Blog <b>Makanan di Perlis</b>: RATUSAN KUCING MENJADI MENU - Blog <b>...</b> - Blog Makanan di Perlis |
- Blog <b>Makanan di Perlis</b>: RATUSAN KUCING MENJADI MENU - Blog <b>...</b>
- 12b) Makanan pelik di Putrajaya - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger
- MOUNTDWELLER: MH370 - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger
Blog <b>Makanan di Perlis</b>: RATUSAN KUCING MENJADI MENU - Blog <b>...</b> Posted: 26 Jun 2014 01:30 PM PDT KANGAR – Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya berisiko mengalami penyakit jantung. Kawalan penyakit jantung ini juga perlu bermula dari peringkat kanak-kanak kerana kegilaan terhadap permainan dalam talian menyebabkan golongan ini mengabaikan kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, katanya berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini. Sehubungan itu, Jafperi meminta ibu bapa agar memastikan anak mereka turut aktif dengan kegiatan fizikal selain menguasai bidang teknologi maklumat. Harus diingat, kajian Kementerian Kesihatan mendapati satu daripada tiga kematian di negara ini adalah kerana masalah jantung, katanya. – BERNAMA Makanan Murah Punca Sakit Jantunghttp://mynewshub.my/2013/10/04/makanan-murah-punca-sakit-jantung/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Makanan-Murah-Punca-Sakit-Jantung.jpeghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Makanan-Murah-Punca-Sakit-Jantung-150x150.jpeg04 October 2013 TerkinisakitKANGAR - Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya... KANGAR - Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan seterusnya berisiko mengalami penyakit jantung. Kawalan penyakit jantung ini juga perlu bermula dari peringkat kanak-kanak kerana kegilaan terhadap permainan dalam talian menyebabkan golongan ini mengabaikan kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, katanya berucap merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini. Sehubungan itu, Jafperi meminta ibu bapa agar memastikan anak mereka turut aktif dengan kegiatan fizikal selain menguasai bidang teknologi maklumat. Harus diingat, kajian Kementerian Kesihatan mendapati satu daripada tiga kematian di negara ini adalah kerana masalah jantung, katanya. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub rhad76@yahoo.comAdministratorMyNewsHubIklan Teks: PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
12b) Makanan pelik di Putrajaya - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger Posted: 26 Jun 2014 11:51 PM PDT Pagi Ahad, 19 Januari. Hari kedua saya di Tawau. Dua panggilan Yang Dipertua PAS kawasan, Mohamad Husain, tidak sempat dijawab. Sejak awal pagi, kami agak terkejar-kejar membuat tinjauan ringkas, menyelongkar isu-isu rakyat di lapangan, yang belum didedahkan secara menyeluruh oleh media. Saya dan wartawan Arif Atan tiba agak lewat di lokasi, Pasti Nurul Hannani, Jalan Kuhara. (Rupanya Pasti di Tawau -- antara yang terbaik pengurusannya di Malaysia -- mendapat sambutan hebat ibu bapa, termasuk keluarga penyokong dan pemimpin Umno). Pengarang Berita, Wan Nordin Wan Yaacob sampai lebih awal. Majlis jamuan dan meraikan bekas tahanan ISA, bertempat sudah bermula. Saya terpaksa berhati-hati menuruni cerun di jalan masuk depan Pasti. Dua anak muda dengan sopan cuba memapah saya. Terasa macam orang tua kurang upaya! Bekas tahanan dua kali dikurung di Kamunting, Ustaz Nazri Dollah, baru memulakan ucapan, menekankan teladan unggul Rasulullah s.a.w. Saya perlu meredakan kepenatan di barisan kerusi paling belakang sebelum bersama Nazri dan Mohamad di atas pentas, Wajah jernih anak-anak kecil yang pernah berkunjung ke Pejabat Harakah menggamit perhatian saya. Begitu juga para isteri yang dulunya berwajah suram. Sekilas, saya dapat mengesan mereka kini dalam mood berbeda. Alhamdulillah. Memang kunjungan kali ini bukan lagi waktu untuk berduka atau bercerita kisah sedih. Sebaliknya tanda simbolik menguburkan akta rimba penuh kezaliman yang memisahkan keluarga pejuang. Dan turut mahu dibenamkan ialah ketakburan elit penguasa serta kesombongan pencacai, khususnya anggota Cawangan Khas (SB). "Saya kira selepas ISA dimansuhkan dua tahun lalu dan semua tahanan dibebaskan minggu lepas, maka ini mungkin kunjungan