perlis</b>: 12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2014 01:42 PM PDT

Pagi Ahad, 19 Januari. Hari kedua saya di Tawau. Dua panggilan Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Husain, tidak sempat dijawab. Sejak awal pagi, kami agak terkejar-kejar membuat tinjauan ringkas, menyelongkar isu-isu rakyat di lapangan, yang belum didedahkan secara menyeluruh oleh media.

Saya dan wartawan Arif Atan tiba agak lewat di lokasi, Pasti Nurul Hannani, Jalan Kuhara. (Rupanya Pasti di Tawau -- antara yang terbaik pengurusannya di Malaysia -- mendapat sambutan hebat ibu bapa, termasuk keluarga penyokong dan pemimpin Umno).  Pengarang Berita, Wan Nordin Wan Yaacob sampai lebih awal. Majlis jamuan dan meraikan bekas tahanan ISA, bertempat sudah bermula.

Saya terpaksa berhati-hati menuruni cerun di jalan masuk depan Pasti.  Dua anak muda dengan sopan cuba memapah saya. Terasa macam orang tua kurang upaya!

Bekas tahanan dua kali dikurung di Kamunting, Ustaz Nazri Dollah, baru memulakan ucapan, menekankan teladan unggul Rasulullah s.a.w. Saya perlu meredakan kepenatan di barisan kerusi paling belakang sebelum bersama Nazri dan Mohamad di atas pentas,

Wajah jernih anak-anak kecil yang pernah berkunjung ke Pejabat Harakah menggamit perhatian saya. Begitu juga para isteri yang dulunya berwajah suram. Sekilas, saya dapat mengesan mereka kini dalam mood berbeda. Alhamdulillah.

Memang kunjungan kali ini bukan lagi waktu untuk berduka atau bercerita kisah sedih. Sebaliknya tanda simbolik menguburkan akta rimba penuh kezaliman yang memisahkan keluarga pejuang. Dan turut mahu dibenamkan ialah ketakburan elit penguasa serta kesombongan pencacai, khususnya anggota Cawangan Khas (SB).

"Saya kira selepas ISA dimansuhkan dua tahun lalu dan semua tahanan dibebaskan minggu lepas, maka ini mungkin kunjungan terakhir ke Tawau, ditambah pula keuzuran badan," ujar saya dalam mukadimah forum  membariskan bekas tahanan berkongsi pengalaman.

"Rupanya, tidak. Dan saya terlewat sampai ini pun kerana terpaksa menyusun jadual melihat sendiri banyak projek sakit dan isu-isu rakyat di Tawau, seperti penyelewengan pembinaan Sekolah Menengah Titingan, dan paling mengejutkan insiden batu besar kuari meranapkan 12 rumah di Kampung Tanjung Batu Kukusan. Dahsyat sungguh!

"Insya-Allah, walaupun ISA sudah berkubur, saya dan rakan-rakan Harakah akan datang lagi ke Tawau," kata saya, disambut ketawa kecil hadirin.

Seawal pagi hujung minggu itu (walaupun sudah dianggap lewat dalam kiraan jam di Sabah) kami menjejaki projek pembinaan Sek Men Kebangsaan Titingan, Tawau, yang hampir siap dan sepatutnya sudah mula beroperasi tahun lalu.

Malam sebelumnya, kami dibawa menikmati juadah makanan laut yang segar dan enak, di sebuah restoran berdekatan, Sri Titingan, memaksa saya melanggar diet diabetis, jantung dan kegagalan buah pinggang.

Saya perhatikan kawasan sekolah dipagar sepenuhnya. Kami ditemani Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, juga Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah. Ahmad yang murah dengan senyuman dan kerap berjenaka itu seperti keberatan membenarkan saya menyelit melalui "lorong tikus". Saya terpaksa mengempiskan perut dan menahan nafas untuk meloloskan diri.

"Dah jauh ke sini, haji, takkan tersekat nak masuk ke dalam, kot," saya bersuara perlahan, ketawa kecil, sambil bertongkat mengimbangi badan agar tidak tersepit. Saya lebih risaukan benda-benda tajam yang boleh melukakan dan berisiko tinggi kepada pengidap diabetik.

Memang mengejutkan. Bangunan sekolah yang menelan kos RM40 juta itu boleh dikatakan siap sepenuhnya tetapi kini terbiar sepi. Lalang hampir separas pinggang.

Banyak peralatan, termasuk pendingin hawa telah dicuri. Hatta pintu dewan besar pun tanggal, lesap. Apatah lagi jeriji besi yang boleh dijual di pasaran gelap dengan mudah.