terakhir ke Tawau, ditambah pula keuzuran badan," ujar saya dalam mukadimah forum membariskan bekas tahanan berkongsi pengalaman. "Rupanya, tidak. Dan saya terlewat sampai ini pun kerana terpaksa menyusun jadual melihat sendiri banyak projek sakit dan isu-isu rakyat di Tawau, seperti penyelewengan pembinaan Sekolah Menengah Titingan, dan paling mengejutkan insiden batu besar kuari meranapkan 12 rumah di Kampung Tanjung Batu Kukusan. Dahsyat sungguh! "Insya-Allah, walaupun ISA sudah berkubur, saya dan rakan-rakan Harakah akan datang lagi ke Tawau," kata saya, disambut ketawa kecil hadirin. Seawal pagi hujung minggu itu (walaupun sudah dianggap lewat dalam kiraan jam di Sabah) kami menjejaki projek pembinaan Sek Men Kebangsaan Titingan, Tawau, yang hampir siap dan sepatutnya sudah mula beroperasi tahun lalu. Malam sebelumnya, kami dibawa menikmati juadah makanan laut yang segar dan enak, di sebuah restoran berdekatan, Sri Titingan, memaksa saya melanggar diet diabetis, jantung dan kegagalan buah pinggang. Saya perhatikan kawasan sekolah dipagar sepenuhnya. Kami ditemani Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, juga Yang Dipertua PAS Kalabakan, Ahmad Dullah. Ahmad yang murah dengan senyuman dan kerap berjenaka itu seperti keberatan membenarkan saya menyelit melalui "lorong tikus". Saya terpaksa mengempiskan perut dan menahan nafas untuk meloloskan diri. "Dah jauh ke sini, haji, takkan tersekat nak masuk ke dalam, kot," saya bersuara perlahan, ketawa kecil, sambil bertongkat mengimbangi badan agar tidak tersepit. Saya lebih risaukan benda-benda tajam yang boleh melukakan dan berisiko tinggi kepada pengidap diabetik. Banyak peralatan, termasuk pendingin hawa telah dicuri. Hatta pintu dewan besar pun tanggal, lesap. Apatah lagi jeriji besi yang boleh dijual di pasaran gelap dengan mudah. Pelik bin ajaib juga memikirkan punca masalah bagaimana bangunan sekolah yang siap tidak dapat dimanfaatkan. (Tapi, bukankah tiada yang aneh di negara tercinta ini, segalanya serba mungkin dan tiada yang mustahil, 'kan?) (Gambar:Tersepit semasa menyelit melalui "lorong tikus" untuk meninjau pembinaan sekolah menengah titingan, tawau, yang menyimpan penuh misteri ... Sekolah ini sepatutnya sudah boleh digunakan tahun lepas tetapi kini naik semak samun dan dipagar rapat.) Difahamkan tiada jalan masuk ke sekolah baru ini. Soalnya, bagaimana projek boleh diluluskan tanpa dibereskan kemudahan paling asas terlebih dahulu? Mungkinkah -- untuk kesekian kali -- rasuah atau elemen seumpamanya. sepertimana pernah menyebabkan banyak lagi projek sebelum ini terbengkalai atau roboh kemudiannya, terutama di bawah Kementerian Pendidikan? Soalan-soalan itu sebenarnya tidak lagi menimbulkan tandatanya, malah sudah ada jawapan "sejak azali" lagi! Ya, pemerintahan Umno-BN tidak dapat dicerai-tanggal daripada korupsi, kronisme, salahguna kuasa atau sekurang-kurangnya pembaziran melampau. Lebih aneh lagi apabila khabarnya Putrajaya telah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar sudah berpindah ke sekolah baru itu. Belum lega dengan kejutan itu, kami dibawa ke sekolah tumpang, di kawasan setinggan berhampiran, yang terpaksa menampung pelajar sekolah terbengkalai tersebut. Melihat situasi di sekeliling, saya dapat membayangkan risiko tinggi yang menunggu, antaranya banjir dan kebakaran. Sementara menunggu hidangan juadah nasi Arab di majlis meraikan bekas tahanan ISA, seorang guru membisikkan kepada saya: "Bukan hanya sekolah Titingan yang terbengkalai, banyak lagi projek sakit di Tawau ini." Dia menyebut nama dua sekolah menengah itu, Kubota dan Kinabutan, yang kemudiannya kami lawati esok hari, bersama Mohamad Husain. Secara peribadi saya tidak begitu kaget dengan perkampungan setinggan atau penempatan di atas air di Tawau. Semasa di Sandakan beberapa bulan lalu, saya perhatikan situasi di sana lebih sesak dan menyedihkan. Begitu juga dengan keadaan anak-anak kecil yang berkeliaran di pasar. Saya lebih terdorong dan rasa bertanggungjawab untuk mengangkat isu kuari di Kampung Kukusan. Berdepan "lembaga" batu sebesar itu, yang jatuh bagaikan peluru selepas puncak bukit diletupkan, pada April 2013, saya bukan saja terkejut tetapi sekali gus api kemarahan memuncak.
Bukan saja impak gegaran, bau, bunyi bising dan habuk yang diambil berat, malah prioriti paling atas adalah aspek keselamatan, bukan hanya terhad kepada manusia tetapi juga binatang. (Gambar:Nah! Inilah bongkah batu yang mengelongsor jatuh dari atas bukit di Kg Kukusan, Tawau, menghempap 11 rumah ...) Difahamkan kawasan kuari juga hendaklah dilanskap dengan tumbungan rendang yang dapat menghalang pandangan visual penduduk terdekat. Selain itu, operasi kuari hendaklah dihentikan serta merta jika terdapat sebarang aduan pencemarfan atau gegaran atau batu terbang (flyrock) daripada penduduk sekitar. "Inilah bukti kerja jahat kapitalis rakus yang mahu mengorek segala khazanah bumi tanpa menghiraukan keselamatan orang awam," Arif Atan meluahkan rasa hati semasa kami masih berkereta menuju jalan masuk ke Kg Kukusan atau lebih popular dengan sebutan Besi Buruk. (gambar:Kg Kukusan, Tawau, 19 Januari 2013, projek peletupan batu kuari yang langsung tidak mengendahkan keselamatan orang kampung .. 11 rumah hancur dilenyek batu sebesar itu ... Dan lebih mengejutkan semasa saya berkunjung ke lokasi, masih ada gegaran kuat daripada pemecahan batu di atas bukit sana ...) "Rasuah dan korupsi akan menghanguskan segalanya," pintas saya. "Dan inilah peranan media bebas seperti Harakah. Kita harus turun selalu ke Sabah. Banyak cerita misteri yang belum kita borek tersimpan di sini," saya seakan berkhutbah. Dari bawah, saya mendengar dengan jelas gegaran di atas bukit, dan melihat kilauan pancaran cahaya daripada mesin pengorek yang terus digerakkan. Malah, seorang wanita, penduduk kampung, menunjukkan salinan pemberitahuan, bertarikh 20 Januari 2014, daripada pengurusan Kukusan Kuari Tawau bahawa "peletupan bom batu" akan dijalankan pada jam 1.30 petang, 21 Januari. Petaka apa yang masih ditunggu, bukan saja untuk menghentikan serta merta operasi kuari itu, tetapi juga untuk membentuk satu siasatan terperinci bagi mengenal pasti akar kepada kejadian ngeri yang masih menghantui penduduk itu? Selama tiga hari di Tawau, saya cukup terkesan dengan personaliti hebat rakan-rakan PAS, tidak terkecuali Muslimat, yang banyak membantu dan ringan tulang, termasuk bersama isteri saya, Siti Hawa Samsam menyediakan juadah nasi Arab untuk jamuan meraikan bekas tahanan ISA. Dan saya tentu sekali tidak dapat melupakan sosok tubuh "Uncle Jefferey", 68, atau nama sebenar Kideng ak Benang, seorang lelaki Iban yang tabah dan cekal. Ungkapan kata yang dituturkannya cukup menarik dan membekas. Beliau bijak menyusun madah dan mampu membangkitkan semangat. Bertemu mata dengannya, mencuri masa kerja beliau sebagai pengawal keselamatan selepas dipaksa meninggalkan kerjaya sebagai petani berjaya, dan berbicara tentang kemusnahan kawasan bercucuk tanam dan penempatan yang diterokainya sejak 1978, begitu menyentuh hati. Satu lagi testimoni tentang kerakusan pemerintah merampas tanah yang diusahakan titik peluh rakyat. Saya rasa terkilan kerana tidak sempat mengunjungi kampungnya bagi menyaksikan sendiri proses kezaliman yang tidak pernah terhenti. "Bukankah pelik apabila kita, manusia, sebagai makhluk Tuhan yang paling indah telah diusir lebih hina berbanding binatang. "Saya sendiri pernah katakan kepada pihak perhutanan Sabah, gajah, dan binatang liar dalam hutan kamu jaga, pelihara. Sedangkan manusia seperti kami dan sama seperti kamu juga, ciptaan Tuhan yang begitu indah, tapi tidak difikirkan hak sesama manusia, diusir tanpa memberi pilihan," ujarnya lembut tetapi nampak tegas. Jefferey seterusnya menceritakan perancangan beliau dan rakan-rakannya untuk kembali ke kawasan penempatan mereka yang telah dimusnah dan dirampas: ""Kami akan kembali ke sana 10 April ini. Setiap tahun sejak empat tahun lalu kami berdoa di sana. "Saya minta kepada