Pelik bin ajaib juga memikirkan punca masalah bagaimana bangunan sekolah yang siap tidak dapat dimanfaatkan. (Tapi, bukankah tiada yang aneh di negara tercinta ini, segalanya serba mungkin dan tiada yang mustahil, 'kan?)

(Gambar:Tersepit semasa menyelit melalui "lorong tikus" untuk meninjau pembinaan sekolah menengah titingan, tawau, yang menyimpan penuh misteri ... Sekolah ini sepatutnya sudah boleh digunakan tahun lepas tetapi kini naik semak samun dan dipagar rapat.)

Difahamkan tiada jalan masuk ke sekolah baru ini. Soalnya, bagaimana projek boleh diluluskan tanpa dibereskan kemudahan paling asas terlebih dahulu? Mungkinkah -- untuk kesekian kali -- rasuah atau elemen seumpamanya. sepertimana pernah menyebabkan banyak lagi projek sebelum ini terbengkalai atau roboh kemudiannya, terutama di bawah Kementerian Pendidikan?

Soalan-soalan itu sebenarnya tidak lagi menimbulkan tandatanya, malah sudah ada jawapan "sejak azali" lagi! Ya, pemerintahan Umno-BN tidak dapat dicerai-tanggal daripada korupsi, kronisme, salahguna kuasa atau sekurang-kurangnya pembaziran melampau.

Lebih aneh lagi apabila khabarnya Putrajaya telah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sudah berpindah ke sekolah baru itu.

Belum lega dengan kejutan itu, kami dibawa ke sekolah tumpang, di kawasan setinggan berhampiran, yang terpaksa menampung pelajar sekolah terbengkalai tersebut. Melihat situasi di sekeliling, saya dapat membayangkan risiko tinggi yang menunggu, antaranya banjir dan kebakaran.

Sementara menunggu hidangan juadah nasi Arab di majlis meraikan bekas tahanan ISA, seorang guru membisikkan kepada saya: "Bukan hanya sekolah Titingan yang terbengkalai, banyak lagi projek sakit di Tawau ini." Dia menyebut nama dua sekolah menengah itu, Kubota dan Kinabutan, yang kemudiannya kami lawati esok hari, bersama Mohamad Husain.

Secara peribadi saya tidak begitu kaget dengan perkampungan setinggan atau penempatan di atas air di Tawau. Semasa di Sandakan beberapa bulan lalu, saya perhatikan situasi di sana lebih sesak dan menyedihkan. Begitu juga dengan keadaan anak-anak kecil yang berkeliaran di pasar.

Saya lebih terdorong dan rasa bertanggungjawab untuk mengangkat isu kuari di Kampung Kukusan.
Melihat sendiri bongkah batu sebesar rumah, yang meranapkan 12 kediaman, cukup menggerunkan.

Berdepan "lembaga" batu sebesar itu, yang jatuh bagaikan peluru selepas puncak bukit diletupkan, pada April 2013, saya bukan saja terkejut tetapi sekali gus api kemarahan memuncak.

Bukankah aktiviti pengkuarian terpaksa melalui prosedur yang cukup ketat, khususnya daripada Jabatan Alam Sekitar, yang memerlukan laporan EIA dan persiapan kawalan risiko kecemasan yang diluluskan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pihak polis?

Bukan saja impak gegaran, bau, bunyi bising dan habuk yang diambil berat, malah prioriti paling atas adalah aspek keselamatan, bukan hanya terhad kepada manusia tetapi juga binatang.

(Gambar:Nah! Inilah bongkah batu yang mengelongsor jatuh dari atas bukit di Kg Kukusan, Tawau, menghempap 11 rumah ...)

Difahamkan kawasan kuari juga hendaklah dilanskap dengan tumbungan rendang yang dapat menghalang pandangan visual penduduk terdekat. Selain itu, operasi kuari hendaklah dihentikan serta merta jika terdapat sebarang aduan pencemarfan atau gegaran atau batu terbang (flyrock) daripada penduduk sekitar.
Dan sebagai rakyat biasa, saya rasa terhina dengan sikap rakus dan memandang rendah keselamatan orang awam, konspirasi ahli perniagaan tamak bersama elit pemerintah takbur.
Sama sekali anda tidak boleh mempercayainya apabila letupan kuari sedahsyat itu, yang memuntahkan bongkah batu pejal yang masih tersergam, namun ia masih belum berjaya menghentikan operasinya.

"Inilah bukti kerja jahat kapitalis rakus yang mahu mengorek segala khazanah bumi tanpa menghiraukan keselamatan orang awam," Arif Atan meluahkan rasa hati semasa kami masih berkereta menuju jalan masuk ke Kg Kukusan atau lebih popular dengan sebutan Besi Buruk.

(gambar:Kg Kukusan, Tawau, 19 Januari 2013, projek peletupan batu kuari yang langsung tidak mengendahkan keselamatan orang kampung .. 11 rumah hancur dilenyek batu sebesar itu ... Dan lebih mengejutkan semasa saya berkunjung ke lokasi, masih ada gegaran kuat daripada pemecahan batu di atas bukit sana ...)

"Rasuah dan korupsi akan menghanguskan segalanya," pintas saya. "Dan inilah peranan media bebas seperti Harakah. Kita harus turun selalu ke Sabah. Banyak cerita misteri yang belum kita borek tersimpan di sini," saya seakan berkhutbah.

Dari bawah, saya mendengar dengan jelas gegaran di atas bukit, dan melihat kilauan pancaran cahaya daripada mesin pengorek yang terus digerakkan.

Malah, seorang wanita, penduduk kampung, menunjukkan salinan pemberitahuan, bertarikh 20 Januari 2014, daripada pengurusan Kukusan Kuari Tawau bahawa "peletupan bom batu" akan dijalankan pada jam 1.30 petang, 21 Januari.

Petaka apa yang masih ditunggu, bukan saja untuk menghentikan serta merta operasi kuari itu, tetapi juga untuk membentuk satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti akar kepada kejadian ngeri yang masih menghantui penduduk itu?

Selama tiga hari di Tawau, saya cukup terkesan dengan personaliti hebat rakan-rakan PAS, tidak terkecuali Muslimat, yang banyak membantu dan ringan tulang, termasuk bersama isteri saya, Siti Hawa Samsam menyediakan juadah nasi Arab untuk jamuan meraikan bekas tahanan ISA.

Dan saya tentu sekali tidak dapat melupakan sosok tubuh "Uncle Jefferey", 68, atau nama sebenar Kideng ak Benang, seorang lelaki Iban yang tabah dan cekal. Ungkapan kata yang dituturkannya cukup menarik dan membekas. Beliau bijak menyusun madah dan mampu membangkitkan semangat.

Bertemu mata dengannya, mencuri masa kerja beliau sebagai pengawal keselamatan selepas dipaksa meninggalkan kerjaya sebagai petani berjaya, dan berbicara tentang kemusnahan kawasan bercucuk tanam  dan penempatan yang diterokainya sejak 1978, begitu menyentuh hati.

Satu lagi testimoni tentang kerakusan pemerintah merampas tanah yang diusahakan titik peluh rakyat. Saya rasa terkilan kerana tidak sempat mengunjungi kampungnya bagi menyaksikan sendiri proses kezaliman yang tidak pernah terhenti.

"Bukankah pelik apabila kita, manusia, sebagai makhluk Tuhan yang paling indah telah diusir lebih hina berbanding binatang.

"Saya sendiri pernah katakan kepada pihak perhutanan Sabah, gajah, dan binatang liar dalam hutan kamu jaga, pelihara. Sedangkan manusia seperti kami dan sama seperti kamu juga, ciptaan Tuhan yang begitu indah, tapi tidak difikirkan hak sesama manusia, diusir tanpa memberi pilihan," ujarnya lembut tetapi nampak tegas.

Jefferey seterusnya menceritakan perancangan beliau dan rakan-rakannya untuk kembali ke kawasan penempatan mereka yang telah dimusnah dan dirampas: ""Kami akan kembali ke sana 10 April ini. Setiap tahun sejak empat tahun lalu kami berdoa di sana.

"Saya minta kepada Tuhan supaya Tuhan memberi kebijaksanaan, melembutkan hati mereka agar mengembalikan hak rakyat yang mereka rampas. Langkah saya tidak terhenti begitu saja. Setiap tahun kami berdoa begitu. Perjuangan kami belum selesai," tambahnya penuh yakin. Benar, saya tidak perlu menunggu lama untuk mengkagumi watak lelaki ini.

Ikuti kisah menarik Jefferey, bekas ketua cawangan Umno dan seorang yang boleh dianggap bertaraf paderi, juga pelanggan tetap Harakah yang tidak pernah absen mengikuti ruangan kuliah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abdul Hadi Awang, dalam Harakah akan datang.

12b) <b>Makanan pelik di</b> - Blog Makanan <b>di Perlis</b>

Posted: 18 Aug 2014 11:22 PM PDT

Dunia dikejutkan apabila tersebarnya berita menerusi internet dan email yang mengatakan sesetengah orang China sanggup memakan bayi.

Memetik laporan The Seoul Times, mereka mengesahkan berita tersebut merupakan fakta apabila menerima beberapa keping gambar yang menunjukkan embrio dan janin bayi dijadikan sup sebagai hidangan kepada manusia.

Wilayah selatan Canton, Guangdong menjadi fokus utama apabila penduduk di sana menikmati sup herba bayi atas alasan ingin meningkatkan tahap kesihatan serta bertenaga sewaktu mengadakan hubungan seks.

Kali ini, sepasang suami isteri yang telah mempunyai dua orang anak gadis sanggup untuk menggugurkan kandungan berusia 5 bulan kerana mengetahui kandungan kali ketiga itu juga adalah perempuan.

Menurut sumber, bayi yang hampir dilahirkan dan mati secara semula jadi mencecah ¥2000. Manakala janin yang digugurkan pula berharga ratusan Yuan. Menurut wartawan tempatan, isu tersebut semakin serius apabila penduduk China amat mementingkan kesihatan serta pengaktifan polisi seorang anak dalam sebuah keluarga.

Bukan itu sahaja, The Next Magazine, sebuah majalah mingguan terbitan Hong Kong mendedahkan, janin dianggap satu makanan tambahan kesihatan dan kecantikan terbaru di China. Tambah mengejutkan apabila sumber memberitahu anggota badan manusia juga boleh dibeli di hospital.

Dalam temubual The Next Magazine dengan salah seorang ahli perniagaan Taiwan, Ms Liu, tujuan dia mengambil 'makanan' tersebut kerana atas kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatannya.

Tambah Liu, walaupun janin manusia mampu dibeli oleh ramai orang, namun, masih ada senarai menunggu 'waiting list' yang demi mendapatkan janin yang berkualiti.Menurutnya lagi, janin yang berkualiti adalah janin yang lebih matang serta janin bayi lelaki dimana ia disifatkan sebagai 'prime human part'.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa kes penyeludupan bayi di China yang berkemungkinan besar dijadikan sebagai sumber makanan kesihatan kepada mereka.

Pihak polis juga pernah menjumpai mayat bayi di dalam sebuah tong sampah yang mengandungi dua badan, empat tangan, dan enam kaki. Mengikut laporan siasatan, anggota badan mayat itu masih lagi baru dan dipercayai diceraikan selepas dimasak.

Kenapa ada segelintir golongan manusia yang sanggup melakukan sebegitu tanpa rasa bersalah?Selepas berlakunya Revolusi Budaya Mao, tahap kemanusiaan serta moral dalam kalangan penduduk di China semakin menurun.

Pada masa yang sama, dominasi Rejim Komunis Cina telah menyebabkan perlakuan dan percanggahan hak asasi manusia berada di tahap tidak normal seperti yang terjadi,kanibalisme. ~mynewshub

Pssttt......
Kaum cina di China memang kejam dan zalim, di Malaysia macam mana pulak?

Wednesday, 24 September 2014

6c) Makanan tradisional - Blog Makanan di Perlis - Blogger - Blog Makanan di Perlis

6c) Makanan tradisional - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger - Blog Makanan di Perlis

6c) Makanan tradisional - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger

Posted: 16 Aug 2014 01:12 AM PDT

Share Button

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Bandaraya Kuala Lumpur  dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. Ia sememangnya merupakan kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara malah luar negara. Kebanyakannya bekerja di sini, ada juga yang belajar, berniaga dan tidak kurang juga yang melancong dan bersiar-siar. Dunia telah memperakukan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu pusat membeli-belah terkenal di dunia yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.

Selain itu, Kuala Lumpur dan Lembah Kelang turut menawarkan pelbagai makanan yang diilhamkan daripada resipi seluruh negara malah dari beberapa pelusuk dunia. Tidak boleh dinafikan bahawa makanan merupakan antara industri berskala besar di Kuala Lumpur yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Oleh itu, di sini disenaraikan 10 tempat makan meliputi pelbagai genre makanan yang dirasakan antara yang terbaik. Namun ia tidak berdasarkan "ranking".

Restoran Murni Bukit Jalil

41, Jalan 16/155C, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Bukit Jalil dan tiba-tiba terasa lapar, kini terdapat satu lagi pilihan tempat makan yang amat menyelerakan iaitu Restoran Murni. Sebenarnya Restoran Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama.

Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini.

Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera.  Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain.

Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Satu perkara yang menjadi buah mulut dikalangan pengunjung adalah perkhidmatannya yang boleh dianggap berkualiti kerana makanan disediakan dalam masa yang pantas. Layanan juga dikatakan kelas pertama. Bagi mereka yang benar-benar kelaparan, anda tidak perlu memesan makanan lebih kerana restoran ini menghidangkan dalam kuantiti yang banyak untuk setiap hidangan.

Sekiranya anda tersesat atau sememangnya berada di kawasan Bukit Jalil, restoran ini boleh menjadi salah satu destinasi anda.

  Restoran Alissara (Thai Cuisine)

Cs23 Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, Puchong

Masakan Thai merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana saja. Restoran masakan Thai pula tumbuh bagai cendawan tidak kira di kota mahupun di desa. Ada yang berjaya menawan selera pelanggan malah ada juga yang suam-suam kuku.

Di Puchong, Restoran Alissara Thai Cuisine boleh dianggap berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bermula lebih 6 tahun dulu di Puchong Perdana, ia berkembang menjadi sebuah restoran yang setanding dengan restoran Thai yang lain seperti Sabye Sabye Thai atau Seri Thai. Restoran ini adalah eksklusif untuk makanan Thai.

Menunya meliputi hidangan ala carte berbentuk nasi, bihun, mee dan sebagainya. Tidak kurang juga menu lauk pauk seperti ikan kerapu masam manis, ikan siakap tiga rasa, pilihan aneka tomyam dan menu masakan seafood seperti kerang-kerangan, siput, lalah, udang serta sotong. Terdapat juga menu sayuran seperti kailan dan kangkung. Menurut pelanggan-pelaggan tetap restoran ini, makanan di sini mempunyai rasa Thai sebenar walaupun sedikit pedas. Cuma ada yang memilih sup perahu pecah dan kari hijau berbanding tomyam.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Salah satu kelebihan yang sering disebut berkenaan restoran ini adalah kesegaran makanan lautnya samada ikan, udang, sotong, ketam mahupun apa saja.

Tahap perkhidmatannya juga agak baik dan harganya walaupun tidak semurah warung tetapi masih menjimatkan berbanding restoran makanan Thai yang termasyhur. Tidak hairanlah jika restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dan menjadi pilihan utama. Ada yang menganggap Restoran Alissara ini adalah restoran makanan Thai terbaik di Puchong.

Satay Willy

Sungai Ramal Food Junction, Kajang

Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang. Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun di Sungai Ramal Food Junction, terdapat Satay Willy yang semakin mencipta nama.

Beroperasi bermula sebelah petang, barisan beratur akan mula panjang selepas jam 6 petang dan mencapai kemuncak pada jam 8 malam. Sate yang dihidangkan di sini sangat 'juicy' dan lembut dan begitu mudah memikat selera siapa saja yang merasainya.  Dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada 70 sen, ia pastinya berbaloi untuk dicuba.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Gerai Satay Willy ini menawarkan aneka pilihan sate berserta set lengkapnya seperti timun dan bawang serta kuah yang pekat dan sedap. Juga terdapat lontong iaitu nasi impit berbalut daun pisang berbentuk lemang yang amat mengenyangkan. Keenakan Satay Willy ini dikatakan setaraf dengan satay Haji Samuri malah ada pelanggan yang tidak ragu-ragu mengatakan Satay Willy lebih sedap dan berbaloi.

Oleh kerana kedudukannya di 'food junction' maka makanan lain turut terdapat daripada gerai yang lain untuk variasi. Minuman juga boleh dipesan dari mana-mana gerai minuman yang ada di situ.

Mali's Corner

Taman Bunga Raya, Jalan Malinja 2,

Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur

Kuala Lumpur menjanjikan makanan yang terbaik walaupun berasal daripada tempat lain. Char kuey teow yang berasal daripada Pulau Pinang masih boleh dinikmati ketulenannya di Mali's Corner, Setapak. Melihat barisan yang panjang untuk memesan sudah cukup menggambarkan keenakan makanan tersebut. Tidak mungkin pelanggan sanggup beratur begitu panjang jika hidangannya tidak berbaloi.

Mali's Corner Taman Bunga Raya ini selain menawarkan char kuey teow turut juga memiliki menu nasi lemak ayam goreng yang tidak kurang hebatnya. Rasa char kuey teow di sini amat sedap dan menyelerakan dengan kuah yang berperisa dan juga udang yang segar. Sambal nasi lemaknya sedikit manis tetapi masih lagi mampu mengecurkan liur dengan ayam berempah yang berperisa. Walaupun barisan menunggunya agak panjang, namun servis gerai ini amat baik kerana mereka memiliki pekerja yang ramai.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Mali's Corner kini memiliki beberapa lagi cawangannya ditempat-tempat yang lain untuk memberikan rasa char kuey teow Pulau Pinang sebenar kepada penduduk Kuala Lumpur.

Salah satu kelemahannya adalah pelanggan terpaksa beratur untuk char kuey teow,  nasi lemak dan minuman. Ini bererti pelanggan yang keseorangan perlu beratur beberapa kali untuk mendapatkan sajian lengkap.

Untuk lebih selesa mungkin anda boleh pergi ke cawangan di Petaling Jaya. Ianya di dalam kedai dan suasananya lebih menarik. Alamat cawangan di Petaling Jaya adalah di Jalan PJS 4/27a (Jalan PJS 2d/1), 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Restaurant Rosdet Tomyam

160, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur

Tomyam Kampung Baru, satu istilah yang amat sebati di kalangan penggemar-penggemar tomyam sekitar Kuala Lumpur dan juga di kalangan pengunjung-pemgunjung dari luar. Maka tidak hairanlah sekiranya restoran tomyam sekitar Kampung Baru sering dipenuhi pelanggan terutamanya pada musim cuti. Antara restoran yang memikat selera adalah Restoran Rosdet Tomyam yang terletak bersebelahan KL International Hotel.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Tarikan tomyam restoran ini amat kuat sehingga ada pengunjung dari luar yang sanggup "check-in" di hotel KLI semata-mata kerana tomyam tersebut. Tomyam di sini boleh dipesan dalam pelbagai kombinasi samada tomyam ayam, daging, seafood, udang atau apa saja yang berkenan di hati. Kuahnya juga amat unik dan hanya boleh dirasai di restoran ini. Rasa tomyam yang pekat, pedas dan masam secukupnya membuatkan anda akan datang lagi tanpa berfikir panjang.

Selain tomyam yang merupakan mercu tanda restoran ini, ia juga menghidangkan makanan laut yang enak serta juga masakan Thai yang boleh dikategorikan sebagai "excellent". Sup campur dan sup sayurnya juga berada dalam tahap memukau.  Satu lagi menu yang kerapkali menambat selera pengunjung-pengunjung tetap adalah nasi bubur berlauk yang amat memuaskan. Jika anda memesan teh atau kopi halia di restoran ini, jangan terkejut sekiranya anda akan mendapat seketul halia segar di dalam minuman anda.

Harga makanan di sini juga berpatutan kerana ia dihidangkan agak banyak. Oleh itu, ia adalah tempat makan keluarga yang paling sesuai. Persekitarannya juga amat bersih dan servisnya juga boleh dianggap baik jika dilihat kepada tahap kesibukan di restoran ini.

Warung Dusun Gearbox

Persiaran Jaya (Seksyen 9), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Terdapat beberapa premis masakan sup di Lembah Kelang yang menawarkan sup daging, sup tulang dan sup ayam yang terbaik. Namun sup gearbox warung Dusun di Bangi ini tidak boleh ditandingi mana-mana sup yang lain. Sup tulang kaki atau gearbox di sini amat menyelerakan dan digemari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar.

Supnya yang berperisa, daging yang lembut membalut tulang serta sum-sum dalam tulang yang amat sedap. Di sini, anda boleh melihat setiap meja pasti ada semangkuk besar sup gearbox lengkap dengan penyedut minuman untuk menyedut kuah dan sum-sum. Ada pengunjung yang menyedut hingga pening lalat. Lupakan seketika masalah lain kerana sup di sini memang terbaik untuk dinikmati.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Bagi pelanggan yang tidak gemarkan sup, di sini juga terdapat makanan lain seperti mee, kueyteow, bihun malah nasi serta lauk pauk yang juga membuka selera. Ikan bakarnya juga tidak menghampakan. Terdapat ikan siakap, kembung dan bermacam-macam lagi tetapi rata-rata pengunjung memilih ikan pari bakar yang dianggap "marvellous". Tomyam di sini juga boleh dilabelkan sebagai antara yang terbaik.

Persekitaran warung ini amat menyegarkan dan menarik kerana ia di kelilingi oleh gerai-gerai otak-otak, tauhu bakar dan ikan bakar serta bermacam-macam lagi juadah untuk dinikmati secara santai. Otak-otak di sini boleh diangkat setaraf dengan otak-otak Gelang Patah yang popular dari Johor tersebut. Ini juga adalah salah satu menu istmewa yang mesti dicuba di warung dusun bangi ini.

Harganya, pastinya lebih murah berbanding restoran tomyam yang lain di sekitar Bangi. jadi sekiranya anda di Bangi atau dalam perjalanan melalui Bangi, amat wajar untuk singgah dan menikmati sup gearbox dan otak-otak di Warung ini.

Burger Bakar Abang Burn

Dagang Avenue (Jalan B/3A, Taman Dagang), 68000 Ampang, Selangor

Burger, burger, burger. Antara menu yang paling popular di dunia. Hampir setiap individu di dunia tahu apa itu burger. Burger adalah antara sajian lengkap yang mempunyai karbohidrat, protein dan sayuran dalam satu hidangan yang sama malah boleh dikatakan dalam setiap gigitan. Malah ia adalah sajian yang ringkas, cepat dan mobil. Kini burger diinovasikan dalam pelbagai cara dan perisa mengikut selera masyarakat setempat.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Di Malaysia ketika ini, burger bakar mula menjadi bualan dan amat digemari dimana saja. Burger Bakar Abang Burn merupakan salah satu perintis kepada fenomena ini. Kedai mereka di Ampang boleh dianggap ibu pejabat kepada lebih 19 cawangan yang beroperasi kini kerana di sinilah sejarah kedai burger ini bermula. Menurut penggemar-penggemar burger bakar, Abang Burn adalah penyaji burger bakar terbaik dalam kelasnya.

Burger yang disajikan mempunyai patti daging yang lembut dan berjus dengan roti juga lembut dan berperisa. Ayamnya juga garing dengan isi yang basah dan berempah. Sosnya juga tak terlalu meleleh dan memintas selera. Setiap gigitan membuatkan kita seolah-olah melantun ke udara. Ditambah dengan sayuran yang segar dan bersih. Saiznya juga seimbang dan tidak keterlaluan. Pendek kata burger bakar Abang Burn ini hampir sempurna.

Selain burgernya yang enak, kedai ini turut menyajikan meatball ala IKEA yang "outstanding". Hidangan ini juga boleh dianggap 'killer' di sini. Dagingnya begitu baik diperisakan dengan rempah ratus yang rahsia. Jika dimakan dalam kuahnya yang unik, sememangnya satu kombinasi yang terbaik.

Harganya pastilah amat berbaloi dan servis yang pantas menyumbang kepada permintaan yang amat tinggi. Jika anda lambat, pasti terperangkap dalam barisan yang panjang. Boleh juga baca artikel kami Burger Bakar Abang Burn di Ramal Junction di sini.

IKEA Food Court@Mutiara Damansara

No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

IKEA merupakan sebuah pasaraya perabot dari Sweden yang tidak asing dikalangan warga negara ini. Perabotnya yang moden dan ringkas menarik perhatian masyarakat Malaysia. Namun IKEA bukan saja pengeluar perabot yang baik tetapi juga menyajikan makanan yang baik. Di tingkat bawahnya, terdapat "food court" yang menghidangkan makanan ala Eropah yang popular. Menu di sini terdiri daripada savouri dan pencuci mulut yang amat enak. Ia juga dihidangkan dengan amat kreatif dan menarik. Terdapat kek ala Eropah (terutamanya Sweden), masakan salmon dan beberapa lagi menu Scandinavian yang enak-enak belaka.

Daripada kebanyakan menu yang ditawarkan, paling popular semestinya "meatball" yang dihidangkan dalam sos yang tersendiri. Dikenali sebagai Swedish Meatball, ia merupakan "signature dish" di sini. Malah dianggap antara "meatball" terbaik di Lembah Kelang.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Di mana-mana sahaja, pasti Swedish Meatball ini akan menjadi bandingan sekiranya membabitkan hidangan "meatball". Boleh dikatakan majority pelanggan ke "food court" ini malah pengunjung IKEA tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ini. Ada juga kalangan yang sengaja datang semata-mata untuk makan di "food court" ini.

Untuk berlaku adil, makanan lain di sini juga tidak mengecewakan.

 Restoran Nelayan Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur

Taman Tasik Titiwangsa amat dikenali sejak dulu sebagai salah satu tempat pelancongan menarik untuk dilawati. Berhampiran taman ini juga terdapat beberapa tempat tarikan pelancong seperti Istana Budaya dan juga Galeri Seni Kebangsaan. Jika anda mahukan pemandangan indah berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, pastinya di sinilah tempat terbaik.

Satu tarikan utama sejak dulu di sini adalah Restoran Nelayan yang menghidangkan makanan laut serta masakan Melayu sejati dalam persekitaran yang nyaman seolah-olah terapung di atas tasik. Pada waktu tengahari, hidangan makanan laut ala melayunya amat memikat dihidangkan secara ala carte dan juga lunch buffet. Pada malamnya pula, restoran ini menghidangkan steamboat pada harga yang amat berpatutan. Walaupun ada yang berpandangan sup steamboat di sini sedikit pedas, namun masih antara yang terbaik di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Pilihan komponen steamboatnya tidaklah terlalu banyak dan bervariasi tetapi masih berbaloi dengan harganya yang murah. Selain steamboat, terdapat juga menu ala carte dan pencuci mulut tradisional yang menyelerakan.

Restoran ini amat sesuai untuk perhimpunan keluarga atau pertemuan semula sesama sahabat kerana persekitarannya yang santai. Malah terdapat juga dewan yang besar untuk majlis-majlis keramaian ataupun makan malam syarikat. Kemudahan bersolat juga terdapat di sini bagi memastikan pelanggan tidak perlu risau dengan ketibaan waktu solat. Melihat persekitaran dan suasana di sini pada waktu malam, sangat terasa keharmonian dan menampakkan betapa gembira dan bahagianya pelanggan-pelanggan di sini.

Jadi, bersiar-siar di Tasik Titiwangsa boleh dilengkapkan lagi dengan steamboat Restoran Nelayan ini.

SABA Restaurant (Cyberjaya)

4800 Suite 0-2, G-Floor, Block A1 (Jalan Perdana), 63000 Cyberjaya, Selangor

Daripada sepuluh penggemar nasi Arab, lapan orang memilih nasi Arab Restoran Saba' Cyberjaya yang dianggap sebagai nasi Arab terbaik di Lembah Kelang. Makan di sini seolah-olah anda berada di Timur Tengah dengan menunya yang melambangkan keenakan makanan Arab.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba bermula daripada Thanoush, Kebab, Khabshah, Mandy sehinggalah kepada Hanith yang boleh dipilih samada ayam atau kambing, semuanya menyelerakan. Pengunjung di sini tidak dapat bersatu memberikan saranan menu terbaik kerana semuanya boleh dianggap terbaik tetapi mereka bersatu menyatakan bahawa makanan di sini amat enak dan sangat terasa "arab"nya. Sungguhpun begitu, hidangan pencuci mulut seperti baklava dianggap biasa dan tidak setanding hidangan yang lain.

Hidangannya pula adalah di dalam "portion" yang besar sehingga ada yang mencadangkan anda berkongsi pinggan. Ada sesetengah pelanggan menganggap kadar harganya agak tinggi terutamanya bagi menu kambing. Manakala daripada segi perkhidmatannya, menu panggang dikatakan mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 30 ke 40 minit untuk disiapkan.

Walau apapun, kualiti masakan Arab di sini masih berbaloi untuk dicuba.

Tempat-tempat makan yang disenaraikan di atas bukanlah muktamad dan kemungkinan masih banyak tempat yang lebih baik. Namun sedikit sebanyak ia boleh memberi gambaran kepada penduduk mahupun pengunjung dari luar untuk mendapatkan makanan terbaik di Kuala Lumpur mengikut selera dan lokasi masing-masing. Anda tidak perlu bimbang kerana Kuala Lumpur tidak pernah menghampakan untuk mendapatkan makanan terbaik yang berasal dari seluruh pelusuk Negara.

Pendek kata, dari mana anda datang, apa saja yang anda idamkan, hanya perlukan sedikit kesungguhan mencarinya.

Sumber : Saji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 21 September 2014

Mengimbau nostalgia lama di Perlis..menarik @ Perlis - Homestay ... - Blog Makanan di Perlis

Mengimbau nostalgia lama <b>di Perlis</b>..menarik @ <b>Perlis</b> - Homestay <b>...</b> - Blog Makanan di Perlis

Mengimbau nostalgia lama <b>di Perlis</b>..menarik @ <b>Perlis</b> - Homestay <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2014 03:02 AM PDT

Hai semua,

Saya dan suami ada berjalan-jalan di sebuah tempat menarik di Ladang Nira, Kola Sanglang Perlis. Tempat ini amat popular dengan makanan tradisional seperti air nira, laksa dan bihun sup..dan yang paling menarik adalah nostalgia lama kembali tersingkap..cantik betul tempat ini. release tension!

Iyelah, kita berasal dari kampung jadi bila berada di sini nostalgia lama seperti menahan ikan laga di celah daun nipah dan paya kembali di ingatan..kadang-kadang kita bermain aci sembunyi bersama kawan-kawan di sinilah..panjat-panjat pokok nipah dan sebagainya..

Jom datang ke Perlis, bawa anak-anak anda di sini kerana sebahagian daripada mereka tidak mengetahui tentang kenangan nostalgia silam kita..

Perjalanan dari Homestay Tambun Tulang ke Kedai Makan Kuala Sanglang ini memakan masa lebih kurang 15 minit..
Tempat order makanan..

tempat mencari ikan di celah-celah pokok nipah

selfie jap yer!..

tempat makan yg cantik..

Che Wan macam terharu jek!

landskap yg cantik..

tempat makan yg banyak dan menarik
Selfie jap..gatai tangan
Homestay rumah 2 bilik
Homestay rumah 3 bilik

Tempahlah homestay sekarang!
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

Thursday, 18 September 2014

12b) Makanan pelik di Putrajaya - Blog - Blog Makanan di Perlis - Blog Makanan di Perlis

12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog - Blog Makanan <b>di Perlis</b> - Blog Makanan di Perlis

12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Blog - Blog Makanan <b>di Perlis</b>

Posted: 07 Sep 2014 11:21 PM PDT