Tuhan supaya Tuhan memberi kebijaksanaan, melembutkan hati mereka agar mengembalikan hak rakyat yang mereka rampas. Langkah saya tidak terhenti begitu saja. Setiap tahun kami berdoa begitu. Perjuangan kami belum selesai," tambahnya penuh yakin. Benar, saya tidak perlu menunggu lama untuk mengkagumi watak lelaki ini. Ikuti kisah menarik Jefferey, bekas ketua cawangan Umno dan seorang yang boleh dianggap bertaraf paderi, juga pelanggan tetap Harakah yang tidak pernah absen mengikuti ruangan kuliah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tok Guru Abdul Hadi Awang, dalam Harakah akan datang. |
MOUNTDWELLER: MH370 - Blog <b>Makanan di Perlis</b> - Blogger Posted: 10 May 2014 11:29 PM PDT Military radar detection: 2:15 a.m.
According to a Malaysian Air Force official, military radar tracked the plane as it passed over the small island of Pulau Perak in the Strait of Malacca. At this point, the plane was now hundreds of miles off-course. In fact, it was on the other side of the Malaysian Peninsula. Military radar showed that the jetliner flew in a westerly direction back over the Malaysian peninsula, Malaysian Prime Minister Najib Razak said. It is then believed to have either turned northwest toward the Bay of Bengal or southwest elsewhere into the Indian Ocean. This was the last time any civilian or military radar tracked the aircraft. The focus now is searching for the missing flight in the southern Indian Ocean, according to a U.S. official. "The southern scenario seems more plausible," the official said. The Malaysian military is now handing over its raw radar data to U.S. and UK officials, apparently setting aside concerns about any sensitive military intelligence. Quest called this sharing of information a "huge" development in the case. "They don't want anyone to know how good their radar is. They obviously decided that doesn't matter," he said. "We don't know much about the Malaysian military, and that has been one of the issues," Quest added. "It appears that Malaysia was providing an interpretation of the analysis -- and not the raw data. Now they are handing over the raw data." Satellite 'handshakes': 8:11 a.m.
Najib didn't provide details on the satellite tracking, but it appears that orbiters high above the ocean detected the plane as the satellite or satellites attempted a series of "handshakes" -- or electronic connections -- with the plane below, Quest said. It's likely that the plane didn't complete the handshake because its communication systems were disabled, Quest said. It's also possible that the airline doesn't subscribe to that part of the satellite system, he said. Nevertheless, the satellites would have been able to trace a plane flying below them and would have extended an electronic message equivalent to a hailing: "There's a plane: Hello, hello, hello? Do you have anything for us?" Quest said. The Prime Minister said the "raw satellite data" confirm that the plane was Malaysia Airlines Flight 370. The U.S. National Transportation Safety Board and the Federal Aviation Administration, along with the UK's Air Accidents Investigation Branch, concur, Najib said. "Due to the type of satellite data, we are unable to confirm the precise location of the plane when it last made contact with the satellite," Najib said. Authorities believe the plane was in one of two flight "corridors": a northern route stretching to northern Thailand, Kazakhstan and Turkmenistan and a southern route toward Indonesia and the southern Indian Ocean. More than a week after its takeoff, however, the whereabouts of the plane remain a mystery. Korang baca sepenuhnya di sini |
You are subscribed to email updates from Makanan di Perlis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment